Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

wajar atau tidak seseorang itu bercinta semasa belajar ?



Hai semua hari ini saya akan membincangkan tentang Mahasiswa dan Cinta seperti soalan yang direquest oleh salah seorang rakan saya. Berikut merupakan soalannya; 

Soalan yang ditanyakan wajar atau tak kita bercinta semasa belajar ?

Baiklah, bagi menjawab persoalan ini ada 3 situasi sebab bercinta yang ingin saya bawa anda bersama renung-renungkan. ok?

1) cinta bawa kepada peningkatan prestasi pelajaran. 

  • cinta seperti ini jarang berlaku tetapi tidak bermakna cinta ini tidak wujud. 
  • biasanya pasangan akan memberikan semangat untuk kamu belajar dan tegur sikap kamu yang sambil lewa terhadap pelajaran. 
  • nak tahu sama dia dia jenis yang menyokong pelajaran kamu ataupun tidak ? Lihatlah prestasi pelajaran kamu kekal atau lebih baik atau semakin teruk. 
  • Dari keputusan peperiksaan kamu sebenarnya , kamu akan tahu apabila kamu bercinta dengan si dia, pelajaran kamu terabai ataupun tidak. 

2) cinta sekadar suka-suka. 
  •  cinta seperti ini boleh dianggap sebagai keadaan cinta yang “kurang matang”
  • bagi pasangan yang bercinta begini,  mereka hanyalah bercinta sekadar meluangkan masa bersama pasangan tanpa ada halatuju yang pasti tujuan mereka bercinta.
  •  Malah apabila salah seorang daripada pasangan tawar hati, mereka cepat sahaja ambil tindakan untuk putus tanpa ada musabab yang jelas. 
  • banyak pelajar universiti terperangkap dengan cinta ini yang menjerumus mereka pada keadaan gangguan emosi dalam pelajaran. 
  • Kesannya, perkara ini menjejas pelajaran mereka. 
3) cinta kerana kepentingan. 
  •  kebiasaannya cinta sebegini berlaku kepada seseorang yang melihat bercinta dengan seseorang itu boleh mendatangkan "benefit" kepadanya atau istilah mudahnya  boleh “tumpang senang”. 
  • perkara ini akan berlaku sekiranya pasangan itu mempunyai;
  “kuasa dalam organisasi universiti”, banyak duit atau mewah orangnya, atau mereka ni berpengaruh atau pelajar dekan. 
  • jadi pasangan akan mula mengambil kesempatan dengan menggunakan keadaan “sayang” untuk kepentingan mereka. 

Jadi pandangan aku sendiri. Jika kamu memilih untuk bercinta. Adalah sebaiknya kamu tetapkan kepada diri kamu dan pasangan itu beberapa perkara. 

1) jika dia bantu bagi dorongan dalam pelajaran. Teruskan. Jika hanya bawa kepada hiburan semata-mata tanpa dorongan pelajaran sebaiknya tinggalkan. 

Ingat tujuan kamu datang ke universiti untuk belajar. Jika dia penyebab kehancuran. Tinggalkan sahaja.

2) adalah lebih baik. Selagi kamu digelar pasangan bercinta. Bab belanja ni asingkan. 
Misalnya, jika kamu keluar makan bersama pasangan, biar bayar asing2, takde istilah kamu kena berkorban untuk pasangan jika duit kamu tu sendiri pinjaman kerajaan ( PTPTN) atau dari ibu bapa ( PAMA) . 

3) lihat juga akhlaknya, 
jika kamu lihat akhlaknya kurang baik. Cuba nasihat. Jika tidak ingin berubah setelah beberapa kali nasihat tinggalkan. Takut kamu juga terikut sama dengan perangai buruknya.
4) Jika kamu serius kearah perkahwinan adalah sebaiknya dapatkan restu daripada keluarga kedua belah pihak . Itu sebaiknya. Supaya hubungan kamu ini tidak terhenti begitu sahaja.

Apa-apa pun All The Best pada pasangan bercinta 🌚 nasihat kecil dari individu biasa.

Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results