Baru-baru ni kita digemparkan bahawa soundtrack demon slayer untuk soundtracknya menggunakan “suara azan”. Selang beberapa hari, produksi Demon Slayer mengeluarkan kenyataan maaf setelah dikritik hebat oleh peminatnya. Namun demikian timbul persoalan bahawa adakah anime sebenarnya ada kaitan dengan islam ataupun tidak?
Anime Kimetsu No Yaiba dan Suara Azan dalam soundtracknya baru-baru ini dalam lagunya Tanjiro Kamado~Connect
Baiklah dalam hal ini mari kita lihat kepada beberapa contoh anime yang terkait dengan agama islam sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Jika dilihat isu azan dalam anime bukanlah benda baharu tetapi pernah juga dialami oleh salah satu anime popular 2014 iaitu noragami yang juga lebih kurang sama isunya. Namun, demikian isu ini berakhir dengan penarikan semula “soundtrack tersebut” oleh pihak produksi.
Anime Noragami dalam Push Buttons pernah terpalit tentang isu ini.
Meskipun kita sedar bahawa kebanyakkan anime yang ditayangkan menonjolkan unsur-unsur dewa dan penyembahan matahari, namun tidak bermakna tiada anime yang menunjukkan unsur-unsur islam.
Salah satu anime yang menunjukkan unsur-unsur islam ialah Yugo The Negotiator. Dalam anime ini, yugo merupakan watak utama menunjukkan beberapa adegan yang melambangkan beliau islam. Misalnya solat, bacaan al-fatihah dan mengucap 2 kalimah syahadah. Adegan ini ditunjolkan dalam anime ini.
Adegan dalam Yugo The Negotiator
Selain itu, ada juga anime lain yang menonjolkan unsur-unsur islam atau unsur arabic dalam animenya.
Misalnya anime popular iaitu Doraemon the movie bertajuk Doraemon: Nobita's Dorabian Nights menonjolkan salah satu zaman kegemilangan islam iaitu zaman khalifah Harun Ar-Rashid dan mengadaptasi kisah 1001 malam yang terkenal semasa zaman khalifah tersebut.
Doraemon: Nobita's Dorabian Nights
Anime lain seperti Magi mengambil nama-nama watak-watak dalam kisah 1001 malam seperti watak utama ali baba, aladdin dan sinbad.
Magi
Banyak sebenarnya anime-anime lain menonjolkan suasana arabic dan islam dalam karya mereka. Namun demikian, jika dibandingkan dengan unsur agama lain seperti kepercayaan dewa-dewa dan agama kristian dalam anime, unsur islam ini hanyalah minoriti.
------------------------------
Kenapa ini boleh terjadi?
------------------------------
Sebenarnya sama juga dengan negara-negara lain seperti di India dan di Barat yang juga ada cerita mereka menerangkan tentang islam kerana penduduknya juga sebenarnya ada sebilangan kecil yang beragama islam.
Jadi dalam hal ini tidak hairanlah bahawa, ada beberapa anime yang cuba menonjolkan islam dalam anime mereka. Sama ada dalam bentuk pakaian mahupun perbuatan dan percakapan. Meskipun demikian, bilangan anime yang menonjolkan unsur islam adalah minoriti bukanlah seperti unsur agama lain.
Baiklah itu sahaja dari saya. Terima kasih ..
0 comments:
Post a Comment