Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Punca Berlakunya Kes Rogol di Sekolah

Kes rogol di sekolah bukanlah sesuatu perkara yang baharu. Banyak sahaja sebenarnya kes-kes rogol yang terjadi di sekolah tetapi ada yang dilaporkan dan ada pula yang disenyapkan. Terbaru kes melibatkan 7 orang pelajar spm terlibat dengan kes rogol pelajar perempuan tingkatan 2.

Perkara yang menyedihkan ialah kes rogol ini terjadi semasa musim SPM dan 7 pelajar terbabit “merakam” aksi “merogol pelajar terbabit”.


Baiklah berbalik kepada soalan yang bertanya. Mengapa boleh terjadinya kes rogol di sekolah ?

Saya boleh pecahkan kes rogol ini puncanya kepada beberapa perkara.

--------------------------------
1) Maklumat Tanpa Tapisan.
--------------------------------
  • Di era IR 4.0 ini, semua maklumat dihujung jari.
  • namun demikian, apabila maklumat masuk tanpa kawalan, mereka yang hanya “tahu menggunakan internet” tapi tidak mahu menggunakan akal untuk menapis baik dan buruk akan membawa kepada kemudaratan.
  • kalau kita lihat bahawa, ketagihan seks ini sebenarnya disebabkan oleh pelajar terbabit sudah “asyik” melihat atau membaca bahan-bahan pornografi hasil daripada blog mahupun video di internet.
  • jadi tidak hairan Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja


  • kesannya, “mereka merasa” ingin mencuba untuk melakukan seperti apa yang mereka lihat ataupun baca.

--------------------------------
2) Pengaruh Rakan Sebaya.
--------------------------------

  • rakan merupakan individu yang paling rapat dengan remaja.
  • rakan dianggap sebagai individu yang “lebih memahami” dirinya berbanding “keluarga atau orang dewasa yang lain”.
  • Pemilihan rakan yang tidak baik di sekolah akan mempengaruhi perwatakan mereka.
  • biasanya, rakan-rakan akan mencabar rakannya untuk “melakukan hubungan seks” dengan wanita-wanita tertentu sehingga rakannya rasa tercabar dan “membuat tindakan terkutuk itu”.
--------------------------------

3) Pergaulan Tanpa Batasan.
--------------------------------
  • sedar atau tidak di saat wanita membenarkan lelaki menyentuh kulitnya meskipun sekadar gurauan, tindakan ini sedikit sebanyak meransang otak lelaki tersebut untuk “buat lebih lagi”
  • sebab itu jika dalam islam ujian terbesar bagi seorang lelaki ialah “wanita” dan kalau ingat pesan orang tua-tua kenapa selalu cakap “jaga batas”
"sebab bermula dari batasan yang open sebenarnya membuka ruang untuk perkara terkutuk itu terjadi"
  • sebab itu jika kamu “bercinta”, jika ada tanda-tanda kamu mula  untuk “membuka batas”, cuba tanamkan pada diri dan marahi diri sendiri. Jika pasangan kamu mulakan langkah, nasihati dan tegurlah.
  • bagi juga amaran kepadanya, jika berulang kamu rasa lebih baik putus.
  • dari situ “pasangan kamu itu akan sedar kesilapannya”. Sebab kita manusia takkan lari dari “hawa nafsu”dan kesilapan.
  • ingat, sekali kamu mula benarkan, risiko kamu dirogol itu tinggi.

--------------------------------

4) Kurang Pendedahan Akibat Dari Sudut Pendidikan.
--------------------------------
  • bak kata pepatah “mencegah lebih baik dari mengubati”.
  • Dalam hal ini, kebanyakkan pelajar “kurang didedahkan tentang akibat merogol.
  • Apabila wujud keadaan “kurang pendedahan” tetapi fokus kepada “capai KPI sekolah” , kesannya tujuan pendidikan untuk mendidik dan memberi panduan hidup telah lari.
  • Namun demikian, untuk disalahkan guru itu sukar kerana “sistem pendidikan kita berorientasi exam dan KPI”
  • Jadi tidak hairan jika semakin hari semakin lari daripada matlamat sebenar pendidikan itu sendiri iaitu mendidikan dan menjadi panduan jalan.

--------------------------------
5) Suka Jalan Bersendirian.
--------------------------------
  • ingat tak cikgu selalu nasihat kalau untuk perempuan, pergi tandas biar berdua, balik sekolah biar beramai-ramai dan jangan seorang diri.
  • tapi realitinya, ada  pelajar perempuan lebih gemar “bergerak sendiri” kerana menganggap mereka sudh berdikari.
  • “ si jantan pula” mencari peluang-peluang begini untuk melalukan tindakan terkutuk terhadap pelajar perempuan tersebut.
  • Akhirnya berlakulah keadaan tersebut.
Jadi kesimpulannya, dalam membentuk generasi muda berakhlak mulia, sama-sama berganding bahu membentuk kearah capainya matlamat tersebut dan isu ini boleh dicegah jika setiap individu memainkan peranannya.

Baiklah itu sahaja dari saya. Tq
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results