Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

BREATHING STYLE ANIME KIMETSU NO YAIBA DAN TEKNIK PERNAFASAN MELAYU



Breathing style atau Breathing form merupakan salah satu elemen penting dalam perkembangan anime Kimetsu No Yaiba. Breathing styles/forms berasaskan seni beladiri Kendo yang telah diselitkan dalam anime ini bukanlah suatu perkara rekaan dan khayalan, mungkin nama kaedah pernafasannya sahaja merupakan rekaan dari pelukis anime tersebut seperti Water Breathing Style, Flame Breathing Style, Hinokami Kagura Breathing Style, Beast Breathing Style dan lain-lain lagi. Tetapi hakikat sebenar kaedah pernafasan yang dipertontonkan dalam anime tersebut merupakan suatu kaedah sebenar pernafasan yang tidak asing lagi dalam dunia seni beladiri. Penulisan ini memaparkan ringkasan berkenaan Breathing Style anime Kimetsu No Yaiba dan persamaannya dengan Jurus Pernafasan Melayu.
Breathing styles atau dalam istilah Melayu-nya Kaedah/Teknik/Jurus Pernafasan adalah sesuatu kaedah membangkitkan, melatih dan menggunakan tenaga dalaman. Tenaga dalaman dianggap suatu tenaga manusia yang mempunyai kekuatan ‘superhuman’ yang luar biasa. Tenaga dalaman dibezakan dari tenaga luar manusia (kebiasaannya disebut secara ringkas sebagai “tenaga” saja) yang berbentuk tenaga fizikal seperti kekuatan otot tangan mengangkat barang.

              Secara umumnya setiap orang memiliki apa yang disebut dengan tenaga dalam, tetapi tidak mengetahui bagaimana cara membangkitkan atau mengembangkannya. Tenaga dalaman ini telah wujud sejak manusia dilahirkan. Tetapi tenaga itu masih pasif dan hanya akan terzahir pada masa-masa tertentu sahaja seperti berkeadaan panik, ataupun dibangkitkan dengan suatu kaedah-kaedah tertentu. Salah satu kaedah utama dalam membangkitkan tenaga dalaman tersebut adalah melalui kaedah pernafasan. Ianya merupakan metodologi dan cara yang paling berkesan dalam membangkitkan tenaga dalaman kerana pernafasan dan bernafas itu merupakan suatu fitrah kehidupan seharian manusia dan berkait rapat dengan jiwa dan emosi manusia.
Sama seperti Breathing styles dalam anime Kimetsu No Yaiba, dimana seorang pengguna teknik tersebut menggunakan kaedah kawalan pernafasan maksima untuk menjana tenaga fizikal seperti ‘superhuman’ dan mempercepatkan kadar pemulihan tubuh. Oksigen yang diserap paru-paru pada kadar paling maksima disalurkan pada setiap pembuluh darah dan seluruh tubuh bertindak sebagai ‘adrenaline’, lalu merangsang sel darah dan otot untuk bekerja pada kadar maksima melampaui kemampuan asas tubuh manusia. Itulah kaedah yang digunakan oleh para Demon Slayer untuk menyaingi kekuatan ‘superhuman’ seekor Demon.

Setiap Breathing Styles mempunyai Forms atau tahap-tahap (boleh dikategorikan sebagai ‘Jurus’) yang pelbagai. Setiap Forms ini perlu dikuasai secara berperingkat, yang menuntut kepada seorang Demon Slayer untuk mempunyai tahap penguasaan kaedah pernafasan yang baik. Semakin bagus tahap penguasaan kaedah pernafasan, semakin banyak Forms yang mampu dikuasainya dalam sesuatu Breathing Style. Begitu juga dengan Teknik Pernafasan Melayu, atau lebih sering digunakan dalam aliran silat lama/tua. Tidak semua jenis aliran silat mengajarkan teknik/kaedah pernafasan pada pengamalnya. Hanya sesetengah aliran khususnya Silat Tua dari Sumatera seperti Cimande, Panglipur, Minang dan lain-lain lagi. Pengamal silat-silat tersebut mempraktikkan kaedah pernafasan tenaga dalaman yang menjadikan fizikal mereka lebih kuat dan daya pemulihan tubuh mereka lebih cepat berbanding jika tidak menggunakan teknik pernafasan tenaga dalaman. Oleh itu, tidak hairanlah seorang pengamal silat Cimande yang bagus mempunyai fizikal yang kuat dan ampuh.
Apa perkaitan Breathing Styles anime Kimetsu No Yaiba dan Teknik Pernafasan Melayu dari sudut sains dan Metafizik?

Manusia memiliki unsur kimia tubuh (Body Chemistry) yang bernama Adenosin Tri-Phosphate (ATP). ATP ini dapat berubah menjadi tenaga melalui proses metabolisma tubuh. Secara ringkasnya dapat ditulis sebagai: O2 + ATP + Tenaga Glikogen. ATP berfungsi sebagai reserve energy atau tenaga simpanan. Misalnya, setelah kita penat melakukan riadah, kemudian berehat sebentar maka tubuh kita akan pulih kembali. Tenaga yang dihasilkan oleh ATP dalam setiap hari berbentuk kehangatan tubuh, ianya membantu melancarkan penyaluran adrenalin, menghidupkan bahan kimia tubuh untuk membentuk sel antibodi tubuh, melancarkan sistem pencernaan dan mengaktifkan organ-organ tubuh manusia.

            Berdasarkan penelitian, manusia dalam kehidupan sehari-hari hanya menggunakan sekitar 2.5% dari tenaga tubuhnya. Sedangkan yang 97,5% lainnya tersembunyi sebagai reserve energy pada bahagian ulu hati. Persoalannya adalah bagaimana cara membangkitkan tenaga simpanan tersebut dan menggunakannya secara optima dalam kehidupan sehari-hari? Manusia jika mampu meningkatkan kekuatannya sebesar 0.1-0.3% (sehingga menjadi 2.6-2.8%) dapat membunuh seekor kuda dengan sekali pukulan atau dapat mematahkan lima batang potong pisang yang diletak sejajar serta memecahkan batu sekiranya memiliki tenaga dalam. Tenaga dalaman atau reserve energy adalah suatu bentuk tenaga yang berpusat pada saraf-saraf sekitar ulu hati, dan setelah tenaga tersebut dijana, ianya akan terkumpul pada salah satu bahagian tubuh yang disebut sebagai ‘solar plexus’ ataupun diafragma.
Menurut berbagai sumber, diafragma merupakan bahagian dari tubuh manusia yang berbentuk 3 1⁄2 lengkungan, Terletak diantara tulang ekor dan pusat. Kesimpulannya, ulu hati adalah tempat penghasilan reserve energy, ‘Solar Plexus’ adalah tempat simpanan tenaga tersebut. Di sinilah perkaitannya antara Breathing Styles dan Teknik Pernafasan Melayu tentang bagaimana permulaan kaedah tersebut dari sudut sains.
             
Bagaimana kaedah menghasilkan tenaga dalaman dan menjana kekuatan ‘superhuman’ melalui Solar Plexus?
Image result for solar plexus
Satu-satunya jalan untuk membangkitkan tenaga tersebut adalah dengan cara mengubah pernafasan biasa menjadi pernafasan luar biasa, iaitu dengan memaksimakan oksigen yang masuk ke tubuh (paru-paru), tidak terbuang begitu saja selepas keluar dari paru-paru, sedang bahagian tubuh lain juga memerlukan kadar oksigen maksimum seperti paru-paru. Untuk membangkitkan reserve energy secara cepat, oksigen harus disedut melalui hidung kemudian disalurkan secara cepat ke seluruh tubuh dan menyingkirkan gas karbon dioksida (CO2) juga secara cepat. Oleh itu, saat menghembuskan nafas, badan perlu dikeraskan atau dikejangkan. Dengan pengejangan tubuh, oksigen akan berputar membentuk pusaran tenaga yang menyerap seluruh tenaga ke seluruh tubuh. Manakala, pembuangan gas CO2 dilakukan dengan cara menghembuskan nafas melalui mulut. Apabila kedua-dua keadaan tersebut dilakukan serentak dan cepat, maka oksigen yang berputar di dalam tubuh kita adalah oksigen bersih tanpa CO2. Reserve Energy dihasilkan ATP beroksigen itu membentuk getaran-getaran yang disalurkan pada pembuluh darah dan otot lalu menggalakkan penghasilan adrenalin maksima. Keadaan ini akan menjana tubuh yang berkemampuan lebih tinggi, lalu menyumbang kepada kekuatan fizikal yang tinggi dan daya pemulihan tubuh yang cepat. Ini juga adalah salah satu rahsia mengapa orang-orang yang mempelajari tenaga dalam atau Breathing Styles secara benar selalu sihat dan jarang sakit.

Fungsi dari tenaga dalam (Perbandingan Tenaga Dalam Melayu & Breathing Styles anime Kimetsu No Yaiba):
Tenaga Dalam Melayu
Breathing Styles anime Kimetsu No Yaiba
- Tenaga fizikal menjadi jauh lebih kuat
- Kekuatan fizikal setiap Demon Slayer dipertingkatkan standing Demon.
- Deria pancaindera dipertingkatkan dan dipertajamkan.
- “Beast Breathing Style: Spatial Awareness” milik Inosuke Hashibira.
- Untuk membangkitkan deria ke-6.
- Kebolehan “See-Through” yang dikuasai Kamado Tanjiro.
- Untuk menghancurkan benda-benda keras.
- Kemampuan fizikal Breathing style users dipertingkatkan.
- Untuk meringankan tubuh.
- Kepantasan Breathing style users dipertingkatkan.
- Untuk meningkatkan kesihatan dan daya ketahanan tubuh terhadap serangan fizikal.
- Kadar pemulihan tubuh yang cepat pada pengamal Breathing Styles.
- Untuk Telekinetik / menggerakkan benda dari jarak jauh
(Tidak dicatat)

Jelas sekali elemen Breathing styles yang ditonjolkan dalam anime Kimetsu No Yaiba mempunyai sangat banyak persamaan dengan kaedah pernafasan yang diamalkan kebanyakan seni beladiri Asia, khususnya dalam ilmu beladiri Silat. Anime Kimetsu No Yaiba ini bukan sahaja dihasilkan dengan jalan penceritaan yang sangat menarik dan penuh pengisian, dihasilkan juga menggunakan grafik CGI yang mampu menarik minat penonton, akan tetapi anime ini juga menyampaikan ilmu pengetahuan sebenar tentang dunia seni beladiri yang jarang dipertontonkan dalam siri anime yang lain.

-Tamat-


Jangan Lupa Like Page saudara  محمد شهمي بن شمس الدين


Share:

2 comments:

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results