Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Kemanakah Zakat Tabung Haji itu pergi?


Soalan yang diberikan oleh yang bertanya. 

Baiklah Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji merupakan 2 tempat simpanan yang “biasa” dijadikan tumpuan utama bagi  rakyat Malaysia khususnya mereka yang bumiputera dan beragama islam. Hal ini berkait rapat dengan kadar pulangan yang “tinggi” saban tahun dikeluarkan oleh kedua-duanya. Walaupun prestasi tahun ini kurang memberangangkan dari segi pemberian dividen, namun demikian tetap menjadi pilihan tempat simpanam bagi masyarakat Malaysia. 

Sebagai pengenalan awal tentang Asb, polemik tentang isu Asb harus atau haram telah lama bermula sejak 2008 meskipun fatwa kebangsaan telah menetapkan hukumnya ialah harus.

Namun demikian, rentetan isu pada tahun 2009 iaitu keluarnya satu surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kepada Bank Muamalat Malaysia tentang isu ASB tidak mengikut garis panduan patuh syariah yang ditetapkan menyebabkan ASB ini diragui pada ketika itu hingga kini (masih ada). Sebab itu mufti selangor dan Mufti Pulau Pinang telah menetapkan hukum haram pada ASB sebelum akhirnya Jabatan Mufti Selangor pada tahun 2017 akur bahawa ASB diharuskan dan menetapkan beberapa garis panduan. 
Surat SSM kepada Bank Muamalat. 

Antara panduan ditetapkan ialah pembayaran zakat. Hingga ke hari ini, ASB belum mempunyai langkah untuk pelaksanaan daripada pihak mereka namun demikian, Zakat Selangor telah memberikan cara pengiraan kepada penyimpan ASB yang ingin membayar zakat di laman web mereka. 
--------------------------------
Apakah bentuk zakat yang dimaksudkan?
--------------------------------
  • Zakat yang dimaksudkan ini ialah zakat simpanan iaitu pada kadar 2.5% apabila cukup haul dan melebihi kadar 85gram emas semasa. 
  • Berbeza dengan Tabung Haji, memang sebenarnya tujuan penubuhan tabung haji berfokus kepada “persiapan menunaikan haji”. Namun demikian, Tabung Haji proaktif untuk menyediakan simpanan dan dividen kepada penyimpan disamping membayarkan zakat untuk pihak kamu iaitu membayar zakat simpanan duit kamu sebanyak 2.5% (kadar zakat simpanan). 
  • ASB kamu perlu membayar zakat sendiri mengikut kiraan ditetapkan oleh pihak pusat zakat. 

------------------------------------------
Jadi kemana duit zakat tabung haji itu pergi? 
------------------------------------------

  •  diberikan kepada pusat-pusat zakat seluruh negeri pada setiap suku tahun pertama. 
  •  diberikan terus kepada asnaf yang layak melaluli 4 program CSR iaitu Ehsan, Iqra, Mobiliti & Ikhtiar. 

---------------------------------------
Apakah fokus utama 4 program tersebut? 
---------------------------------------
1) bagi program Ehsan fokus utama ialah bantuan kepada warga emas, ibu atau bapa tunggal dan orang kurang upaya diberikan pada bulan ramadan.

2) Program Iqra fokus utama ialah bantuan pelajar kurang mampu dengan pemberian barangan sekolah & wang saku sebelum masuk alam persekolahan.
3) program ikhtiar merupakan program suntikan modal perniagaan kepada asnaf.
4) program mobiliti fokus utama dengan memberikan penyediaan van dwi-fungsi penumpang atau jenazah kepada masjid terpilih yang memerlukan.
Makna kata duit zakat tabung haji bukan sahaja diberikan kepada pusat zakat negeri tetapi diberikan juga terus kepada golongan asnaf yang dikenalpasti.
---------------------------------------
Bagaimana pula dari segi simpanan ? Berapa jumlah limit simpanan ? 
---------------------------------------
Bagi ASB limit Simpanan adalah pada kadar RM200 k untuk satu akaun asb. Dan kini buka dua akaun. Jadi keseluruhan bagi akaun pertama dan akaun kedua jadi RM200k + RM 200k

Bagi tabung haji, tiada limit simpanan.

Baiklah saya rasa itu sahaja daripada saya. Semoga menjawab soalan yang bertanya πŸ₯ΊπŸ‘€

Rujukan:



Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results