Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

6 CARA KEMASUKKAN KE UNIVERSITI BAGI PELAJAR DEGREE UA


Sebab ada ramai juga request dalam whatsapp aku masih ada kenalan bakal ke univeristi tahun ini. Jadi aku mudahkan cara kemasukkan ke universiti. 

Ilmu ibarat pedang. Bila di asah akan tajam. Bila dibiar akan tumpul. 

Dalam mendapatkan pendidikan secara formaliti, menyambung pengajian ke universiti merupakan salah satu kaedahnya.  Jadi, mereka telah mengambil pendekatan untuk menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi dengan melakukan permohonan di UPU.

Kemasukkan ke universiti mudahnya ada 6 cara (berdasarkan pemerhatianku).4 daripadanya mungkin majoriti rakan-rakan sudah ketahuinya. 2 daripadanya jarang dihebahkan ke peringkat umum. 

Kemasukkan tersebut ialah 
1) bukan pendidikan. 
2) bukan pendidikan tapi bertemuduga. 
3) pendidikan. 
4) rayuan.
5) Penyumbang pada negara (biasa atlet negara). 
6) kemasukan secara khas - (dikaitkan dengan B40, OKU dan kuota bumi) 

Baiklah. Kalau anda perhatikan 3 yang pertama ialah apa yang sedang berlaku sekarang ni. Maksudnya laluan untuk kemasukkan bagi bukan pendidikan, bukan pendidikan tapi ada temuduga dan pendidikan. 

Bagi kemasukkan bukan pendidikan, anda cuma akan tahu bahawa anda layak masuk secara serentak dengan kemasukkan bukan pendidikan tapi iv dan Program yang berpendidikan. 

Bagi program yang bukan pendidikan tapi bertemuduga mudahnya seperti di bawah. 

Anda mohon upu ——) dipanggil temuduga (lulus) —-) diterima masuk ke universiti. 

Tapi jika gagal, kemungkinan untuk dapat bukan pendidikan itu ada. 

Bagi pendidikan . Ada tambahan yang perlu dilalui.

Mohon upu —) ujian medsi (ujian melibatkan personaliti, emosi, kerjaya & integriti) ✅—) temuduga ✅ —) masuk bidang pendidikan. 

Jika gagal sama ada di ujian medsi atau temuduga. Anda pun masih ada peluang untuk dapat tawaran ke pilihan program bukan pendidikan yang tiada temuduga. 

Setakat ni fahamkan? 

Baiklah kita teruskan. Apabila anda semak nanti keputusan upu. Maksudnya sama ada layak atau tidak. Bagi yang layak, anda boleh terus berkemas-kemas untuk pergi ke universiti terbabit. Jika tidak, ada satu laluan lain untuk kamu boleh guna iaitu melalui rayuan. Rayuan ini biasanya pihak upu akan buka selepas keputusan kemasukkan diumumkan. Rayuan ini dikaitkan dengan kemasukkan intake kedua. Biasanya selepas sebulan intake pertama masuk anggaran, barulah mereka akan dibawa masuk. 
contoh rayuan sebelum ini

Ada pelajar menggunakan kaedah tambahan dengan menghantar surat pada dekan fakulti untuk program rayuan yg dimohon. Kaedah ini ada yang gunakan. Ingat lagi kes arwah hantar surat rayuan di ums. Dia dapat tawaran intake kedua di upsi tak silap tapi ajal menemuinya. 

Maksudnya, jika nak buat surat ke dekan itu inisiatif sendiri. Takde siapa nak larang. Cuma kalau ada maklumat daripada u yang anda target untuk hantar surat pada nama tertentu itu lebih baik. (Kadang ada u yang buat begini, tapi biasa pelajar2 mereka yg akan viralkan sesama mereka). 

Baiklah. Selesai 4 cara kemasukkan. Setakat ni fahamkan. Seterusnya kita beralih pada kemasukkan kerana sumbangan. Kemasukkan ni jarang-jarang dihebohkan kerana biasanya hanya orang tertentu seperti atlet negara yang tahu bagaimana cara pemohonannya.  Jadi bagi yang kita biasa2 ni peluang ni agak tipis nak mohon.

Baiklah kemasukkan terakhir ialah kemasukkan secara khas. Kemasukkan secara khas ni biasanya adalah untuk golongan OKU, B40 diberi keutamaan. Tapi tidak semua B40 tahu pasal benda ni dan jarang universiti menghebohkan cara kemasukkan dengan kaedah ini. Hanya yang pernah isi sahaja tahu. 

Kemasukkan secara khas ni biasanya pihak univeristi akan sediakan satu borang khas dan perlu diisi. Tapi ingat, UPU tetap juga kena beli. Cuma kemasukkan secara khas ni dia akan beri keutamaan untuk kamu masuk jika lepas syarat ditetapkan.

Ada universiti yang mengedarkan borang tersebut dengan cara perlu datang ke univeristi dan pergi pejabat akademik mereka. Ada pula universiti yang post di laman web rasmi mereka borang tersebut. Ada pula universiti yang hanya mengedarkan borang tersebut di sekolah-sekolah terpilih yang dirasakan majoriti murid sekolah itu ada yang lepas syarat yang ditetapkan. 

Tapi mcm aku cakap cara kemasukkan ini tidak ramai yang tahu sebab biasanya ini inisiatif daripada pihak u sendiri untuk tujuan memastikan rakyat Malaysia dapat pendidikan secara formal diperingkat menara gading.

Tapi jika ada guru kaunseling yang peka tentang benda ni, biasanya mereka akan bagitahu kaedah ini jika diraskan bahawa anda melepasi syarat yang dimaksudkan oleh pihak universiti. 

Baiklah. Kesimpulannya, 4 kaedah yang kamu biasa gunakan. Tapi jika kamu melepasi salah satu daripada  2 kaedah tamabahn yg sy kongsikan, jangan lupa untuk bertanya pada guru kaunseling. Jika tak tahu, rajin-rajin godeh laman rasmi universiti dan facebook rasmi UPU.. sekarang ketua jabatan Pendidikan  rajin tu buat live.

Ini hanyalah panduan. Tambahannya nanti cari-cari sendiri ok.. haahhaha .. Baiklah itu sahaja sekian
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results