Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Tahi lalat tanda lahir atau boleh muncul dikemudian hari?


Kalau bercakap pasal tahi lalat pasti hampir semua orang akan cakap "oh tahi lalat tu bintik hitam yang sejak lahir dah ada"

Pada awalnya, aku juga begitu. Menganggap bahawa tahi lalat ini adalah tanda lahir. Makna kata takkan muncul lagi selepas lahir. Namun pemahaman aku itu tidaklah tepat 100% kerana realitinya, tahi lalat ini ada yang wujud sewaktu lahir dan ada yang wujud kemudiannya. 

Perkara ini dikongsikan Dr Tan Leng Leng, Ketua Jabatan Metalogi UM & Pakar Perunding Kulit Pusat Perubatan Malaya menyatakan bahawa sebenarnya tahi lalat ini berasal daripada sel pada pigmen kulit yang dipanggil Melanosit.


Sel-sel ini akan berkumpul seolah-olah bersarang dan menjadi tahi lalat. Jadi, proses ini sebenarnya boleh berlaku meskipun selepas lahir. 

Kalau kita lihat, tahi lalat ini banyak variasi bentuk dan warna namun jika anda rasa tahi lalat itu tak normal, wajar untuk buat pemeriksaan dengan pakar.

Siapa yang akan lebih senang dapat banyak tahi lalat? 
  • Menurut Dr Tan juga, mereka yang berkulit lebih cerah lebih cenderung untuk memiliki lebih banyak tahi lalat berbanding berkulit gelap. 
  • sebabnya ialah aktiviti pigmentasi kulit lebih mudah dan sel kulit melanin mereka lebih nipis dan sensitif. 
Sebab itu, yang bertanya soalan mungkin dapat “tahi lalat spm” sebabkan si dia berkulit cerah.
Namun demikian, sekiranya tahi lalat tersebut ada ciri-ciri unik atau gajil daripada yang normal seperti membesar melenihi 5 milimeter, bertukar warna, tak sekata atau berdarah digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri berisiko ada kaitan dengan kanser kulit. 

Jika didapati berpotensi kearah kanser kulit, biasanya pihak perubatan akan melakukan pembedahan terhadap tahi lalat tersebut. 

Baiklah itu sahaja perkongsian ringkas saya. Terima Kasih

Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results