Aliff Syukri bersama Puteri Balqis
-pandangan daripada seorang rakan untuk diulas isu ini
Beberapa hari yang lepas kita digemparkan oleh penutupan instagram salah satu pelakon cilik negara kita iaitu Puteri Balqis (pernah dapat asia award dulu). Penutupan akaun ini dikaitkan dengan kritikan keras masyarakat Malaysia terhadap satu video viral sewaktu Puteri Balqis ditemubual oleh Aliff Syukri tentang soalan “kalau Balqis ada Rm 100,000 apa akan balqis buat”.
Jawapan diberikan oleh Balqies ada 3 iaitu simpanan, sedekah dan forex. Sebab suka graf.
Jawapan “forex” dihighlight oleh netizen Malaysia yang menganggap bahawa pandangan Balqis adalah tidak wajar. Malah, seperti kita sedia maklum kesusahan Balqis ini sehingga beliau termasuk dalam program bersamamu (satu program untuk orang kurang mampu) pada 12/1.
Jadi apa sebenarnya forex?
Mudahnya forex ini pertukaran wang asing. Tapi dalam situasi balqis ini, kemungkinan yang dimaksudkan ialah “pelaburan forex”. Isu pasal forex ini saya telah bahaskan sebelum ini dalam status lepas. Tapi mudahnya, setakat ini perdagangan forex adalah haram jika dilakukan sebagai “individu” atas sebab- sebab tertentu.
Boleh baca di sini berkenaan hukum Forex: Forex Haram atau Harus?
Boleh baca di sini berkenaan hukum Forex: Forex Haram atau Harus?
Memang tidak dinafikan ada “ustaz” yang mengharuskan perdagangan forex. Tapi dalam isu hukum melibatkan muamalat, aku lebih prefer Pandangan Mufti. Tapi tidak bermakna hukum haram itu selamanya akan haram. Boleh jadi dia akan berubah seperti mana Selangor jadikan Harus pda ASB yg pada asalnya diisytihar mufti selangor sebagai haram. Tapi selagi mufti belum keluarkan harus, aku masih stick pada hukum haram ok.. nak lebih-lebih tanya ustaz kamu semua. Aku bukan ustaz.
Baik sambung cerita kita tadi. Dalam masyarakat Malaysia aku tahu perkataan “forex” ini agak allergic untuk didengarkan. Lagi-lagi bila hukumnya Haram. Lagi-lagi dikaitkan bahawa duit tersebut ialah duit sumbangan. Dalam isu Puteri Balqis, untuk sesi temubual itu tiada dihighlight tentang “kalau balqis dapat sumbangan tapi hanya kalau balqis ada Rm 100,000. Makna kata dalam temubual itu ditanyakan tentang impian Balqis kalau ada duit banyak. Samalah macam kita kalau ditanya ada duit banyak gitu apa akan kita buat.
Jadi, itu pilihan dia kemana halatuju duit itu sekiranya sumber duit itu bukan hasil dari sumbangan tapi hasil keringat dia menjual nukilan 38 poems atau berlakon ke.
Sebab bak kata abang2 sado, duit aku suka hati akulah. Eceh.. hahaha..
Puteri Balqis bersama 38 Poems.
Jika perdagangan forex itu tak haram maksudnya harus aku suka pemikiran Balqis yang melihat duit perlu “dibelanja melalui pelaburan” .Cuma pelaburan terbaik untuk sesuatu melibatkan kewangan ialah pelaburan ilmu tentang apa yang kamu nak labur. Tapi, disebabkan perdagangan Forex ini setakat ni haram, aku tak setujulah.
Tapi kena ingat, pelaburan bukan satu sahaja, ada banyak. Forex ini aku kategorikan sebagai pelaburan atas kertas sama juga macam bursa saham seperti mana pandangan sahabatku.
Cuma beza bursa saham, dia “halal” dari segi undang-undang.
Bagaimana dengan Bursa Saham?
Baiklah kita pergi pula pada pandangan tentang bursa saham. Buka akaun CDS dan belajar Teknikal Bursa boleh untung 100%.
Bagi yang tak tahu, mudahnya Bursa saham ini merupakan satu tempat dimana syarikat-syarikat di Malaysia atau syarikat dari luar negara yang mengamalkan konsep “saham terbuka” akan menyertai bursa saham. Contoh-contoh syarikat yang akan biasa dengar dalam bursa saham ialah Air Asia (tapi nama dia aku lupa dalam bursa apa) , Nestle dan kalau nak melabur tempat judi ialah Genting. (Ok jangan buat bagi yang islam hahahaah )
Dalam bursa saham ada sahaja syarikat yang jalankan “perniagaan haram bagi orang islam”, nak tahu kena selidik-selidik sikit. Bagi syarikat yang patuh syariah dia akan ada tanda * kat bursanya. Kalau yang tiada tu, selagi anda tak ragu teruskan je .
Cara nak join bursa ni kena ada remiser dan nak dapat remiser ni kena pergilah bank tanya ada tak contoh Maybank Investment nak buka akaun Cds. Nanti dia kenalkanlah remiser. (Ada juga bank lain jangan ikut sangat aku cakap tu).
Baik, soal untung 100% kalau belajar teknikal ni aku tak berani cakap. Sebab Mereka yang melabur di bursa saham ini sebenarnya ada satu risiko iaitu “berani tanggung rugi” sebab mereka tak tahu esoknya rugi atau untung.
Sebab itu, Trump, Bill gate dan Robert Kiyosaki lebih gemar melabur pada sesuatu yang mereka “boleh kawal” iaitu segala maklumat dalaman diorg ad. Jadi senang nak jangka dan kawal “risiko dihadapi” katanya..
Bagaimana pandangan aku tentang pandangan Balqis?
Baiklah balik semula isu Balqis ini, bagi aku balqis perlu manfaatkan kemahiran yang dia ada sebagai “pelaburan utamanya”. Untuk terikut-ikut dengan Pelaburan lain seperti forex dan sebagainya adalah satu langkah “risiko kalau tanpa ilmu yang betul”. Malah, untuk di Malaysia masih lagi ianya haram. Perkara ini bakal jadi kontroversi tentang rezki yang dinikmati olehnya.
Lebih baik untuk dia manfaatkan apa yang sudah dia tahu dan mahir. Dari situ, mula cipta pelaburannya sendiri. Misalnya, dari penulisan poem dia tu dia manfaatkan untuk “maksimakan penjualan sehabis baik”. Itu pun salah satu pelaburan.
Tuntasnya, pelaburan sekadar ikutan tanp Ilmu pengetahuan yang tepat dengan pelaburan itu hanya menjadikan kita berisiko untuk kehilangan segalanya tanpa tahu jalan keluar untuk atasinya. Ibarat kau nak bawa kereta tapi tak belajar bawa kereta tup tup terus bawa, kalau kemalangan itu bukan sebab benda itu “berisiko” tapi sebab kau tak bersedia untuk “hadapi risiko”
Baiklah itu sahaja dari saya terima kasih.. 😘
0 comments:
Post a Comment