soalan yang ditanyakan.
Pada 26 Disember 2019, berlakunya gerhana matahari yang dinamakan sebagai gerhana matahari Anulus atau cincin. Gerhana ini pernah berlaku kali terakhir iaitu pada 21 tahun yang lepas pada tanggal 22 Ogos 1998 di Mersing Johor. Menurut pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari gerhana ini berlaku kerana kedudukan bumi, matahari dan bulan adalah selari. Dalam kenyataan yang sama, gerhana Analus ini dapat dilihat secara jelas di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.
Pada ketika gerhana berlaku ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan "fenomena alam" yang jarang-jarang berlaku ini.
----------------------
Apakah Mitos Gerhana Matahari?
----------------------
Gerhana Matahri ini bukanlah sesuatu perkara yang baharu berlaku. Malah catatan-catatan kuno atau cerita kuno seperti catatan dari masyarakat Yunani Kuno dan Suku Kaum Maya ada menjelaskan fenomena ini. Berikut merupakan mitos Gerhana Matahari yang dikongsikan oleh National Geography.
1. Masyarakat Viking.
- gerhana berlaku disebabkan oleh 2 serigala dinamakan sebagai "skroll" dan "hati" menangkap bulan atau matahari yang akhirnya menyebabkan gerhana.
- Jadi perkara yang perlu dilakukan ialah manusia perlu berbuat bising.
2. Masyarakat Yunani Kuno.
- Masyarakat Yunani percaya gerhana merupakan petanda buruk di mana para dewa sedang marah.
- menurut masyarakat ini juga, gerhana ini satu petanda awal bencana dan kehancuran.
- perkara ini dapat dilihat dalam catatan Homer's Odyssey.
3. Masyarakat Cina Kuno.
- gerhana merupakan petanda buruk di mana mereka percaya ketika itu matahari ditelan naga.
-------------------------
Jadi adakah Islam berpandangan bahawa Gerhana itu petanda Kiamat?
------------------------
Kepercayaan Arab Jahiliyyah selari dengan kebanyakkan kepercayaan-kepercayaan kuno masyarakat seluruh dunia. Masyarakat Arab Jahiliyyah percaya bahawa gerhana adalah petanda kepada malapetaka atau kematian.
Malah perkara ini berlaku semasa zaman Rasulullah sewaktu wafatnya putera baginda yang bernama Ibrahim. Pada ketika itu ramai menyangka bahawa gerhana itu berlaku disebabkan oleh kesedihan Rasulullah.
“Rasulullah SAW bersabda bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda-tanda kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan mati seseorang dari kalangan manusia, maka pabila kamu melihat berlakunya suasana (gerhana matahari dan bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan kelihatan semula bagi kamu.” {riwaat Muslim}
melalui Al-Imam al-Nawawi Raahimahullah dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 6/215-216 ketika mensyarahkan hadith di atas mengatakan bahawa gerhana berlaku bukanlah sebagai tanda hari akan kiamat, kerana tanda-tanda kiamat yang lain telah diketahui melalui hadith-hadith lain yang sahih seperti terbitnya matahari dari sebelah barat, keluarnya al-Daabbah dan juga dajjal. Namun, bangunnya Rasulullah SAW dalam keadaan takut dan mengerjakan solat yang panjang bacaan dan ruku’nya itu kerana takut ianya dari jenis hukuman yang Allah SWT turunkan sepertimana yang berlaku ketika mana bertiupnya angin dan jelas nampak di wajah Rasulullah SAW yang Baginda tidak menyukainya.
Makna kata dalam bahasa mudahnya, gerhana berlaku merupakan satu bentuk fenomena alam dan bukti kekuasaan Allah tapi bukanlah salah satu tanda berlakunya hari kiamat. Namun demikian, kejadian jarang-jarang berlaku ini perlu disulami dengan keinsafan kepada diri kita. Sebab itu disunatkan untuk sulat sunat gerhana.
baiklah itu sahaja dari saya
Sumber Rujukan
Kenyataan Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari dalam Harian Metro 26 Disember 2019
Mitos-Mitos Gerhana dalam National Geographic Indonesia
Teks Khutbah Gerhana Matahari menerangkan peristiwa kewafatan putera Rasulullah. Teks dibacakan sempena gerhana Analus pada 26 Disember 2019.
ulasan Mufti Kuala Lumpur di laman web rasmi mufti.
0 comments:
Post a Comment