Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Forex Haram atau Harus?


Forex atau Foreign Exchange atau bahasa mudahnya penukaran mata wang asing sering dibahaskan tentang haram dan halalnya sama seperti isu muamalat lain seperti ASB, KWSP dan lain-lain. 

Dalam isu forex ini, ada 3 konteks yang aku akan buat ulasan iaitu yang pertama dari penukaran di kaunter, penukaran secara online (Online Forex) secara individu dan penukaran online forex melalui institusi berdaftar. 

Menurut pandangan ulamak seluruh dunia, wang kertas telah diiktiraf sebagai "nilai mata wang" yang dianggap sama seperti keadaan "mata wang emas dahulu" dari sudut fungsinya sebagai nilai pertukaran. Jadi menurut hukum awal oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang Forex adalah harus bersandarkan kepada hadis Rasulullah riwayat Muslim yang bermaksud:

"Emas ditukar dengan emas, perak ditukar dengan perak, gandum ditukar dengan gandum, barli ditukar dengan barli, tamat dengan tamat , garam dengan garam, (hendaklah) dilakukan secara sama kualiti dan kuantitinya dan secara tunai (tanpa bertangguh). Jika (dilakukan transaksi) berbeza-beza jenis tersebut, maka lakukanlah jual beli mengikut apa kamu kehendaki dengan syarat dilakukan secara tunai." 

Secara mudahnya, forex dibenarkan berlaku sekiranya:
1) Mestilah kedua-dua barang itu sama kualiti dan kuantitinya jika berlaku antara 2 barang yang sama jenis. 
2) berlaku secara tunai terus tanpa bertangguh. 
3) perlu berlaku secara serah terima sebelum bersurai. 

Dalam konteks di kaunter dibenarkan kerana:
1) pihak berakad mempunyai kelayakan melakukan kontrak (sah dari segi undang-undang )
2) harga belian diketahui secara jelas oleh kedua-dua pihak. 
3) item tersebut wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak penjual dan diserahkan kepada pembeli. 
4) wujud unsur redha antara kedua-dua pihak. 

Bagaimana pula Forex Online lani atau individual Spot Forex melalui platform Elektronik? 
Setakat ini masih belum ada "pembaharuan hukum tentang individu forex melalui elektronik platform. Setakat yang dikeluarkan oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa bagi Hal Ehwal Agama ke 98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 mengeluarkan "Hukum Haram" setelah diselidik secara terperinci. Hal ini terkait kepada beberapa sebab:
1) penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan. 
2) wujud unsur spekulasi yang melibatkan perjudian. 
3) tidak sah dari segi undang-undang. 
4) mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui penggunaan rollover interest. 

Tambahan lain dari Dr Aznan Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah Maybank Islamic menyatakan kenapa haram ialah ;
1) transaksi berlaku secara bertangguh iaitu trade hari ini tapi nak dapat duit ambil masa 6-7 hari. 
2) Modal 100 USD tapi boleh berniaga 1000 USD ( nilai tidak setara sedangkan kedua-dua tersebut dari kuantiti dan kualiti yang sama). 
Dr Aznan Hassan

Bagaimana pula dengan bank atau institusi perbankan kalau berkait dengan isu Forex?
Dalam fatwa kebangsaan tadi yang saya jelaskan menyatakan bahawa pengecualian berlaku keatas institusi perbankan kerana ada beberapa sebab. 

Perkara ini dijelaskan oleh Tuan Haji Razli Ramli, Penasihat Perniagaan Syariah di IBFIM ( Islamic Banking & Finance Institute Malaysia) menyatakan bahawa:

  • bank-bank Islam ada Nastro & Vastro akaun yang membolehkan mereka dibayar on spot antara kedua-dua mata wang tersebut secara online. 
  • Perbankan juga sudah dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia ( sah dari segi undang-undang) . 
Kesimpulannya, meskipun hukumnya buat masa sekarang ialah Haram, namun boleh jadi hukumnya boleh berubah mengikut "keadaan tertentu yang menyebabkan hukum tersebut berubah" seperti mana kes ASB dan KWSP. 

Tapi setakat ini masih lagi hukum yang saya bincangkan tersebut sah sehingga kini. Baiklah itu sahaja semoga bermanfaat. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results