Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Cerita NetFlix Messiah Menggugat Iman?

Kisah Messiah ini dianggap sebagai satu kisah kontroversi. Sebelum aku tengok habis cerita ini, ramai memberikan pandangan bahawa “kuatkan iman” , cerita boleh gugat iman dan sebagainya. Baru tadi aku berjaya habiskan cerita ini sampai habis. Jadi ini pula ulasan aku mengenai kisah ini. 

Kisah messiah ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai messiah atau penyelamat yang akan menyelesaikan masalah dunia ( ikut definisi Oxford ). Dalam ajaran Islam, individu tersebut digelar sebagai Nabi Isa dan itu merupakan salah satu petanda besar kiamat sama juga seperti petanda akan munculnya dajjal, keluarnya yakjud makjud yang ditanam oleh Iskandar Zulkarnain dengan pembinaan tembok ( ada pandangan yang mengatakan Iskandar ini nabi ada pula hanya berpandangan beliau hanyalah orang soleh ) dan matahari terbit sebelah barat. Ini semua adalah contoh-contoh petanda besar kiamat yang dijelaskan dalam Islam. 
Jadi dalam isu Nabi Isa , kristian berbeza pandangan dengan Islam kerana pandangan Kristian bahwa Nabi Isa disalib sewaktu penangkapan oleh kerajaan Rom. Tetapi, bagi pndangan masyarakat Islam bahwa Nabi Isa diangkat ke langit sebelum di salib dan yang disalib itu ialah Pembelot yang ditukar wajah. 

Jadi bagi penganut agama kritian percaya bahawa Isa Anak Tuhan tetapi tidak bagi penganut Islam yang menganggap Nabi Isa sebagai pesuruh Allah. Penafian dalam Islam jelas diterangkan dalam surah Al-Ikhlas. 

Jadi apa sebenarnya cerita Messiah ini?
Baik berbalik pada isu Messiah, bagi aku cerita tersebut adalah teori atau andaian daripada pengarah itu sendiri tentang “bagaimana kewujudan Nabi Isa nanti”. Jika anda lihat sampai habis anda akan perasan, banyak persoalan dibiar sepi. Malah ayat yang gemar digunakan oleh watak utama yang melakonkan watak Messiah tersebut gemar menggunakan ayat

 “i dont know what next because i just follow what god ask”. 

Makna kata dalam keseluruhan cerita tersebut pengarah sendiri akui bahawa dia tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Messiah seandainya beliau muncul di depan mata kita. Namun demikian, pengarah tersebut mengambarkan “mukjizat nabi isa” yang sering kita dapat baca dalam kisah nabi isa tersebut seperti berjalan atas air dan menghidupkan yang mati. 

Namun kalau anda perasan dalam cerita twrsebut sewaktu anjing tersepit, Messiah tersebut tidak menyelamatkan nyawa anjing tersbut dan katanya “ i dont know” . Atau saya tidak tahu caranya. 

Dari satu sudut, kita tahu bahawa gambaran pengarang cuba bagitahu “messiah tiada kuasa tanpa izin dariNya”. 

Dan cerita itu juga berakhir dengan “pastor membakar gereja” kerana tidak “percaya” dengan messiah tersebut. ( gambaran pengarng cuba bagitahu tak semua akan percaya apa yang akan messiah cakap walaupun Dalam kalangan ahli agama). 

Adakah Cerita ini Boleh Menggugat Iman?
Aku tidak merasa cerita ini secara keseluruhannya boleh menggugat iman bagi yang percaya tentang kewujudan nabi Isa akan muncul semula. Cuma gambaran dari pengarang tersbut aku tak boleh kata itulah gambaran akan berlaku sebab kena ingat ini perkara belum terjadi. Jadi aku hanya percaya bagaimana perwatakan, rupa paras nabi Isa hanya bersandarkan kepada kepercayaan agamaku iaitu al-quran dan Sunnah. 

Bagi aku cerita ini tiada masalah untuk Ditonton cuma, jika berlaku kekeliruan adalah sebaiknya rujuk pada “ahlinya”. 

Cuma unsur-unsur “mempersendakan agama dalam cerita ini” mungkin perlu bimbingan bagi mereka yang memerlukannya. 


Berapa rating aku bagi?
untuk cerita ini aku bagi rating 5/10 kerana ceritanya agak membosankan dan banyak perkara-perkara yang berlaku tiada kaitan antara satu sama lain dan tidak dijelaskan sehingga habis. Malah bagi aku, yang buat cerita ini kontroversi hanyalah tajuknya. Keseluruhan cerita mengecewakan aku. 

Baiklah itu sahaja. sekian. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results