Soalan yang ditanyakan.
Anugerah yang dimaksudkan ialah Grammy Award atau nama lain Gramaphone Award atau dikenali juga sebagai Grammy.
Anugerah ini bertujuan untuk menghargai pencapaian industri musik dunia dan merupakan antara 2 daripada 3 anugerah muzik terbesar tahunan selain America Music Award dan Billboard Music Award. Pertama kali anugerah ini diperkenalkan pada 1959 dan untuk edisi yang ke 62 berlangsung pada 26 Januari 2020 di Los Angeles.
Dalam anugerah kali ini, Ariana Grande telah tercalon dalam Best pop Duo/ Group performance, best pop, solo performance, album of the year, record of the year dan best pop vocal.
Dalam kesemua pencalonan tersebut, Ariana Grande telah gagal untuk mendapat sebarang anugerah. Malah, lebih mengejutkan lagi, apabila Billie Ellish yang baru berusia 18 tahun telah memenangj 5 anugerah dan 4 daripadanya ialah Big Four Grammys. Beliau juga perempuan pertama yang memenang Big Four Grammys ( album of the year, song of the year, record of the year dan best new artist) selain menjadi pemenang termuda untuk Album of the year.
Sewaktu Billie Eilish mendapat anugerah Album of the year dalam ucapannya ada mengatakan bahawa
“Saya rasa album thank u, next (ariana grande) layak anugerah ini (album of the year) lebih dari album yang lain dalam dunia. Saya sayangkan awak sangat”
Ariana Grande’s reaction to Billie Eilish saying she deserved the Album of the Year Grammy is sweet. #grammys pic.twitter.com/JwlERaZ0Pl— Alyssa Bailey (@alyssabailey) January 27, 2020
Kata-kata ini buat kita berfikir semula, adakah benar album of the year sepatutnya milik ariana? Banyak perbahasan ditimbulkan terutama yang mempertikai tentang kejayaan Billie terhadap penganjur sehingga wujud trending di twitter #scammys iaitu luahan peminat Ariana Grande dan Lara Del Rey.Jadi kenapa Ariana Grande boleh kalah?Bagi aku untuk bahas isu album of the year kota perlu lihat dari sudut apa album of the year ini dinilai.Kalau dilihat dalam penilaian Album of the year, anugerah ini bukanlah didasari oleh “penjualan album yang tinggi, kedudukan dalam carta dan persepsi masyarakat. Tapi album of the year ini merujuk kepada keseluruhan kombinasi dalam album tersebut dari aspek rakaman, penyanyi, teknikal, produksi, penulis lirik dan album itu sendiri.Makna kata, penilaian album of the year bukanlah satu penilaian bersifat “komersial” tapi melihat pada kualiti album tersebut dan keunikannya.Kalau anda perhatikan dua perbezaan ini iaitu pertama Album Thank You, Next (Ariana Grande) dan when we fall asleep, where do we go ( Billie Eilish ). Daripada mesej 2 album ini sudah menampakkan perbezaan. Kalau dilihat pada Thank You, Next, lagu ini lebih kepada “isu peribadi” iaitu dikaitkan dengan kematian ex boy ariana iaitu Mac Miller dan kisah putus tunang dengan peter Davidson. Makna kata, album ini lebih berfokus kepada “peribadi” dalam aspek Bagi pandangan saya “uniknya itu sukar dikesan” tapi berbeza dengan album yang diangkat sebagai pemenang Album Of The Year iaity When We all fall asleep, where do we go.Dalam album ini, kombinasi kepada mesej tentang generasi moden, ketagihan dadah, putus harapan, bunuh diri dan masalah mental. Malah dalam liriknya dikombinasikan dengan unsur “kemanusiaan dan menakutkan”. Uniknya album ini, gambaran tajuk album itu membawa maksud kesemua lagu dalam album tersebut menunjukkan “mimpi baik” atau “mimpi buruk” yang akhirnya menjadi idea kepada tajuk album itu when we fall asleep, where do we go.Malah, menariknya lagi untuk Grammy Award bagi producer of the year dimenangi oleh Finneas O’Connel iaitu produser album kepada Billie Eilish. Jadi tidak hairan apabila Billie Eilish layak dapat Album of the year.
Namun, ada mungkin sedikit “politik” dalaman boleh dikaitkan dalam isu Ariana gagal mendapatkan sebarang anugerah dalam Grammy kalini. Kerana kalau kita lihat tahun lalu, Ariana Grande pernah menang Best Pop Vocal Album untuk album Sweetener tapi Ariana tidak menghadirkan diri sehingga wujud pertengkaran dengan pihak produksi (wujud unsur tuduh menuduh). Boleh jadi, disebabkan Perangai Ariana pada anugerah yang lalu, walaupun disenarai pendek sebagai pemenang, Ariana bukanlah “favourite” kepada kemenangan untuk anugerah di Grammy.Perkara ini boleh jadi. Namun, ini hanyalah teori. Cuma kenyataannya seperti saya bahaskan, kemenangan Eilish kerana keunikkan dibawa dalam albumnya. Walaupun, ramai tidak bersetuju tentang hal ini, bagi aku itu pendirian juri yang wajar kita hormati.Baiklah itu sahaja. Tq
0 comments:
Post a Comment