Baiklah sempena STPM yang akan menjelang esok hari. Malam ni saya kongsikan sedikit cara untuk atasi gemuruh di dewan peperiksaan.
Semoga berguna untuk anda yang bakal exam esok..
STPM merupakan salah satu sijil peperiksaan yang dianggap “susah” oleh rakyat Malaysia.
Mana tidaknya, lakunya sijil ini sehingga dalam kerja kerajaan boleh digunakan untuk permohonan kerja di SPA atau kerajaan negeri. Malah ada juga syarikat2 swasta mengambil pekerja atas dasar STPM setaraf dengan diploma dalam syarikat mereka.
Malah sijil STPM ini jika dapat keputusan yang baik berpeluang cerah untuk sambung pengajian di UA . Kalau lihat peratusan UA juga hampir 55% ialah dari STPM untuk degree.
Jadi jika anda lihat bertapa berharganya sijil ini sudah pasti ada pengorbanan perlu anda korbankan. Yup iaitu bagaimana anda nak pastikan keputusan anda adalah antara yang terbaik.
Baiklah kita masuk kepada pecutan akhir supaya anda benar-benar tenang dalam dewan peperiksaan. Berikut merupakan beberapa langkah anda boleh lakukan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Langkah sebelum ke dewan peperiksaan.
1) dapatkan restu ibu / ayah.
- mulakan pagi peperiksaan kamu dengan salam kedua ibu dan ayah kamu.
- katakan pada mereka
“ibu, ayah, adik ada exam harini. Doakan kejayaan adik. Maaf salah dan silap”
- ingat doa seorang ibu itu makbul. Restu mereka berdua tu penting sebelum exam. Jadi mullakan dengan restu mereka. InShaAllah kamu akan lebih tenang.
- kalau tak dapat jumpa. Contact mereka sebelum exam dan dapatkan restu dan doa mereka. InShaAllah akan tenang.
2) Berjumpa dengan kawan yang kamu tahu study dah gila atau pelajar-pelajar dekan exam lepas.
- tanya mereka sesuatu yang kamu perlukan kepastian.
- cuba dapatkan pemahaman mereka yang paling mudah supaya exam nanti kamu boleh “goreng sebaiknya kalau memang dah tak tahu”.
- ini langkah yang baik bagi yg dah tak sempat study tu.
3) Jumpa cikgu dan minta doa mereka.
- jika kamu terserempak dengan cikgu-cikgu STPM bagitahu mereka minta untuk doakan kejayaan kamu semua.
- kalau kamu gemuruh cuba dapatkan kata-kata akhir semangat dari mereka.
- biasanya cikgu takkan biarkan kamu jatuh begitu sahaja dengan mood down yang terlampau.
- mana tahu kata-kata cikgu yang terakhir boleh bantu kamu lebih yakin jawab exam.
Semasa di dewan
1) mulakan dengan berdoa
- banyak-banyakkan berdoa supaya apa yang kamu tahu ada masuk dalam peperiksaan atau jika kamu tak tahu Allah bagi petunjuk untuk menjawab peperiksaan.
2) Panaskan tangan kamu dengan gosok kedua belah tangan.
- bagi yang gemuruh teknik ini sellau saya gunakan kalau takut nak jawab exam.
- bila takut kamu pasti akan rasa sejuk tangan kamu. Jadi panaskan tangan kamu dengan menggosok tangan kamu.
- sekurang-kurangnya boleh kurangkan sikit rasa takut.
3) Tulis rangka jawapan pada setiap soalan baru jawab keseluruhan.
- rangka ini bagi kamu boleh jawab keseluruhan nanti supaya kamu tak lupa apa yang kamu dah baca.
- bila ada rangka, kalau kamu terlupa boleh rujuk rangka jawapan kamu.
4) Mulakan pada soalam yang kamu yakin senang baru yang susah.
- jawab pada soalan yang kamu rasa mudah dahulu baru senang.
- supaya kamu tak membazir masa pada menjawab soalan yang susah.
- sekurang-kurangnya soalan mudah kamu dapat siapkan tepat pada masanya dan mengelakkan penyesalan "alah tak sempat nak siapkan soalan gred A kacang gile tu"
5) Biasakan guna 5W1H
- what who when where why how .
- gunakan teknik ini bagi menjawab exam terutamya yang esei.
- bagi soalan-soalan susah juga gunakan teknik ini untuk kamu fikir logik apa jawapan yang boleh kami gunakan berdasarkan 5W 1 H.
Selepas exam.
1) Jangan bincang jawapan dengan kawan.
- INI AMARAN KERAS
- kalau kamu bincang hanya akan buat kamu rasa down sebab benda yang lepas jangan dikenang.
- ini penting bagi kekalkan motivasi kamu untuk exam seterusnya.
2) Buat persiapan untuk exam seterusnya.
- mula untuk “cover” apa yang perlu untuk exam seterusnya.
Baiklah itu sahaja daripada saya semoga berguna.
0 comments:
Post a Comment