Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Adakah Islam setuju dengan Femenis?

Femenis. Mudahnya gerakan femenis ini memperjuangkan hak wanita. 

Mereka ini merupakan salah satu gerakkan yang cuba untuk mengangkat martabat dan darjat seorang wanita melalui hampir keseluruhan perjuangan baharu mereka meninginkan “sama rata” antara gender. 

Sedikit latar belakang ringkas tentang perjuangan femenis. 
Sebelum femenis di angkat di dunia barat, wanita dianggap sebagai bahan perhambaan. Malah, sebelum wujudnya hamba, wanita itu sendiri adalah hamba. Beginilah pola pemikiran dunia barat ketika itu di era sekitar sebelum abad 18 dan 19. 

Banyak hak- hak mereka dinafikan seperti akses pendidikan, hak mengundi, aspek pekerjaan dan sebagai hamba nafsu. 

Gerakan femenis akhirnya berlaku melalui beberapa gerakkan memperjuang isu kerja di New York (protes) pada 28 februari 1908 dan tahun depannya menjadi tarikh pertama “women day” sebelum digunapakai 8 Mac sebagai tarikh women day mengambil Peristiwa sempena Revolusi Rusia yang akhirnya membenarkan perempuan mengundi. (Tarikh ni kena ingat 8/3 sebab nanti kalau perempuan tanya “abang jom gi shopping” faham-fahamlah kenapa) 😛

Baik. Bagaimana pula gerakkan femenis di Malaysia? 
Gerakkan femenis di Malaysia secara rasmi selepas penubuhan NGO “All women Action Society” (Awas) pasa sekitar 1980an dan diikuti penubuhan NGO-NGO yang lain. Matlamat asal lebih kepada menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak dan golongan wanita. - femenis di Malaysia berbeza dengan femenis di barat kerana sewaktu kemerdekaan lagi, hak mengundi memang diberikan bukan sahaja pada lelaki tapi juga pada wanita. 

Baiklah dah fahamkan femenis dan perjuangan mereka. Kalau femenis sekarang, lebih kepada hak sama rata. Malah ada beberapa isu agama dikaitkan dengan wanita dibangkitkan dalam femenisme di dunia dan sekarang cuba masuk di Malaysia. 

Baiklah bagaimana konsep islam? 
Menurut Mufti Melaka dalam kenyataan di portal rasminya, mendefinisikan adil bukanlah sama dengan konsep perjuangan femenis iaitu sama rata, tapi berpegang kepada prinsip meletakkan sesuatu di tempatnya. 

Malah, definisi lain juga dijelaskan oleh Dr Zakir Naik, yang menjelaskan bahawa adil dalam islam untuk isu gender ialah sama tapi tak semestinya identitik. 

Makna mudahnya, ada perkara islam “lebihkan wanita untuk sesuatu perkara, dan ada yang dilebihkan lelaki” dengan bersebab. Makna kata, ada perjuangan femenis yang boleh digunakan, ada yang bercanggah dengan agama islam itu sendiri. 

Contoh perjuangan yang boleh digunakan ialah soal gaji dalam sektor pekerjaan jika tugasan, pengalaman dan lain-lain semua sama tapi sebab dia wanita gaji lebih rendah. Perjuangan ini dibenarkan dan tiada salah dalam islam kerana itu melibatkan muamalat. 

Tapi bagaimana pula dengan yang bercanggah? 
Antara isunya ialah soal hijab atau menutup aurat. Femenis menganggap bahawa hijab adalah satu bentuk kekangan untuk bebas. 

Sedangkan dalam islam, diterangkan sebab aurat dalam islam bagi perempuan seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan kerana dalam surah ahzab (33) : 59 ... supaya mereka lebih mudah dikenal kerana itu tidak mudah diganggu. 

Jika disingkap semula dalam sirah nabi semasa zaman jahiliyyah, salah satu sebab kenapa arab jahiliyyah menjadikan wanita sebagai hamba seks sebelum kedatangan islam kerana disegenap tubuh wanita Itu satu godaan buat lelaki. 

Sebab itu tujuan islam mewajibkan wanita untuk menutup aurat kepada bukan mahramnya. Kira ini satu bentuk mengangkat darjat bukan satu bentuk merendahkan martabat. 

Malah, dalam aspek kasih sayang dan perlu dihormati melebihi lelaki, wanita diberi kelebihan dalam islam. Perkara ini dapat dilihat tentang soalan seorang sahabat nabi tentang siapa perlu disayangi di dunia ini selepas Allah dan Rasulullah sendiri. Jawab nabi Muhammad ,Ibu. Ditanya lagi siapa selepas itu. Dijawabnya ibu. Dan ditanya lagi selepas itu siapa. Dijawabnya ibu dan ditanya lagi selepas itu siapa, barulah bapa. (Hadis sahih bukhari, vol 8, kitab adab, bab 2 hadis 2) 

Sebab itu tidak hairan, bahawa syurga anak lelaki terletak di bawah kaki ibunya. Kerana walau sampai akhir hayat selagi ibunya masih hidup, anak lelaki perlu berbakti kepada orang tuanya walaupun sudah berkahwin. 

Kesimpulannya, konsep adil dalam islam tidak sama dengan adil dalam feminis Konsep adil dalam islam sama tapi tidak identitik dan meletakkan sesuatu ditempatnya. Sedangkan perjuangan femenis melihat adil sebagai sama rata yang bersifat boleh jadi memberi manfaat kepada 2-2 gender namun boleh jadi juga memberi mudarat kepada salah satunya. 

Baiklah. Itu sahaja perkongsian ringkas saya harini. Tq
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results