Ramai yang viralkan penulisan di link di bawah berkait rapat dengan Konspirasi Covid 19.
Bagi sesiapa yang baca penulisan tersebut. Sebenarnya penulisan tersebut dianggap sebagai penulisan teori konspirasi. Teori konspirasi ni bagus untuk melihat gambaran atau sisi lain yang terjadi untuk sesuatu kejadian. Tapi, untuk dijadikan sebagai satu fakta yang boleh diangkat perlu bersandarkan kepada bukti dan penemuan yang disahkan.
Dalam penulisan tersebut ada perkara yang benar tapi ada perkara yang diragui kebenaran dan ada perkara yang dimanipulasi dalam kenyataan. Mari kita lihat dulu bagaimana teori konspirasi tentang Covid 19 ini bermula.
Daripada mana Teori Konspirasi Covid 19 Bermula ?
Penulisan tentang teori konspirasi Covid 19 ini bermula daripada sebuah artikel daripada Great Game India yang bertajuk “Coronavirus Bioweapom How China Stole Coronavirus from Canada and Weaponized it”. Penulisan ini menceritakan 2 orang saintis daripada China datang ke Canada dan mencuri virus di sana dan di bawa ke China untuk digunakan sebagai senjata dan disebarluaskan.
Artikel ini pada awalnya kurang mendapat perhatian masyarakat dunia. Namun selepas ditulis semula oleh sebuah laman dari US iaitu Zero Hedge, Did China Stole Coronavirus from Canada and weaponizwd it telah mendapat liputan Meluas dunia hingga viral hampir 24,500 media di seluruh dunia. Malah, sebuah laman dari US juga melakukan pengubahsuaian pada artikel yang sama iaitu dari Red State Watcher.com telah membawa kepada liputan lebih meluas.
Perkara itu tidak terhenti di situ, apabila Zero Hedge’s twitter memuatnaik maklumat “saintis China” yang didakwa mencipta virus Covid 19 di institut wuhan.
Rentetan perkara itu, twitter telah pun “banned” perkongsian tersebut dibawah polisi manipulasi platform kerana dakwaan Laman Zero Hedge tidak bersandarkan kepada bukti dan diragui.
Artikel dan perkongsian tersebut terus menjadi viral pada awalnya di eropah dan amerika lagi-lagi selepas beberapa orang ternama US menjadikan Covid 19 sebagai sentimen racism terhadap China dengan menyebut “Chinese Virus” dan "Wuhan Virus" oleh Kevin MaccarthyTrump dan Paul Gosar.
Kalau dilihat pada kenyataan perkongsian twitter tadi jelas kita lihat penulisan dibuat oleh saudara tersebut adalah penulisan berpaksi daripada sebuah Artikel asal iaitu daripada Great Game India yang akhirnya diubahsuai dan digunakan alat oleh platform-platform US untuk menyebarkan teori Konspirasi Covid 19 di tempat lain.
Dakwaan Penulis Tentang Covid 19 berasal daripada Makmal.
Baiklah, berbalik kepada beberapa dakwaan dalam penulisan tersebut. Misalnya tentang asal Covid 19 ini merupakan hasil daripada makmal dan dibawa ke pasar wuhan.
Setakat kenyataan yang dikeluarkan oleh WHO ( pertubuhan kesihatan dunia), masih belum ada satu pun negara-negara di dunia melalui kajian saintifik berjaya membuktikan Bahawa Covid 19 ini berasal daripada makmal. Malah, kajian yang paling tepat dan digunapakai oleh semua negara setakat ini ialah 96% Covid 19 ini daripada kelawar kepada Manusia hasil penemuan daripada kes-kes di China.
Dalam kenyataan The Scientist juga menafikan dakwaan daripada makmal dan memaklumkan bahawa dakwaan itu “tiada bukti kukuh” . Malah, Steven Mosher dari Institut Kajian Populasi yang sebelum ini didakwa menyatakan Covid 19 sebagai senjata biologi yang lari dari lab menafikan kenyataan tersebut dengan mengulang semula kenyataannya bahawa China ada mengutip pathagon bahaya dan ada sejarah melepaskannya. Tapi kenyataan tersebut bukanlah berkisar tentang Covid 19 katanya.
Baiklah, bagaimana pula dakwaan tentang Saintis China mencuri Virus daripada Canada?
Menurut agensi Kesihatan Kanada dalam kenyataan medianya dalam CBC news menafikan dakwaan tersebut.
Malah, Dr Xiangguo Qiu memang ke Kanada untuk kajian di Universiti kanada dan bangunkan zmapp iaitu untuk rawatan e-bola. manakala, Keding Cheng terlibat dengan kajian Hiv , Sars dan E-coli.
Malah, agensi kesihatan Kanada juga menafikan dakwaan membawa Virus ke Wuhan seperti yang diviralkan.
Jadi apa sebenarnya penemuan Covid 19?
Setakat yang digunapakai oleh kebanyakkam negara ialah daripada kajian Shi Zhenghi iaitu virus itu berlaku kerana sifat & tabiat manusia yang tidak bertamadun dan tiada kaitan dengan makmal.
Kajian ini setakat ini belum ada satu kajian lain daripada negara luar berjaya membuktkn Covid 19 daripada makmal seperti didakwa oleh penulis yang saya kongsikan.
Malah perkara ini juga disokong oleh kajian yang diterbitkan oleh Natire Medicine yang terdiri daripada Public Health of Columbia University.
artikel berkaitan: Apa yang perlu anda tahu tentang 2019nCov atau Novel Coronavirus
Jadi adakah benar Covid 19 adalah senjata untuk perang dunia ketiga?
Jika anda baca daripada awal penulisan saya tadi, saya tidak bersetuju bahawa Covid 19 merupakan senjata Try and error seperti didakwa sekarang. Malah jika benar seperti didakwa untuk mengurangkan populasi di China iaitu agenda komunis.
Mari kita lihat statistik Covid 19 setakat 26 Mac pada jam 4:59 petang China Sah positif Covid 19 sebanyak 81,285 dan mati sebanyak 3,287 serta sembuh sebanyak 74,051 orang.
jika China benar-benarr nak bunuh rakyatnya, jumlah sembuh “tidak logik” Melebihi 70% yang sembuh. Dan tidak sampai 10% pun yang mati di sana. Bermakna kenyataan saudara tersebut boleh diragui melalui statistik Covid 19 ini.
Bagaimana pula dakwaan Covid 19 daripada makmal Kanada?
jika benar kenyataan tersebut, sudah pasti Kanada sudah menemui penawarnya dan kadar sembuh di Kanada lebih banyak. Namun apa yang berlaku di Kanada setakat 26/3 jam 4:59 petang tadi, sebanyak 3,579 kes positif, 36 mati dan 185 sembuh. Malah kenaikan harini ialah sebanyak 170 kes berbanding kes semalam. Ironiknya, tempat didakwa “punca” peroleh Virus ini di “makmalnya” telah gagal mengawal masalah Covid 19 dengan baik setakat sekarang.
Malah berlaku peningkatan luar jangka diantara 18 Mac hingga 24 Mac di Kanada dalam kes COvid 19.
Kesimpulannya, dakwaan saudara itu hanyalah dakwaan “bersandarkan teori” bukan berdasarkan “bukti”. Jadi, bila penemuan-penemuan kajian kini membuktikan dakwaan itu tidak tepat, jadi teori Konspirasi Covid 19 tidak boleh digunapakai sepenuhnya. Macam aku cakap, teori konspirasi bagus untuk melihat sisi lain sesuatu kejadian, tapi bila ingin diangkat jadi “fakta” perlu disandarkan kepada bukti.
Baiklah sekian
Sumber rujukan
1) Quartz. 25 March 2020. How anti-Chinese sentiment is spreading on social media Link Here
2) Is COVID-19 A Bioweapon? Five Conspiracy Theories Around Coronavirus That Will Shock You. Link Here
3) Wired. 19 March 2020. How One Particular Coronavirus Myth Went Viral. Link Here.
4) The Scientist. 5 March 2020. Theory that Coronavirus Escaped from a Lab Lacks Evidence. Link Here
5) Forbes. 17 March 2020. No, COVID-19 Coronavirus Was Not Bioengineered. Here’s The Research That Debunks That Idea. Link Here.
6) CBC News. 27 January 2020. Online claims that Chinese scientists stole coronavirus from Winnipeg lab have 'no factual basis'. Link Here.
7) The Verge. 31 January 2020. Markets blogger Zero Hedge suspended from Twitter after doxxing a Chinese scientist. Link Here
8) The Star. 3 February 2020. China scientist debunks fringe theory linking coronavirus to lab leak. Link Here.
9) World Meter Info. Covid 19-Pandemic. Link here
0 comments:
Post a Comment