“Kenapa beli diluar kalau dalam negara sendiri sudah ada?”Kita selalu melihat disekitar kita seringkali mewujudkan beberapa keadaan memperkasakan barangan tempatan dengan membeli barangan tempatan. Contoh-contoh kempen seperti “Belilah Barangan Buatan Malaysia” , Buy Muslim First ini merupakan antara contoh-contoh memperkasakan produk tempatan yang ada di dalam negara.
Namun demikian realitinya sebenranya kita lebih gemar menjual apa yang ada di dalam negara dan membeli barangan luar negara yang sebenarnya ada di dalam negara kita.
Kenapa ini boleh berlaku?
Dalam aspek ini aku akan melihat perkara ini dalam beberapa perkara. Perkara pertama ialah
-------------------------
1) Jual bekalan yang sedikit untuk mendapat bekalan yang lebih banyak.
-------------------------
- Contohnya, perkara ini kita dapat lihat dari segi barangan seperti beras tempatan kita sebenarnya kalau diikutkan jumlah produk tempatan tidak mampu menampung keseluruhan masyarakat Malaysia.
- namun demikian kita lebih berfokus untuk menjual beras tersebut diluar dengan “kualiti lebih baik”
- jadi bekalan yang “tidak cukup itu” akan ditampung oleh produk-produk luar yang lebih “murah harganya” iaitu seperti beras daripada Thailand atau dari Indonesia.
- pelikkan konsep barangan bekalan sikit tapi kita eksport lepastu berharap bahawa produk import boleh tampung keperluan kita.
- konsep ini digunakan untuk menampung keperluan tempatan dengan kadar lebih “murah” ditambah “cukai kerajaan” yang boleh dikenakan.
- jadi tidak hairan tiada halangan dalam isu ini.
-----------------------
2) Permintaan Pelanggan.
-----------------------
- faktor permintaan daripada rakyat tempatan sendiri menjadi faktor untuk negara kita “mengimport barangan yang dah wujud dalam negara kita”.
- aspek ini berkait rapat dengan “jenama, nilai sentimental, harga, standard, kualiti, ikut idol dan sebagainya yang menyebabkan ramai tertarik untuk membeli barangan tersebut yang dianggap “lebih gah” berbanding barangan tempatan.
- Contoh paling mudah, kenapa kita lebih gemar membeli ayam KFC berbanding ayam goreng di kedai warung atau kedai tempatan yang sama sedap atau lebih sedap?
- bagi aku jawapannya ialah kerana “Jenama KFC itu sendiri”.
- sama juga kalau kau pakai kasut jenama nike, adidas atau pakai pakaian yang berasal dari luar negara yang telah “terkenal”, walaupun harga mahal tetap kau beli kerana “standard luar negara”.
- sebab itu asas perniagaan ialah buat orang ingat. Sama juga kes mee kuning, mee sedap tetap kau cakap itu maggie.
- Setakat ini fahamkan permintaan pelanggan.
- tapi tak semestinya “high class”
- kadang barangan tiruan dari luar negara juga jadi kegemaran rakyat Malaysia berbanding keluaran tempatan kita sendiri.
- misalnya barangan- baranga “made in China” (bukan barangan cina tempatan kita yup)
- kebanyakkannya ialah barangan tiruan (sebab itu banyak barangan china diblok dari masuk ke pasaran eropah kerana tiruan) tapi rakyat Malaysia beli sebab murah.
-------------------
3) Aspek Politik.
-------------------
- Perasan atau tidak sebenarnya negara kita membenarkan pembelian barangan dari negara-negara tertentu sangat berkait rapat dengan hubungan baik dengan negara tersebut.
- Jadi tidak hairan bila ada barangan kita yang dijual diluar negara dan barangan luar negara dijual balik ke dalam negara kita tapi hasil produk dari negara luar sebenarnya langkah untuk “menjaga hubungan baik dengan negara tersebut”.
- keadaan ini sebenarnya untuk mewujudkan keadaan “win-win situation diantara kedua-dua buah negara”.
- Misalnya, kemasukkan syarikat-syarikat e-hailing atau syarikat seperti Grab yang menyediakan perkhidmatan menyerupai seperti Bungkus It dan My teksi walaupun grab ini berasal dari Singapura kerana hubungan baik Malaysia-Singapura.
- Begitu juga produk-produk lain termasuklah makanan, pakaian dan lain-lain.
- perkara ini dilakukan adlah untuk “projek jangka panjang” terhadap pembangunan ataupun persetujuan ekonomi mahupun politik serta keputusan-keputusan penting dalam memajukan pembangunan dan teknologi negara serta pasaran ekonomi pada masa sekarang dan akan datang.
- Ini semua akan mewujudkan keharmonian bagi negara Malaysia dan negara yang Malaysia benarkan penjualan barangan mereka dalam negara.
Namun perlu diingat, memperkasakan barangan tempatan untuk memenuhi keperluan tempatan juga membantu mengurangkan penggunaan aliran keluar duit ke negara asing.
Baiklah itu sahaja dari saya. Semoga berguna 😘
0 comments:
Post a Comment