Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Tate No Yuusha (Season 1) - Pengkhianatan yang membawa kepada kebangkitan Seorang Hero Lemah



Tate No Yuusha atau terjemahan dalam Bahasa Melayunya ialah kebangkitan pahlawan pertahanan. Cerita ini mengisahkan tentang 4 manusia yang dibawa masuk ke negara baharu di dunia lain bagi menyelamatkan negara terbabit daripada serangan "Wave" atau gelombang.

Setiap seorang pahlawan itu mempunyai senjata mereka masing -masing iaitu
1) Naofumi - Perisai pertahanan.
2) Motoyasu - Lembing
3) Ren - Pedang
4) Itsuki - Memanah
4 Pahlawan 
Keempat-empat hero ini dijanjikan untuk menerima habuan yang lumayan dan dijanjikan untuk kembali ke dunia asal mereka tetapi dengan syarat untuk menamatkan "wave" yang berlaku di negara terbabit. Sebagai permulaan, raja negara tersebut telah mengurniakan duit dan pengikut untuk keperluan 4 orang hero tersebut untuk membeli peralatan mereka dan meningkatkan kekuatan mereka.

Namun demikian perkara tersebut tidak seindah yang dijanjikan apabila Naofumi dilayan tidak adil oleh raja berkenaan kerana beliau dianggap "Paling lemah" dalam kalangan 4 orang hero. Namun demikian, pada ketika itu hanya seorang sahaja yang menerima Naofumi sebagai pengikutnya iaitu Myne. 
Myne

Pada awalnya, Myne banyak membantu kepada nasihat untuk meningkatkan "Level" dan tempat membeli peralatan yang terbaik di negaranya. Namun demikian, itu semua hanyalah lakonan Myne untuk menjatuhkan Naofumi dengan menuduh Naofumi cuba merosakkan kehormatannya. Fitnah tersebut telah menyebabkan Naofumi dipulaukan dari negara tersebut dan dipulaukan oleh 3 orang pahlawan yang lain. 

Namun demikian, perkara ini tidak sekalipun mematahkan semangat Naofumi apabila beliau berusaha untuk memperbaiki mutu perlawanan dan kualiti yang beliau miliki sehinggalah bertemu dengan Raphtalia, Filo dan Melty. 


Usaha menjatuhkan Naofumi tidak berhenti disitu sahaja apabila wujud usaha-usaha lanjutan yang dilakukan oleh Myne dengan menfitnah Naofumi mempergunakan Raphtalia sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan antara kedua-duanya disamping usaha menuduh naofumi cuba membunuh anak raja negara terbabit yang juga adik kepada Myne iaitu Melty. 

Namun demikian usaha-usaha menemui kegagalan malah pengkhianatan tersebutlah yang telah membawa kepada kebangkitan kekuatan Naofumi yang berjaya mengatasi kekuatan 3 pahlawan yang lain teruatamanya sewaktu menentang lawan-lawan yang kuat semasa di "wave" seperti Glass , Larc, Theresa dan Soul Eater. 

Image result for naofumi vs glass 2
Naofumi vs Glass

Kata-kata Naofumi yang menjadi kekuatan iaitu semasa beliau dipulaukan iaitu " Aku ialah pahlawan yang lemah, jadi "masa" adalah sesuatu yang paling berharga bagiku" 
naofumi semasa episode pertama. 

Jadi kawan-kawan gunakan masa sebaik mungkin dan jadikan penolakan sebagai sesuatu pembakar semangat untuk bangkit mengatasi kelemahan. Sekian. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results