Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Dr Situ Zaharah Ishak menyatakan bahawa 80% kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh sifat manusia. Selebihnya adalah disebabkan oleh faktor jalan, persekitaran dan kondisi kenderaan.
Dalam 10 kemalangan 2 atau 3 darinya kalau ikut kenyataan Pengerusi Persatuan Pengguna Jalan Raya Mohammad Hisham Shafie adalah disebabkan oleh sikap pemandu yang mabuk.
Dari sini kita sedar bahawa jumla kemalangan disebabkan oleh sikap yang suka “mabuk” sudah seperti dianggap “biasa” oleh masyarakat kita. Sehingga, punca kemalangan sebab mabuk ini sentiasa berlaku.
Terbaru ialah kisah kemalangan di Tawau yang melibatkan 4 orang lelaki Maut sewaktu dirempuh oleh seorang wanita berusia 34 tahun pada jam 1.15 pagi. Kejadian ini sehingga mendapat perhatian khusus dari menteri pengangkutan, Anthony Loke yang inginkan akta berkaitan dikaji semula berkaitan dengan isu ini.
Apa Akta yang ada di Malaysia tentang isu ini?
Baiklah dalam isu ini kita ada 2 seksyen dalam undang-undang yang berkaitan iaitu bagi kesalahan pemandu mabuk dibawah seksyen 45 A (1) akta pengangkutan Jalan 1987 yang boleh mengenakan denda tak kurang Rm 1,000 dan tak lebih Rm 6,000
Manakala dalam seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengenakan denda maksima Rm10,000 dan penjara maksima 12 bulan jika kemalangan mabuk menyebabkan kematian.
Ini hanyalah undang-undang yang setakat ini dilaksanakan bagi yg berkaitan dengan isu mabuk dalam kalangan pengguna jalan raya.
Adakah JPJ berdiam diri dalam Isu Pemandu Mabuk?
Baiklah berbalik kepada soalan asal iaitu mengenai kadar kemalangan disebabkan mabuk semakin tinggi adakah JPJ tak buat kerja? Atau bekerja dalam senyap?
Bagi pandangan aku, JPJ menjalankan tugas mereka sebaik mungkin. Sebab itu, mereka melaksanakan pelbagai OPS untuk membenteras jenayah di atas jalan raya. Malah ada dikalangan JPJ sanggup menyamar sebagai “penumpang” untuk melihat sendiri kesalahan pemandu “pengangkutan awam” ini seperti yang dilakukan oleh JPJ sarawak untuk Ops tahun baharu ini.
Memang tak dinafikan ada juga JPJ yang ambil duit poket, namun sekarang ini gejala ini mula berjaya dikurangkan. Sebab itu, Indeks persepsi rasuah di Malaysia berjaya naik 10 anak tangga dari 61 ( 2018 ) ke 51 (2019)
Namun demikian, kelemahan OPS JPJ ini adalah mereka tidak menfokuskan kepada atasi Kesalahan jalan raya melibatkan pemandu mabuk. Setakat yang aku jumpa untuk OPS mabuk kali terakhir dilakukan pada tahun 2014 dan itupun hanya di Kota Kinabalu.
Bila tiada OPS alkohol ini, jangkaan untuk “pemandu mabuk itu tinggi”.
Jadi bagaimana negara-negara luar atasi isu pemandu mabuk ini?
Kita terbang ke New Zealand. Jika di sana, ada satu operasi yang dinamakan “alcohol checkpoint” yang mana mereka akan adakan seperti OPS di Malaysia tetapi secara besar-besaran dan melakukan ujian “pernafasan” untuk uji pemandu itu mabuk atau tidak. Dengan cara ini, kadar kemalangan di New Zealand berjaya dikurangkan yang melibatkan pemandu mabuk.
Di Taiwan pula, negara tersebut dalam proses untuk memperkenalkan hukuman mati keatas pemandu mabuk yang melanggar kereta lain sehingga menyebabkan kematian. Jika perkara ini betul-betul berlaku, rasanya kita tahulah orang akan takut nak memandu time mabuk.
Di Thailand pula, program GrabDriveYourCar membantu mengatasi masalah pemandu mabuk. Di mana, program ini driver grab akan memandu kereta anda ke Lokasi yg anda ingin pergi. Jadi walaupun anda mabuk, anda boleh selamat sampai ke rumah. (Jangan risau sistem keselamatan grab antara yang terbaik di Asia Tenggara kalau melibatkan penumpang).
Apa cadangan aku tentang isu pemandu Mabuk?
Jadi dalam hal ini, aku rasa wajar untuk kerajaan mengambil beberapa inisiatif seperti
1) melaksanakan operasi alkohol sepertu di New Zealand terutamanya pada hujung minggu atau musim cuti.
2) meletakkan seorang jpj atau penguatkuasa atau kamera tertutup Dihadapan pintu masuk dan belakang bar atau disko yang menjual air alkohol. Apabila mereka keluar sahaja dari tempat tersebut dan kereta dipandu sendiri terus mengenakan tindakan saman dan sebagainya.
3) memperketatkan lagi undang-undang supaya undang- undang tersebut lebih “tegas” dan sebagai “peringatan penting” kepada rakyat Malaysia untuk menjaga sikap dalam pemanduan di Jalan Raya.
Kesimpulannya, berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang 🌚😘 (tibe slogan)
0 comments:
Post a Comment