Baiklah mari kita mulakan perkongsian.
Sebelum pergi lebih jauh, apa yang anda faham tentang pilihan?
Eeemmmm. Pilihan macam kita ada 1 atau banyak perkara dalam satu masa yang perlu untuk kita pilih . Biasanya pilihan ini berkait rapat sama ada kita nak pilih balik si dia atau just move on.
Emmm betullah tu. tapi aish tak habis-habis pasal cinta, itu jelah kat kepala kau yup mak jemah 😂.
Baiklah kita berbalik kepada situasi sebenar. Pilihan ini kalau nak diringkaskan ialah suatu tindakan untuk menuntukan masa hadapan kita sendiri atau sebuah organisasi atau melibatkan orang lain. Sama ada pilihan itu melibatkan kebaikkan atau keburukkan, mengekalkan atau berpisah, menyukai atau membenci dan lain-lain.
Setiap hari sebenarnya kita ada “pilihan untuk bertindak” sama ada pilihan itu akhirnya mendatangkan manfaat atau kemudaratan kita kelak.
Kalau dikaitkan dengan perbahasan sebelum Ini kita sedar bahawa pilihan itu sangat berkait rapat dengan peluang kedua yang telah dibincangkan sebelum ini. Tapi buat kali ini aku fokuskan hanya pada pilihan sahaja dan halangannya.
Sebenarnya, halangan terbesar bagi pilihan ialah “pengetahuan dan keyakinan kita untuk memilih perkara tersebut”. Kenapa aku kata pengetahuan dan keyakinan yg menentukan pilihan kamu? Aku berikan contoh mudah untuk kamu semua faham.
Misalnya, mana lagi selamat? Bawa motor ke kedai rumah atas atau bawa kereta ke kedai rumah atas?.
"Ramai menganggap bahawa bawa motor sangat membahaya ke kedai rumah atas sebab bimbang akan berlaku “accident”. Tapi kenapa lebih ramai kalau nak pergi ke kedai berhampiran, mereka akan bawa motor? Siap tak pakai helmet lagi .. ish ish.. kerana mereka yakin dengan pemanduan mereka dan ada pengetahuan tentang bawa motor dengan selamat ke kedai berhampiran rumah"
Jadi tak hairankan jarang kita dengar bawa motor ke rumah atas ditemui accident mati katak. Mungkin ada tapi tak mustahil juga terjadi bagi yang membawa kereta.
Begitu juga geng-geng pencuri. Kamu rasa kenapa dia memilih untuk menjadi pencuri dan memang sukar kadang nak tangkap. Sebab mereka ada “ilmu mencuri dan keyakinan tinggi” asal untung ma.. kata peniaga selalu.
Kalau kita kaitkan dengan kerjaya. Seringkali dogma masyarakat kita supaya mencari peluang pekerjaan yang dekat-dekat takut nanti tidak boleh sesuaikan diri.
Tapi cuba kau tengok berapa ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu ke Singapura hanya untuk bekerja sebab mereka memilih gaji lebih besar dari Malaysia. Begitu juga berapa ramai anak kelantan, sabah dan sarawak berpindah ke negeri-negeri ekonomi seperti Johor, Selangor dan penang dan boleh “survive”
Ini berbalik semula kepada “keyakinan kau” dan Tambahan pada bagaimana kau bina “networking kau”.
Dalam aspek lain misalnya dalam pelajaran kenapa ada mereka yang sanggup memilih untuk menamatkan pengajian sehingga PHD tetapi ada pula yang hanya belajar sampai SPM sudah cukup memadai?
Kerana mereka memilih begitu. Dan biasanya mereka ada target yang ingin dicapai.
Jadi buat anda semua yang masih keliru dengan pilihan, cubalah muhasabah diri Dan lihat peluang-peluang yang ada yang serasi dengan anda. Kemudian buatlah pilihan.
Pilihan terbaik ialah pilihan yang hadir dari keberanian anda bukan semata-mata ikut seseorang tanpa halatuju. Biar gagal dahulu pilihan anda sekarang sebab akan tetap ada pilihan lain masa hadapan. Sama juga dengan peluang.
"Ingat pilihan sama seperti peluang akan sentiasa wujud sampai akhir hayat anda. Cuma sama anda berani atau tidak untuk bertindak memisahkannya. Baiklah itu sahaja."
Sebagai tambahan. Setiap pilihan yang kamu lakukan akan ada risiko yang akan kamu ambil.
Jadi bagaimana xara kurangkan risiko atau kawal risiko tersebut?
Jawapannya terletak pada ilmu kepada apa yang kamu pilih.
Misalnya jika kamu nak tahu memasak, kamu kena belajar dari orang yang tahu memasak.. kalau kamu belajar dari mak andam tak tahu masak habis ikan ada gincu mak kau nanti kau letak.
Ini bonus untuk peminat setia 😝
hidup memang sentiasa ada pilihan
ReplyDeletebtul tu
Deleteaku pun dulu pernah banyak alami pilihan 1,2 dan 3.. setiap pilihan itu diakui memang sangat berat untuk dihadapi
ReplyDeleteyup memang memilih itu memang berat
Delete