Tahniah kepada adik-adik yang mendapat tawaran belajar ke IPTA seluruh Malaysia. Buat adik-adik yang dapat sambung pengajian ke Sabah dan terlepas tips yang saya kongsi boleh lihat tips itu di sini
Jadi buat adik-adik yang sudah membaca tips sambung pengajian tersebut, sekarang saya kongsikan pula 8 bantuan awal yang boleh anda mohon sejurus dapat sahaja tawaran belajar. Berikut merupakan 8 bantuan tersebut;
1) bantuan kemasukkan pelajaran negeri.
- inisiatif ini biasanya diberi kepada pelajar2 yang baru nak masuk ke universiti.
- kadarnya ikut yayasan negeri tersebut. Dan ada yang bersifat hanya one-off (macam brim)
- boleh tengok di laman rasmi yayasan negeri jika buka.
2) Wang pendahuluan PTPTN.
- bagi yang ada tanda click yes semasa isi upu yang lepas, bantuan ini akan diberikan kepada sesiapa sesiapa yang ada memohonnya.
- bayaran setiap sem kemudiannya akan dikenakan mengikut jumlah pendahuluan yang diluluskan. bagi maklumat lanjut boleh lihat klik di sini.
- jadi sem2 berikut kamu akan kurang dari kadar kawan2 kamu yang tidak mengambilnya.
3) zakat negeri
- insentif ini diberikan kepada pelajar muslim.
- pergi ke pejabat zakat daerah masing2 dan mohonlah yup.
- ada juga yg isi secara online dan ada yang borang disediakan online cuma hantar di pejabatnya kemudian.
- nanti kamu rujuk dengan pegawai zakat tu yup.
4) Jawatankuasa kemajuan dan jawatankuasa Kampung (JKKK)
- cuba tanya pada JKKK kamu.
- kadang mereka ada sediakan bantuan pelajaran atau keputusan cemerlang.
- jika ada mohonlah.
- tak banyak tapi boleh kurangkan bebankan?
5) badan khairat.
- ramai tak tahu ada badan khairat yang sediakan bantuan pelajaran pada ahlinya.
- jika ada trylah mohon ok..
6) koperasi pekerja ( untuk ibu bapa yang kerja terutamanya
kerajaan)
- ada koperasi pekerja yang sediakan bantuan pelajaran kepada anaknya yang dapat sambung pengajian.
- anda juga boleh minta mak anda mohonkan.
7) perkeso
- cuba pergi ke pejabat perkeso dan tanya jika anda layak dapat bantuan atau tidak.
- terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja swasta tapi telah meninggal dunia.
- perkeso ada menawarkan bantuan pelajaran juga sebenarnya.
- pergi ke pejabat perkeso dan mohon borang bantuan pelajaran atau minta kalau ada biasiswa pelajaran. Jadi cubalah minta ok.
8) Bantuan yayasan Bank Rakyat.
- bantuan kepada pendapatan isi rumah bawah 3,000.
- boleh cuba memohon di laman webnya dengan klik di sini
Itu sahaja 8 bantuan yang mungkin anda boleh cuba mohon bagi
yang baru nak sambung belajar. Semoga bermanfaat
0 comments:
Post a Comment