Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Ucapan "Merry Christmas" - Haram atau Harus?


Saban tahun perdebatan tentang isu “ucapan merry christmas kepada bukan islam” menjadi perbincangan tentang “harus” atau “haram” hukumnya. Sedikit ringkasan tentang merry christmas.
Merry christmas berasal dari dua perkataan iaitu “merry” (menyenangkan atau mengembirakan) dan “christmas” ( festival tahunan menyambut kelahiran Christ - Jesus Christ). Sambutan ini diadakan untuk menzahirkan kegembiraan dan majlis keraian bagi kelahiran jesus.
soalan yang diajukan.


Sambutan ini mula berubah bentuk di England pada abad 19 melalui kemasukkan budaya german (pokok krismas) oleh Prince consort.

----------------------------------
Hukum Mengucapkan "Merry Christmas kepada bukan Islam.
----------------------------------
Selesai mukaddimah kita lihat 2 pandangan hukum tentang ucapan “merry Christmas” . Terdapat 2 hukum pengucapan ini iaitu Haram dan Harus. Mari kita teliti kedua-duanya dan membuat rumusan bersandarkan pandangan-pandangan ulamak .

1) HARAM
- jumhur ulama 4 mazhab mengharamkan ucapan tahniah kepada orang bukan Islam.
  • mazhab Syafie - hujah Imam Al-Ramli dalam Hasyiah al-ramli ‘ala Asna al-matalib “melakukan apa yang mereka lakukan di hari perayaan mereka dan ini haram.
  • Mazhab Hanafi - hujah dari Abu Nafs Al-Kabir membuat analogi seorg beribadat 50 tahun kemudian hadiahkan telur kpd musyrikin dgn tuhuan mengangungkan jatuh hukum kafir.
  • Mazhab Maliki - hujah Ibn Al-Haj al Maliki ringkasan melarang org islam melakukan apa yang dilakukan oleh orang bukan islam di hari perayaan.
  • Mazhab Hanbali - hujah Al-Buhuti menyatakan hukum mengucapkan tahniah kepada bukan islam sewaktu perayaan haram kerana ia satu bentuk mengagungkan kepada mereka. 

Dalil Al-Quran dan Hadis yang digunakan sebagai penguat

Dalil yang digunakan sebagai penguat ialah 1) surah Ali 'Imran (3:19)

2) surah Al-Furqan (25:72)

Hadis yang digunakan sebagai penguat ialah;
“Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dlm kalangan mreka” (riwayat abu daud & al-Tabarani)
Ringkasnya; sebahagian ulama mengharamkan atas sebab itu satu bentuk “mengiktiraf agama lain dan penyebaran syiar mereka”.
2) HARUS
  • Syeikh Muhammad Ahmad ‘Ulaisy al-Maliki ketika ditanya: “Sekiranya seorang Muslim pergi ke rumah zimmi pada hari perayaannya dan mengucapkan ‘Moga Allah memelihara umurmu sepanjang tahun’. Adakah ia dikira sebagai terkeluar daripada Islam atau tidak? Jawab beliau: 
  • Tidak terkeluar daripada Islam seseorang Muslim yang berkata kepada seorang Kristian ‘Moga Allah memelihara umurmu sepanjang tahun’ di mana beliau tidak bermaksud untuk membesarkan kekufuran dan tidak meredhai kekufuran."
  • hujah Imam al-Bulqini- jika seorang mengucapkn dengan niat mengagungkan agama mereka, maka di telah kafir. Tapi jika sekadar menyatakan lisan tanpa niat demikian, maka tidak jatuh kafir.
Dalil Al-Quran dan Hadis yang digunakan sebagai penguat. 

1) surah al-Mumtahanah (60:8)

2) surah Al-Nisa’ (4:86) -

Hadis
“Bertaqwalah kepada Allah di mana jua kamu berada dan balaslah kejahatan degan kebaikkan untuk hapuskan kejahatan itu. Dan berakhlaklah Dgn manusia dengan akhlak yang baik. (Riwayat tirmizi)
Apa garis panduan pengharusan?

Meskipun dibenarkan namun terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi iaitu 
  • tujuan untuk memperbaiki ketegangan sosial masyarakat
  • penyertaan sekadar diperlukan iaitu pada kadar jamuan makan dgn bergmbr dan bukn ditmpt ibadat.
  • bertujuan menjaga hubungan baik dan bukan bertujuan mengagungkan atau mengiktiraf. 
Baiklah saya kira sudah jelas 2-2 pandangan haram dan harus ini. Bagi bukan islam,
"kenapa ada sebahagian masyarakat islam mengambil pendekatan tidak mengucapkannya kerana pandangan pertama. Dibimbangi mereka terlintas niat mengagungkan majlis tersebut. "
"Tapi bagi yang mengucapkannya adalah disebabkan pandangan kedua iaitu untuk menjaga keharmonian masyarakat."
rujukan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (klik sini)

















 
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results