Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Sistem Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas lebih baik dari Sistem Aliran Sastera dan Sains?

Betullah kata cikgu aku dulu, berubah sahaja menteri, berubahlah sistem pendidikan kita 🤣.

Ok mari kita bahaskan isu ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menghantar surat kepada sekolah menengah menjelaskan pemansuhan aliran sastera dan sains untuk pelajar tingkatan 4 sesi 2020.

Pemansuhan ini akan digantikan kepada pakej mata pelajaran Menengah Atas.

Menurut Dr Habibah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pelajar menyatakan bahawa pengenalan ini adalah satu bentuk aspirasi murid. Melalui pakej ini, potensi murid akan dikembangkan mengikut kecenderungan mereka.

---------------------------------------------------
Jadi apa sebenarnya Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas?
---------------------------------------------------

Pakej ini terpecah pada 2 iaitu STEM dan Sastera dan kemanusiaan. (Kalau versi lama aliran sains & aliran sastera untuk bagi anda mudah faham cuma ada bezanya)
--------------------------
Jadi Bagaimana Sistem Pakej Ini Berjalan?
--------------------------
A) Bagi pakej STEM, pelajar diberi 3 pilihan.
1) subjek teras + subjek wajib + semua sains tulen
@
2) subjek teras + wajib + 2 sains tulen + matematik tambahan + sains gunaan / elektif bukan sains.
@
3) subjek teras + wajib + elektif stem / 1 mpv .
senarai elektif untu STEM

Bagi yang mengambil 2 subjek sains tulen akan dikecualikan daripada mengambil subjek sains sebagai teras.

B) Bagi pakej saster dan kemanusiaan terbahagi kepada 4 kategori iaitu elektif bahasa/ pengajian islam / kemanusiaan & sastera ikhtisas / stem kecuali mpv.

Senarai Elektif Sastera dan Kemanusiaan. boleh rujuk sini

Kamu boleh gabungkan mana-mana kategori tersebut mengikut kecenderungan kamu dengan syarat tidak melebihi 10 subjek total.
-----------------------------------------------
Ada atau tidak pengecualian bagi teras pendidikan Islam?
-----------------------------------------------
Ada. Pengecualian teras pendidikan islam bagi yang mengambil antara 3 gabungan ini
1) pendidikan al-quran & sunnah dan pendidikan syariah islamiah
@
2) turath dirasat al-islamiah dan turath Al-quran wa Al-Sunnah
@
3) usul Al-Din dan Al syariah.
-------------------------------------
Apa Sebenarnya Perbezaan Sistem Aliran dan Sistem Pakej? 
-------------------------------------
Perbezaan dia boleh lihat dari pakej ditawarkan iaitu
1) sistem pakej ini menekankan 3 benda iaitu
Subjek teras + wajib + elektif stem / sastera dan kemanusiaan.
2) subjek wajib ialah pendidikan jasmani dan kesihatan (subjek ini dahulu biasanya cikgu buat kelas ganti sekarang dah wajib nah 👻👻)
3) konsep pakej ini lebih kurang konsep di universiti maksudnya “pelajar boleh pilih subjek tapi tetap ada yang tak boleh elak”.
------------------------------------------
Adakah Sistem baharu Ini akan Jadi Satu Sistem Pendidikan yang Lebih Berkesan?
------------------------------------------
  • Bagi mengukur perkara tersebut sebenarnya agak sukar kerana “pakej” ini baharu sahaja hendak dilaksanakan bermula sesi pendidikan 2020.
  • Namun demikian, cabaran terbesar dalam pakej ini adalah keupayaan guru dan fasiliti sekolah untuk memenuhi keperluan tersebut.
  • kes kekurangan guru, guru mengajar bukan bidangnya, guru mengajar lebih dari 1 subjek akan “merencatkan perkara ini”
------------------------------------
Jadi Apa Solusi yang Dicadangkan oleh Pihak KPM?
------------------------------------

Oleh yang demikian, disebabkan pendidikan Malaysia Menekankan “aspirasi murid”, jadi solusi yang dicadangkan oleh Dr Habibah ialah sekolah boleh menawarkan mata pelajaran elektif berdasarkan kepada kemudahan kelas, bengkel dan makmal supaya konsep “mix and match” boleh berlaku.

Malah bagi pelajar yang berdegil ingin ambil elektif pilihan mereka yang tiada di sekolah terbabit, mereka boleh mengambil mata pelajaran tersebut di sekolah lain atau kelas peribadi di luar.
Makna kata dari sini dapat dilihat bahawa KPM berusaha memenuhi “aspirasi murid” itu meski sedar akan serba kekurangan yang mungkin ada di sekolah-sekolah kerajaan.
-------------------------------
Cabaran-cabaran Lain Dalam Melaksanakan Sistem Pakej ini 
-------------------------------
1) Keseragaman Ujian Peperiksaan. 
  • guru-guru akan sukar untuk menyeragamkan peperiksaan ujian atau akhir tahun terutama bagi yang mengambil "subjek elektif" yang tiada di sekolahnya. 
  • Hal ini akan menyukarkan guru mengetahui "tahap"sebenar kefahaman pelajar tersebut secara keseluruhan untuk semua subjek yang diambil selain sukar melakukan penilaian holistik. 
  • Namun demikian, perkara ini akan dapat diatasi jika guru elektif yang tiada di sekolahnya berhubung terus dengan guru kelasnya dan memberitahu prestasi murid tersebut. 
2) Jumlah Murid mengambil Elektif Popular dan Tidak popular. 

  • Perkara ini selalu berlaku di universiti di mana jika elektif tersebut “popular”, jumlah pelajar di dalam kelas subjek elektif tersebut akan jadi lebih ramai berbanding elektif yang kurang popular.
  • Ini akan beri kesan kepada fokus guru untuk mengajar dan menilai potensi murid itu sendiri. 
  • Namun demikian, perkara ini dapat diatasi dengan "menghadkan kuota untuk satu kelas". 
  • Masalah akan timbul sekiranya wujud penghadan, bermakna "aspirasi murid" itu telah dihalang. 
  • Namun demikian, boleh juga pelajar tersebut mengambil subjek elektif tersebut di sekolah lain atau secara persendirian. Cumanya akan beri bebanan sedikit pada murid dari segi kos perjalanan dan kalau tuisyen kos akan lebih tinggi. 
3) Kesukaran Meramal Jumlah Guru. 
  • perkara ini berlaku kerana ketika wujudnya keadaan pelajar boleh memilih sendiri elektifnya, hal ini menyukarkan penentuan "jumlah guru" subjek yang memerlukan lebih guru untuk setiap sesi.  
  • Hal ini kerana jumlah murid tersebut boleh berubah-rubah setiap tahun malah pilihan elektif juga boleh berubah-rubah dipilih oleh pelajar berlainan sesi. 
  • Hal ini akan menyukarkan kesukaran "menentukan jumlah" guru mengikut bidang yang benar-benar kurang. 
  • Namun demikian, isu ini mungkin boleh dikurangkan sekiranya sekolah mengambil pendekatan menghadkan "kuota jumlah pelajar untuk satu subjek" 
Ini semua hanyalah ramalan cabaran yang bakal ditempuh. Jadi sekiranya perkara-perkara ini mampu diatasi sudah pasti kemungkinan sistem ini akan berjalan lancar.

Tahun depan akan huru hara itu biasa sebab baru dilaksanakan. Cuma untuk lihat keberhasilan sistem ini kita lihat beberapa tahun akan datang selagi “tak tukar menteri pendidikan” .

Oklah itu sahaja dari saya. Terima kasih.
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results