Salah satu permintaan daripada sahabat saya.
Move on ni sebenarnya satu keadaan cuba untuk hilangkan kenangan yang ada bersama dengan yang pernah disayangi atau paling tidak kita boleh jalani kehidupan harian seperti biasa tanpa terlalu memikirkan kenangan yang disimpan bersama dengan si dia.
Oleh itu berikut beberapa tips yang boleh dilakukan untuk anda move on.
-------------
1) Sibukkan Diri.
-------------
- jika sebelum ini anda seorang yang banyak masa bersama terluang, cuba biasakan diri untuk sibukkan diri.
- caranya, jika anda bekerja, rajin-rajinkan ot atau overtime.
- jika anda belajar, rajin-rajin join program universiti.
- atau jika memang anda tiada apa-apa nak buat just rajinkan diri berjalan ke luar rumah dan sebagainya.
"Cara ini bagus bagi individu yang merasakan diri mereka terlalu banyak masa terluang. Jadi mungkin teknik ni anda boleh guna pakai"
---------------------------------------------
2) Hilangkan Semua Memori Bersama Dia atau Hapuskannya
---------------------------------------------
- cara ni agak radikal jika bagi mereka yang nak terus lupakan kenangan mereka bersama pasangan.
- biasanya mereka yang radikal ini akan melakukan perkara-perkara seperti membakar kenangan-kenangan yang ada bersama dengan yang tersayang, membuang segala bentuk pemberian atau memori bersama dengannya dari chat hinggalah barang pemberian.
- cara ini sangat menyakitkan sebab kita memaksa untuk dilupakan.
- Tapi cari ini bagus untuk kita benar-benar melupakan pasangan.
- sebab teknik ni digunakan supaya kita benar-benar melupakan pasangan kita itu walaupun dengan cara yang keras.
------------------------
3) Dekatkan Diri Dengan Agama.
------------------------
- dalam agama diajar untuk kita tahu bahawa setiap yang berlaku ada pengajaran peringatan yang ditinggalkan.
- cara ini bagus untuk diamalkan terutamanya yang jauh diri dengan agama (tiba rasa deep 🌚)
- lama kelamaan kamu akan mula rasa tenang dengan keadaan move on tersebut.
------------------------------------------------------------------------------
4) Tengok Video Motivasi atau Baca Apa-apa yang Berkaitan dengan Motivasi atau Cari Kawan dan rapatkan diri dengan Keluarga supaya Boleh Beri Motivasi.
------------------------------------------------------------------------------
- saat kita down ni memang kita perlukan something untuk dimotivasikan.
- langkah yang baik ialah dengan melihat video-video motivasi yang paksa diri untuk berubah jadi lebih baik.
- Cara lai ialah cari org yang supportive yang akan sentiasa bagi semangat untuk kamu teruskan kehidupan.
- dengan cara ini, kamu akan lebih bersemangat untuk jalani kehidupan harian sebaik mungkin.
- Perkara ini memang memerlukan proses lama untuk memotivasikan diri.
- Namun, ini langkah bagus untuk kamu jalani liku2 kehidupan.
----------------
5) Mengembaralah.
----------------
- orang cakap bila kita dah dibenci, cuba untuk berpindah angin ke tempat baru.
- jangan kembali ke tempat itu sampailah kita rasa diri kita ok dah.
- teknik ni boleh juga untuk masalah-masalah berkaitan juga seperti tekanan.
- dengan cara ini juga kita tak rasa tertekan mengenang memori tempat-tempat bersama dengan si dia.
- jadi secara perlahan-lahan dia boleh bantu untuk tenangkan diri dan jalani hidup lebih baik
---------------------
6) Lihat Keindahan Alam.
---------------------
- rajin-rajinkan diri untuk melihat keindahan alam.
- sebab setiap keindahan alam itu sebenarnya buat anda lebih tenang.
- malah jika ada masih terasa sakit.
- Luahkan dengan menjerit sekuat hati di laut ke atau di kawasan tinggi. Perkara ini akan melagakan diri anda. Believe me 🤭
------------------------
7) Bersukan atau Beriadah.
------------------------
- cara ini pun sebenarnya membantu anda tuk melupakan masalah putus cinta ni.
- malah teknik ni akan memenatkan diri anda untuk fikir perkara yang tidak penting itu lagi.
- jadi mana tahu yang tak rajin bersukan boleh dah mula beriadah.. tapi jangan riada tengah malam pukul 3 pagi dalam bilik sudah ( nanti org lain mati terkejut )
Oklah itu sahaja dari saya 7 tips untuk anda move on. Semoga berguna.
Owh yup buat yang setia tambahan.
-------------------
8) Susah-susah Cari Sahaja Baharu.
-------------------
- orang tak nak dekat kita, kita cari orang lain.
- benda ni mungkin ada orang boleh buat ada orang sukar buat
- Bagi yang boleh buat aish teruskan je cari baru. Apa susah 😂😂
Kalau tak jumpa tu takpe "abang ada". eh? hahaha
0 comments:
Post a Comment