Buat anda peminjam-peminjam PTPTN , ini ada beberapa info penting yang boleh anda simpan untuk kegunaan nanti.
1) pinjaman PTPTN hanya boleh pada tahap pengajian berbeza untuk setiap satunya.
- Contoh jika kamu diploma, habis diploma boleh mohon degree untuk baharu ptptn kemudian master dan last skali phd.
2) Jika kamu nak ambil double sijil pada tahap yang sama. PTPTN tidak akan menanggung pengajian yang seterusnya pada tahap yang sama.
- Contoh jika kamu ambil degree sejarah. Habis sahaja kamu ingin mengambil degree psikologi. Sedang degree sejarah kamu ambil ptptn dan psikologi pun nak ambil PTPTN.. ptptn cuma tanggung yangg sejarah sahaja. (ijazah sarjana muda yang pertama sahaja)
3) Bagi yang sudah tamat pengajian. Pembayaran secara berjadual akan bermula setahun selepas tamat tempoh dalam perjanjian PTPTN atau pengajian kamu.
- Contoh jika dalam perjanjian tamat pada 31/8/2019, maka pembayaran berjadual bermula selepas 31/8/2020.
- cuma untuk langkah selamat cuba semak dengan pihak PTPTN.
4) pembayaran PTPTN boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti banking online atau potongan gaji.
5) namun, pembayaran secara potongan gaji hanya boleh dilakukan selepas jadual pembayaran dikeluarkan oleh pihak PTPTN.
contoh jadual semakan baki terperinci PTPTN
6) Pembayaran mengikut jadual ini boleh dilihat dalam semakan pembayaran PTPTN yang perlukan kad pengenalan kamu itu. ( http://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp )
7) Bagi yang ingin membayar awal sangat digalakkan. Sebab pembayaran awal sebelum bermula pembayarn jadual ptptn dikeluarkan akan,
- mengelakkan caj tertentu dikenakan kepada kamu.
- Jadi tidak mahu dikenakan charge, sila bayar sebelum jadual pembayaran dikeluarkan. (Bayar habis )
8) Jika kamu ingin membayar awal, antara caranya ialah dengan menggunakan pembayaran secara online.
9) Senarai penuh bank-bank yang jadi agen PTPTN anda boleh lihat di laman webnya. Antara banknya ialah cimb bank, bank islam, maybank.
10) Panduan untuk pembayaran secra online juga disediakan di laman rasmi PTPTN
ringkasannya anda hanya perlu pergi ke bill payment —) dan cari bayaran pinjaman ptptn. No pinjaman PTPTN anda boleh dapatkan di laman web PTPTN dalam semakan baki ptptn anda tu. ( https://www.ptptn.gov.my/secara-online-side)
11) Oh yup sebelum terlupa. Kalau kamu rasa pening dengan pembayaran ni, just bawa kad debit, bawa diri bawa kad pengenalan. Pergi kaunter PTPTN. bayar sahaja di kaunter. 😂😂😂 inipun cara pembayaran ptptn
12) Ok semoga berguna..
0 comments:
Post a Comment