Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia Novel Coronavirus atau nama lainnya dikenali oleh pengamal perubatan sebagai 2019nCov dipercayai berasal dari kelawar kemudian dari ular.
Kes pertama yang dilaporkan terkena virus ini ialah seorang individu yang pergi ke sebuah pasar borong makanan laut wuhan yg terkenal dgn menjual haiwan liar & eksotik.
Penyakit ini dikatakan mempunyai persamaan dengan SARS ( tapi masih belum capai kata sepakat tentang isu ini )
Setakat ini, dilaporkan di China sebanyak 41 orang telah mati dan lebih 1,000 orang kini dijangkiti oleh virus ini.
Sebab itu, China telah melaksanakan langkah dengan mengunci Wuhan dan 13 bandar lain di wilayah itu dikunci untuk tujuan kuarantin. China juga menyekat perjalan sementara rakyatnya di wilayah2 terbabit bertujuan untuk mengelakkan penularan termasuklah menghentikan penggunaan pengangkutan awam dan dikawal oleh tentera wilayah tersebut.
Setakat 25/1/2020 kredit KKM
Bagaimana pula dengan Malaysia?
Setakat ini baharu ada satu kes yang dilaporkan positif mengidap virus 2019nCov iaitu ahli keluarga kepada individu yang disahkan positif oleh Kesihatan Singapura iaitu 2 orang anak dan seorang isterinya yang datang dari Guangzhang ke Singapura. Mereka ini telah mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.
kenyataan akhbar KKM tentang isu virus ini.
Benarkah dakwaan bahawa penyakit ini merebak antara manusia ke Manusia?
Setakat Mesyuarat International Health Regulation Emergency Committee pada 22-23 Januari 2020, belum ada bukti yang dapat mengesahkan bahawa virus ini akan tersebar antara manusia kepada manusia di luar China. Makna kata setakat ini, WHO wabak ini masih belum memenuhi keadaan status “Public Health Emergency of International Concern” .
Hal ini kerana setakat kes-kes yang dilaporkan berkisarkan kepada mereka pernah mengadakan lawatan di Wuhan dan kawasan yang terlibat wabak tetapi masih lagi belum ada kes wabak tersebar di luar China kesan dari jangkitan berjangkit antara manusia kepada manusia.
Namun demikian, WHO tidaklah melepaskan perkara ini begitu sahaja namun menasihatkan bahawa individu yang mengidup virus tersebut perlu dilakukan pengasingan dan pengendalian kes kerana penyebaran wabak ini masih belum jelas.
Kalau kita lihat beberapa kes yang berlaku seperti di Thailand, Singapura, perancis dan Malaysia sendiri mereka ini adalah individu yang pernah melawat ke kawasan wabak dan bukannya dijangkiti oleh yang terima wabak di luar China.
sidang media WHO.
Apakah Langkah Pencegahan Awal yang diambil ?
Meskipun demikian, beberapa negara telah Ambil langkah pencegahan awal kerana kemungkinan “penularan wabak itu melalui manusia boleh berlaku”. Sebab itu, seperti di Filipina, langkah awal diambil dengan Filipina menghantar pulang ratusan pelancong China.
Malaysia pula, mengambil pendekatan untuk mengadakan ujian saringan kesihatan dengan menggunakan pengimbas sistem gelombang & suhu badan di 12 pintu masuk antarabangsa di Johor oleh JKN johor dan KKM ambil langkah yg sama di semua pintu masuk antarabangsa di seluruh Malaysia.
Jadi perlukah Malaysia menyekat kemasukkan pelancong China?
Bagi aku untuk langkah pencegahan awam, perlu. Sebab ini adalah penyakit baharu yang masih belum jelas puncanya dan cara penyakit ini merebak.
Langkah terbaik ialah dengan menyekat sementara pelancong China dan kuarantin warga tempatan yang baru balik dari China untuk langkah selamat.
Bagaimana Langkah Pencegahan Awal untuk kita?
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, langkah pencegahan awal yang boleh diambil ialah;
1) kerap mencuci tangan.
2) elakkan daripada bersentuhan terus dengan haiwan liar.
3) elakkan daripada mengambil atau memakan atau meminum haiwan mentah atau separuh masak.
4) menutup mulut dan hidung ketika bersin.
5) elak bersentuhan dengan individu yang ada gejala.
boleh dapatkan keperluan kesihatan anda di watson.
boleh dapatkan keperluan kesihatan anda di watson.
Baiklah itu sahaja dari saya. Tq 🌝
0 comments:
Post a Comment