Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

PPSMI dulu gagal kini dikembalikan? adakah selari dengan dasar pandang ke Timur?


Baru-baru ini Tun Dr mahathir Mohamed, pemangku Kementerian Pendidikan Malaysia mengusulkan untuk melaksanakan kembali Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) . Pengumuman ini banyak mendapat reaksi positif dan negatif daripada pelbagai pihak. Setakat ini hanya Sarawak sahaja satu-satunya negeri yang telah melaksanakan kembali PPSMI pada April 2019. 

Sedikit sejarah tentang PPSMI, dasar ini pernah dilaksanakan sewaktu era Tun M 1.0 pada penghujung tahun 2002 dan bermula pada tahun 2003. Dasar ini menunjukkan hasil yang tidak memberansangkan sehingga satu kajian semula dilakukan dan pada tahun 2009 secara perlahan-lahan sehinggalah dimansuhkan secara penuh pada tahun 2012 dan digantikan kepada Memartabatkan Bahasa Melayu , Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) . 

Kenapa Tun M ingin laksanakan semula? 
  • dalam kenyataannya baru-baru ini mengatakan bahwa ilmu Matematik & Sains bukan berasal dari negara kita (dari segi rujukannya utama ) tidak seperti geografi dan sejarah. 
  • pembelajaran dalam bahasa Melayu menyukarkan prospek kerja dikemudian hari di tempt Kerja yang menggunakan Bahasa Inggeris. 

Benarkah PPSMI sepanjang pelaksanaannya gagal? 
beberapa kajian antarabangsa dan tempatan sudah membuktikan bahawa PPSMI telah gagal mencapai Objektifnya. Misalnya;
  • kenyataan Menteri Pelajaran 2008 , Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu menyatakan UPSR bagi mata pelajaran Sains bandar merosot dari 85% - 82% dan luar bandar dari 83.2% kepada 79.7% . 
  • Manakala UPSR dalam matematik juga mencatatkan kemerosotan apabila di Bandar merosot dari 84.8% kepada 80.9% dan luar bandar dari 80.9% kepada 77%. 


Malah satu kajian lain dari UKM dalam kajian lapangannya bertajuk Pemansuhan Dasar PPSMI:Tinjauan daripada persepsi Parti Politik, Ahli Akademik dan NGO serta pengalaman di sekolah mendapati 
  • murid di sekolah selangor 91.3% dan terengganu 87.3% gagal menarik minat pelajar terutamanya dalam kalangan pelajar melayu “belajar” sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 
Jika tadi baru kajian dari dalam negara. Di luar negara, satu Kajian dari Trends in International Mathematic & Science Study pada tahun 2007 dari Amerika Syarikat mendapati Malaysia;
  • jatuh merosot dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut dari tahun 2003 hinggalah tahun 2007. Misalnya Sains 2007 hanya memperolehi 471 mata berbanding 510 mata pada tahun 2003 dan 492 pada tahun 1999.
  • Manakala dalam Matematik juga menunjukkan kemerosottan dengan pada tahun 2007 mencatatkan 473 mata berbanding pda tahun 2003 sebanyak 508 mata dan tahun 1999 sebanyak 519. 
Dari hasil sebelum ini kita dapat lihat bahawa PPSMI ini menemui kegagalan dalam melahirkan masyarakat Malaysia berkemahiran tinggi dalam “sains dan Matematik”. 

Kenapa boleh gagal? 
Ada beberapa faktor iaitu; 

1) Kefahaman Guru 
  • sepanjang PPSMI dilaksanakan , hanya 8% sahaja guru benar-benar menguasai bahasa Inggeris dengan lancar dan digunakan sepenuhnya dalam pembelajaran. (Berkait rapat tiada latihan khusus tentang pengajaran BI dalam kelas kepada para guru) 
2) Sifat Subjek tersebut lebih kepada pemahaman bukan soal bahasa. 
  • Sifat Ilmu sains dan Matematik sama seperti Sejarah dan Geografi iaitu ilmu tentang kefahaman. Makna kata, kalau anda faham, anda boleh jawab dengan baik.
  • namun, realiti PPSMI bukan bersifat “kefahaman ilmu sains dan Matematik” tapi lebih bersifat “kuasai bahasa Inggeris”.
  •  Jadi wujud “halangan” mengembangkan bakat seseorang tentang ilmu pengetahuan sains dan matematik. 
Jadi apa pandangan aku dalam isu ini? 
  • bagi pandangan aku, jika benar-benar Tun M hendak menjadikan “dasar pandang ke timur itu realiti”, asas bagi kejayaan mereka ialah pendidikannya bukanlah semata-mata cara kerja dan sikap mereka. Kerana dari pendidikan mereka, Sikap dan cara kerja mereka berubah ke satu tahap lebih baik. 
  • kalau kita lihat negara timur dalam dasar pandang ke Timur iaitu Korea Selatan dan Jepun, mereka menggunakan bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa ilmu kecuali jika pengajaran melibatkan kelas bahasa. Sebab bagi mereka paling utama “kefahaman pelajar mereka”. Bila pelajar faham, mereka boleh buat sendiri dengan baik. 
  • Namun, jika rakyat Malaysia benar-benar mempunyai “budaya bahasa Inggeris dengan baik” seperti di Singapura dan India dalam kelas pendidikan mereka, perkara ini mungkin boleh dilaksanakan. Tapi ingat, perkara ini boleh berjaya jika cabaran dan kegagalan PPSMI pada tahun 2003 itu benar-benar diatasi dengan baik. 
  • Jika tidak. Fokus kepada penggunaan bahasa yang diakui difahami oleh keseluruhan rakyat Malaysia. Bahasa mudahnya bahasa Melayu ( kalau tak faham bm macam mana boleh jadi warganegara dah ) . Namun, istilah-istilah sains atau matematik yang digunakan boleh sahaja digunakan dalam bahasa inggeris supaya “tidak kekok” dibaca oleh murid2 atau guru-guru dalam kelas dan pengajaran. 
Kesimpulannya, saya tinggalkan anda dengan kisah Hitrik Roshan dan cerita Super 30 yang mengajar Sains melalui “kefahaman melangkaui penggunaan bahasa Inggeris”. Bagaimana Super 30 (adaptasi dari kisah benar di India) berjaya melahirkan anak-anak muda yang miskin dan tidak boleh berbahasa inggeris menguasi sains dan matematik dengan baik. 
Ilmu Matematik dan sains bukanlah soal “bahasa digunakan” tapi soal “pemahaman dalam menguasai sepenuhnya” ilmu tersebut. 
Baiklah itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results