Jika bercerita tentang “second chance” apa yang terdetik dalam pemikiran?
Emmm.. pasti ramai akan ingat ini hanya bercerita tentang soal cinta semata-mata. Contohnya, sarah tinggalkan acap “sebab curang” dengan kawan baiknya afza. Ish-ish kesian sarah.
Akhirnya bila Ali nak balik semula dengan sarah, sarah cakap “TAK BOLEH!”
Adakah soal “peluang kedua ini” hanya kita fokuskan kepada satu skop kecil yang selalu dibahaskan oleh masyarakat iaitu soal cinta?
Bagi soalan kali ini, cinta juga akan saya bahaskan sebagai salah satu isu dalam kita menilai tentang soal “peluang kedua atau second chance”. Namun demikian, dalam aspek ini perlu dibuka luas skop perbincangan termasuk dalam urusan seharian kita juga . Dalam masa yang sama saya akan bagitahu pendirian saya pula tentang isu ini.
Second chance atau peluang kedua merujuk kepada kesilapan yang dilakukan oleh seseorang yang diberikan peluang baharu untuk diperbaiki. Kesilapan itu boleh jadi kesilapan yang melibatkan diri sendiri , sesama orang lain mahupun dengan Maha pencipta.
Dalam aspek yang melibatkan ketuhanan atau diri sendiri, peluang kedua itu tempoh masanya adalah selagi kita masih hidup sebab kalau dah mati tak boleh nak bertaubat. Tetapi masalah timbul jika melibatkan kesilapan dengan manusia sebab belum tentu mereka boleh bagi peluang kedua.
Bak kata mak cik- mak cik bawang “ sampai mati pun aku takkan maafkan kau”.
Kenapa ini terjadi? Sebab manusia dipengaruhi dengan sifat “emosi” dan “dendam” dengan tindakan salah orang lain pada mereka. Sedang mereka lupa mereka juga bukan manusia sempurna.
Tapi dalam bab ini itu “hak mereka” jika nak terus terbelengu oleh rasa serbasalah selamanya. Berbalik kepada persoalan peluang kedua. Adakah perlu untuk kita beri peluang kedua terhadap kesilapan orang lain? Dalam perkara ini sebenarnya,dalam penekanan agama sebenarnya tiada istilah peluang kedua sebab peluang itu sepanjang hayat. Tapi istilah Digunakan oleh mereka-mereka yang “marah” dengan silap orang sebelumnya.
Dalam pelbagai sisi sebenarnya peluang kedua ini boleh mewujudkan 2 perkara sama ada peluang itu akan menjadi perkara yang lebih baik ataupun peluang akan disia-siakan dan membawa kepada keburukkan. Saya bagi beberapa situasi sebenar misalnya, Jack Ma sebelum berjaya menjadi lelaki terkaya di China pernah gagal dalam syarikat pertamanya. Akhirnya beliau menjadikan Alibaba sebagai peluang keduanya memperbaiki kesilapan.
Itu baru soal kerjaya. Bagaiman pula soal pelajaran? Banyak cerita gagal dapat cemerlang di sekolah menengah akhirnya “first class” di ijazah sarjana muda. Sebab bagi mereka bahawa akan ada sentiasa peluang kedua untuk diperbaiki dan menjadikan diri mereka lebih baik.
Begitu juga kisah-kisah tauladan yang kita dengar berkenaan pembunuh 99 orang akhirnya diberi peluang untuk “berakhir kematiannya dengan taubat”
Semua ini adalah kisah-kisah yang sangat dekat dengan peluang kedua dan mereka memanfaatkannya. Begitu juga kisah bagaimana kisah ayah Kita dulu pikat mak sebab asalnya mak jual mahal ialah pakai tudung khaleeda .. emmmm ayah posmen je. Tapi sifat tak berputus asa si ayah awalnya kena “reject” dengan si mak akhirnya “mak bagi peluang kedua untuk menerima ayah”.
Tapi biasanya perkara-perkara ini bukanlah perkara jadi emosi bagi rakyat Malaysia kerana mereka lebih geram pada peluang kedua soal cinta yang putus wajar atau tak beri peluang kedua.
----------------------------------------------------------------------------------------
Dalam soal ini ada beberapa soalan saya akan timbulkan kepada masyarakat kita.
----------------------------------------------------------------------------------------
1) kalau kita bercerai (akad nikah) dalam islam kita diberi 3 kali peluang (talak 1,2 dan 3). Jika sebelum talak 3 kita masih boleh rujuk jika berminat untuk kembali.
2) Jika kita nampak orang itu memang “totally berubah” adakah perlu kita menghukum masa silam dia seolah-olah kita sendiri sempurna masa silam.
Dalam aspek ini aku tidak pernah memaksa seseorang untuk beri peluang kedua sebab itu hak mereka sendiri. Cuma satu yang perlu kita ketahui bahawa
"seandainya mereka sudah dikenakan hukuman yang setimpal atau kamu sendiri akui mereka sudah berubah kearah yang baik sepenuhnya. Maafkan sahaja. Supaya kita tidak lagi bermusuh sesama masyarakat."
Cuma untuk memberi peluang kedua atau tidak itu terpulang. Sebab ingat balik apa aku cakap awal tadi, boleh jadi peluang kedua jadi lebih baik atau lebih buruk. Jika kamu rasa bakal jadi lebih buruk lupakan sahaja kembali dengan si dia. Jika tidak, teruskan niat murni kembali dengan dia.
0 comments:
Post a Comment