Ini ialah soalan yang ditanyakan
Baiklah sejujurnya kalau ikut kenyataan individu tersebut ada menceritakan tentang penggunaan keris dan tombak sahaja semasa belajar dulu di tingkatan 3.
Kalau lihat pada silibus baharu, perkara mengenai Melaka diajarkan dalam buku teks tingkatan 2. Malah dalam buku teks tersebut menerangkan Melaka menggunakan “meriam” dalam peperangannya menentang portugis.
Silibus Baharu Sejarah tingkatan 2
Mungkin dia merujuk kepada silibus yang lama iaitu sebelum rombakan silibus baharu. Silibus lama diajarkan tentang Melaka untuk Tingkatan 1. Dalam silibus lama, salah satu sebab kejatuhan melaka ialah penggunaan peralatan perang tradisional. Sebab itu, penerangan guru-guru di sekolah ketika itu malah jawapam dalam peperiksaan pun menunjukkan bahawa “penggunaan peralatan perang tradisional seperti keris dan tombak” jawapan kepada kekalahan Melaka keatas portugis
Jadi mari kita rungkai satu persatu berdasarkan catatan dan penemuan tentang isu ini.
Sebagai mukaddimah (tiba jadi pak arab🤣) melaka merupakan sebuah empayar yang terkenal dengan aktiviti perdagangannya.
Kesibukan perdangan di Melaka diterangkan dalam manuskrip Melayu atau Sulalatus Salatin edisi 2008 halaman 80 iaitu
“maka segala daganag atas angin & bawah angin sekeliannta datang ke melaka, terlalu ramai bandar melaka pada zaman itu”.
Malah tidak di situ, catatan surat Raja Ryukyu kepada Sultan Melaka bertarikh 5 September 1465 ada menyebut:
Malah pujian tentang kesibukan Melaka tidak berakhir di situ apabila Tom Pires dalam Suma Oriental of Tom Pires menyatakan bahawa
“...(Melaka) berjaya menarik pedagang dari pelbagai hala”Sehinggakan Raja Ryukyu sendiri meminta kebenaran untuk memperdagangkan barangan mereka daripada kerajaan Melaka dengan disertakan hadiah 5 papan kain satin, 5 pedang, 20 pasu biru, 2000 mangkuk besar, 20 papan kain satin biru, 20 kipas, 40 pasu kecil. Perkara ini dicatatkan dalam Surat Raja Ryukyu kepada Sultan Melaka 6 september 1463.
Malah pujian tentang kesibukan Melaka tidak berakhir di situ apabila Tom Pires dalam Suma Oriental of Tom Pires menyatakan bahawa
“ tiada pelabuhan sebesar Melaka yang diketahui dan di mana sahaja mereka berurusan dengan baik dan ada banyak barangan sangat berharga”Pujian lain ditonjolkan dalam catatan Duarte Barbosa pada abad ke 16 yang menyatakan;
"Bandaraya Melaka adalah pelabuhan terkaya dengan jumlah perdagangan borong yang terbesar dan perkapalan serta perdagangan yang sungguh banyak yang boleh didapati di seluruh dunia "
--------------------------------
Jadi timbul persoalan kenapa melaka menjadi pelabuhan besar?
--------------------------------
Perkara ini boleh dilihat dicatatkan dalam catatan China iaitu dari Ma Huan da Fei Hsai yang menyatakan melaka tempat
“perancangan ekonomi dilengkapi dengan perancang pemerintah dan pentadbir yang tersusun”Malah layanan baik pemerintah melaka kepada pedagang terutamanya pedagang Ryukyu dipuji oleh Raja Ryukyu dalam suratnya bertarikh 9 November 1466.
------------------------------
Jadi benarkah dakwaan Melaka ada meriam yang hebat dan banyak?
-----------------------------
Kalau ada lihat Melaka sebuah pelabuhan yang hebat, pasti anda akan mula berfikir takkan orang nak berniaga di tempat yang “tak selamat” sebab dulu isu lanun banyak.
Sebab itu kalau nak lihat benar atau tak dakwaan melaka ada meriam, kita lihat beberapa catatan portugis. Melalui catatan De Burros menyatakan sewaktu portugis tawan Melaka, mereka (portugis) merampas sehingga 8,000 unit senjata api.
Kalau lihat dalam catatan yang sama juga ditafsirkam oleh John Crawfurd -
"portugis sendiri tidak mampu mencipta meriam yang lebih besar dari yang mereka jumpai di Melaka itu."
Malah kalau lihat catatan Alfonso de al burquerque (berbelit lidah aku sebut hahaha) -
"meriam yang dihasilkan dari tembaga tak kurang 2,000 dan selebihnya dari timah"Makna kata meriam-meriam yang ada di Melaka bukan sahaja besar malah berkualiti tinggi.
Perkara yang lebih mengejutkan lagi dari catatan Faria y Souza menyatakan bahawa sebahagian besar 8,000 pucuk senjata api dan meriam dihasilkan di Pahang.
Makna kata teknologi di Melaka bukan sahaja setaraf malah mungkin lebih baik dari eropah ketika itu.
-------------------------
Masih tidak Percaya?
-------------------------
kalau kamu tak percaya pada bukti-bukti catatan, Kamu boleh cari satu penemuan oleh Dr Rohaidah Kamaruddin yang menemukan meriam, rangka besi dan beberapa simbol barangan kesultanan Melayu Melaka di Kota Cabo da Rama, Goa, India. Barangan tersebut ialah barangan yang dibawa lari oleh portugis dari Melaka.
penemuan meriam. sumber Harian Metro
------------------------
Jadi kenapa Melaka boleh kalah?
------------------------
Ada beberapa faktor kekalahan Melaka ini meskipun diatas kertas Melaka lebih baik teknologinya berbanding Portugis.
Perkara ini dapat dilihat dalam catatan Alfonso (yang aku berbelit lidah tadi) ialah wujud musuh dalam selimut iaitu Nanuchetti (nina chattu) #cetti dari india yang memberikan maklumat laluan kemasukkan kepada Alfonso dan menceritakan kekuatan meriam Melaka.
Perkara ini diungkapkan oleh Alfonso yang berbunyi
“Daripada apa yang diberitahu Rui de Araujo kepada saya melalui berita yang disampaikan Nanuchetti (Nina Chattu), jalan menuju ke tanah-tanah orang Melaka (negeri-negeri orang Melayu) oleh orang Parsi, orang Islam Mekah (Arab), orang Juda (Yahudi), orang Cham dan orang Cina (sesetengahnya) menggunakan laluan darat, sebagaimana (sesetengahnya pula) orang Jawa, Gores dan Sulu sampai ke Melaka menggunakan jalan laut sejak beratus tahun lamanya.”Malah tidak habis dengan pemberitahuan laluan, pemakluman jumlah meriam juga diberitahu dalam catatan yang sama ;
“Araujo memberitakan kepada saya, sebanyak 3,000 meriam kepunyaan Melaka. Tidak kurang 2,000 meriam dibuat daripada gangsa dan tembaga, dan selebihnya dari timah. Salah satu meriam tembaga itu pemberian Raja Calicut kepada Raja Melaka.
Kejatuhan Melaka juga berkait rapat dengan pembelotan pedagang-pedangang cina yang sebahagaiannya menyokong usaha ini dengan memberikan “jong” untuk serangan keatas Melaka.
Meskipun wujud pembelotan dari Pedagang Cina, ini tidak bermakna maharaja mereka terlibat sama. Sebab rentetan peristiwa ini wujud usaha kerajaan China membantu membebaskan Melaka dari portugis.
Punca-punca lain seperti dalam buku teks tingkatan dua edisi terkini termasuklah pergolakkan dalaman dan pembelotan pembesar. Baiklah itu sahaja dari saya.
Rujukan
A. Kobata & M. Matsuda. 1969. Ryukyuan Relations with Korea and the South Sea Countries: An Annotated Translation of Documents in the Rekidai Hŏan. Kyoto: Kawakita Printing.
A. Samad Ahmad. 2008. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu (edisi pelajar). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asia Portugueza oleh Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek
Dr Suffian bin Mansor,et.,al. 2017. Kurikulum Standar Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Portuguese Documents on Malacca: 1509-1511, National Archives of Malaysia. 1993.
0 comments:
Post a Comment