Baiklah kali ini soalan yang ditanyakan ialah Belia 2000, dicemari budaya asing.
Sebagai mukaddimah. Siapakah belia?
Belia merupakan peralihan peringkat usia di antara perinkat usia kanak-kanak dan dewasa.
Mudahnya, mengikut akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668) meletakkan belia dalam lingkungan umur 15-30 tahun. Jadi selepas kita mengenal siapa itu belia, mari kita bahaskan sejarah wujudnya “pengaruh budaya asing secara ringkas” sebelum masuk kepada isi utama.
Selepas berakhirnya zaman penjajahan di Malaysia. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh ahli politik atau pemerintah pada ketika itu lebih menjurus kepada dasar yang pro kepada sesuatu negara asing.
Misalnya sewaktu era pemerintahan Tunku Abdul Rahman, zaman ini digelar sebagai zaman pro- barat. Dan banyak dasar-dasar barat diadaptasi sewaktu era ini. Jadi tidak hairan bila corak kerja dan budaya diadaptasi masyarakat rentetan dari dasar pro-barat. Budaya punk, budaya hip hop, pop yeye dan banyak lagi adalah kesan dari dasar pro-barat.
Tunku Abdul Rahman , Perdana Menteri Malaysia Pertama
Begitu juga yang dilakukan oleh pemerintah-pemerintah Malaysia dikemudiannya seperti di Era Tun Dr Mahathir 1.0 menjurus kepada “dasar pandang ke timur” yang melihat segala aspek dari negara-negara timur iaitu korea china dan jepun sebagai penanda aras. Jadi tidak hairan mengapa unsur-unsur kpop, anime dan banyak lagi budaya dan hiburan dari negara terbabit kita adaptasi kesan daripada dasar kedua-dua pemimpin tempatan ini iaitu pro barat dan pro timur.
Jadi sama ada remaja 2000 dicemari oleh budaya asing ?
Bagi saya yup. Remaja di Malaysia sebenarnya sudah bercampur aduk budayanya sehingga hilang identiti sebenar budaya mereka. Bukanlah bermaksud menolak semua budaya asing tetapi identiti budaya tempatan sebenarnya kita semakin hilang.
Saya bagi contoh mudah. Kenapa di india, polis wanita mereka boleh memakai sari? Sebab mereka mengangkat identiti mereka sebagai “kekuatan mereka” begitu juga di Jepun bagaimana “semangat kamikaze” yang menjadi kekuatan bagi mereka.
Pencarian identiti jepun telah dilakukan oleh pemimpin mereka bagi memastikan bahawa “budaya” dan “semangat jepun” itu dikekalkan dalam rakyat mereka. Jadi tidak hairan jika negara jepun ditimpa bala dan musibah seperti gempa bumi dan sebagainya, “semangat cintakan negara mereka” membuatkan mereka bangkit dengan cepat kerana mereka tahu siapa mereka dan apa identiti sebenar diri mereka.
Jepun 2011 dan Jepun 2018
Di malaysia, berbeza pula. Kita sebenarnya banyak mengambil “sedikit” budaya dari barat begitu juga di jepun. Ada budaya yang baik seperti budaya barat “sistematik, menyuarakan pandangan” adalah budaya yang saya kira boleh dikekalkan untuk diadaptasi. Begitu juga budaya pro timur seperti budaya kerja datang awal, pakai tanda nama dan lain-lain ialah budaya yang bagus. Namun demikian, sayang seribu kali sayang budaya asing yang kita ambil banyak yang tidak benar-benar “disesuaikan dengan budaya tempatan” sehingga wujud “kecelaruan budaya”.
Misalnya, budaya pergaulan bebas, memberikan pandangan terlalu sinis sehingga menyebabkan perpecahan (sedang budaya kita memberi pandangan dengan berhikmah), unsur-unsur liberalisme, LGBT , gengsterisme dan sebagainya yang boleh merosakkan akhlak masyarakat tempatan “lebih cepat” diadaptasi dalam kebudayaan kita. Memang perkara ini sedikit sebanyak dari sejarah dasar awal pemimpin-pemimpin kita juga kerana gagal “mengentengahkan identiti tempatan” seperti pernah dilakukan oleh Jepun sebelum menjadi sebuah negara maju dan seperti yang sekarang dilakukan oleh China.
Penyerapan budaya tanpa tapisan yang wajar ini sebenarnya boleh meruntuhkan sebuah ketamadunan atau kerajaan yang hebat. Kalau ditelungsuri bagaimana Kerajaan Turki Uthmaniyyah jatuh adalah kerana wujud gerakkan “revolusi Turki Muda” yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Antartuk sehingga semua benda dijadikan barat sehingga akhirnya turki jatuh sebagai negara penjajah kemudiannya.
Mustapha Kamal Atartuk.
Begitu juga zaman pemerintahan Komunis di China yang menghapuskan segala kebudayaan China ketika itu, sehingga kita melihat China sebagai Sebuah negara mundur kemudiannya sebelum mereka mencari identiti negara mereka yang akhirnya sekarang ini mereka bukan lagi “sepenuhnya negara komunis lagi”
Kesimpulannya, budaya luar itu boleh diambil dan diadaptasi namun demikian perlu juga diterapkan bersandarkan budaya tempatan. Kalau kita lihat sejarah kegemilangan kerajaan islam sehingga wujud zaman “ilmuan agung dunia” kerana mereka tidak menerima bulat-bulat ajaran herodotus, socratos dan lain-lain sarjana kunoa tapi disesuaikan dengan islam. Begitu juga yang dilakukan jepun harini dengan tidak menerima sepenuhnya barat tetapi disesuaikan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan mereka sendiri.
Jadi, sama ada remaja 2000 itu dicemari budaya asing? Bagi saya yup. Cuma sama ada budaya asing itu baik atau tidak bagi saya bergantung kepada bagaimana kira mengangkat identiti budaya kita dan disesuaikan dengan budaya luar disamping menolak unsur-unsur yang merosakkan keseluruhan kebudayaan tempatan.
Baiklah itu shaja dari saya 😘
0 comments:
Post a Comment