Tensei Shitara Slime Datta Ken atau dalam bahasa Melayunya Semasa Saya dihidupkan semula sebagai jelly atau lendir (Slime) mengisahkan tentang seorang manusia iaitu Mikami Satoru yang hidup biasa di dunia nyata akhirnya telah mati terbunuh sewaktu ingin menyelamatkan juniornya daripada di tikam.
Sewaktu Kematian Satoru.
Setelah kematian Satoru, dia telah dihidupkan semula sebagai "slime" dengan berubah nama kepada Rimuru Tempest di dunia lain telah bertemu dengan banyak makhluk yang unik di dunia terbabit termasuklah naga, manusia, demon, serigala dan banyak lagi ciptaan yang unik.
Peliknya setiap ciptaan ini selain manusia tidak mempunyai nama dan sekiranya mereka mempunyai nama, sama ada bakal jadi pemerintah atau dianggap "mulia" oleh kelompok puaknya kerana "nama" boleh meningkatkan tahap kekuatan makhluk tersebut. Misalnya, serigala yang dikalahkan Rimuru telah diberi nama Ranga yang telah menyebabkan kekuatan Ranga jauh lebih kuat dari sebelumnya.
Salah satu kuasa Ranga.
Itu sedikit sebanyak tentang sinopsis anime ini. Jadi mari kita analisis pula dari sudut pembinaan sebuah kerajaan yang dilakukan oleh Rimuru Tempest sewaktu dihidupkan semula menjadi "Slime".
1) Peraturan Rimba.
- Siapa kuat dia akan berkuasa. Pasti anda pernah dengar peraturan rimba ini bukan. Dalam hal ini makhluk yang berada dalam cerita Slime Datta Ken ini dibahagikan mengikut kekuatan mereka. Malah, makhluk ciptaan seperti slime dianggap sebagai paling rendah kerana dianggap lemah dari segi kekuatan.
- Namun, demikian sewaktu Rimuru mula-mula membina sebuah kerajaan, Rimuru telah dianggap sebagai makhluk yang kuat oleh goblin sehingga dilantik menjadi ketua dan meminta bantuan untuk mengatasi masalah mereka dengan mengalahkan serigala.
- Malah selepas Rimuru berjaya mengalahkan ketua serigala, serigala-serigala yang lain telah menjadi pengikut Rimuru kerana kepercayaan "peraturan rimba" masih menebal dalam diri mereka.
- Jadi tidak hairan di peringkat awal kejayaan Rimuru membina kerajaan bermula dengan menunjukkan kekuatan.
2) Mengumpulkan tenaga pakar.
- Rimuru percaya bahawa untuk membina sebuah negara yang baik perlukan kepakaran-kepakaran tertentu yang hanya boleh dipenuhi oleh orang yang pakar dalam bidangnya.
- Oleh itu, Rimuru mengambil langkah untuk mengumpulkan mereka-mereka yang pakar untuk tinggal bersama dengan kerajaannya.
- Sebagai timbangbalik, segala bentuk kemudahan atau keperluan makanan akan disediakan secara mencukupi.
- Rimuru telah berjaya menarik beberapa pakar dalam kerajaannya seperti pakar pedang iaitu Hakurou dan pakar pembuat pedang dan pakar membina perumahan iaitu Kaijin.
- Kepakaran-kepakaran mereka ini akan dikongsikan kepada rakyat kerajaan Tempest untuk kebaikkan bersama sama ada dari segi pertahanan mahupun pembangunan kerajaan.
3) Menjalinkan Hubungan Berbaik-baik
- Rimuru melihat bahawa ancaman daripada luar akan secara tidak langsung memusnahkan empayarnya kelak.
- Oleh itu, Rimuru telah mengambil langkah berbaik-baik dengan kerajaan-kerajaan kuat disekitarnya dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka.
- Sebagai timbal balas, Rimuru menyediakan keperluan yang diperlukan oleh kerajaan terbabit disamping kerajaan terbabit mampu memberikan sesuatu dari sudut perlindungan atau ekonomi kepada kerajaan Rimuru.
- Misalnya sewaktu, Demon Loli Moli datang untuk menyerang menguji kekuatan Rimuru, Rimuru telah mengambil langkah selamat dengan berbaik dengan Demon Loli dan memberikan kebenaran Demon Loli menikmati kemudahan kerajaan Rimuru tetapi sebagai timbang baliknya perlu "menjaga" kerajaannya sekiranya dilanda musibah atau serangan asing.
4) Mendapatkan Pengiktirafan.
- Sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat, pengiktirafan merupakan salah satu yang perlu diambil perhatian.
- Pengiktirafan ini penting bagi sebuah negara baharu atau lama kerana dengan pengiktirafan dari kerajaan-kerajaan lain bermakna, negara terbabit diiktiraf kewujudannya oleh kerajaan lain.
- Malah pada masa akan datang dari segi aspek ekonomi dan jalinan politik akan lebih mudah kerana pengiktirafan tersebut telah dilafazkan oleh kerajaan-kerajaan lain sekitarnya yang mengakui kewujudan negara baharu.
- Pengiktirafan ini Rimuru perolehi daripada beberapa individu berpengaruh iaitu daripada Gazel iaitu Raja Kerajaan Dwarven dan Treyni
Baiklah setakat ini sahaja analisis yang saya lakukan. Semoga berguna.
0 comments:
Post a Comment