Soalannya: Tips berhadapan dengan individu mulut celupar.
Bagi menjawab isu ini jom kita berkenalan dulu dengan mulut celupar.
Berhadapan dengan mulut celupar atau mulut puaka ni biasa berlaku. Kalau tidak di tempat kerja, mesti kes jumpa mak cik- mak cik bawang, pasti ada si mulut puaka atau celupar. Malah sewaktu belajar dahulu pun mesti anda pernah jumpa “geng” si mulut celupar ini. Jadi bagaimana cara berhadapan dengan mereka?
Ini beberapa pendekatan yang boleh anda gunakan. Pilih mana yang kamu rasa sesuai.
1) just ignore atau buat tak tahu.
- bila dia cakp celupar just kau ignore sahaja. Buat seperti tiada apa-apa yang berlaku atau buat macam muka tembok. Lama-lama si dia akan mula bosan untuk melakukan perkara itu lagi.
- teknik ni perlu kesabaran yang tinggi.
2) Balaslah dengan jawapan ringkas yang menyakitkan.
- cuba biasakan diri balas 4 ayat ni je kalau jumpa si mulut celupar iaitu;
"oh yake... atau lah baru tahu.... owh gitu.. owh on "
- Kemudian senyap. Tengok ke tempat lain..
- awal-awal si dia akan marah dan rimas dengan kau. Tapi lama-lama si dia akan fed up..
3) balas balik dengan fakta.
- cara ni agak berilmiah bagi perkara yang kena dengan situasinya.
- contoh situasinya, tulah kahwin muda-muda cerai juga awal. Jawab je berilmiah macam menurut statistik yang dikeluarkan oleh kementerian blah blah.. ok?
4) balas sindiran dengan sindiran.
- biasanya kamu boleh balas begini dengan cara memberikan dalam bentuk soalan semula atau kenyataan yang memang sakitkan hati orang tu.
- contoh situasi pasal tanya
" tak kahwin lagi ke? Eh mak cik muda dulu bla2 blah.."
balaslah, "owh patutlah mak cik sekarang kerja habiskan duit suami, sebab mak cik dlu memang xberpelajaran, jadi kerja habiskan duit suami je part time job.. pastu canang cerita sini sana. Banyak sangat pahala dah agaknya.. eh?"
5) Balas mulut celupar dengan pujian
- tiada siapa yang tidak suka dipuji.
- kalau kamu jumpa mak cik celupar ini dan semua teknik kamu dah buat tapi tidak membuahkan hasil, cuba teknik ke 5 ini iaitu memuji.
- contohnya:
"kamu ni bangang sangatlah dahlah habiskan duit mak bapak belajar tinggi-tinggi tapi bangang"
balaslah, " betullah mak cik cakap tu. anak-anak mak cik semua pandai-pandai semua bijak geliga. semua berjaya ada yang jadi polis bagai, untung anak mak cik ada mak cik sebab mak cik bijak orangnya ajar anak. saya pun beruntung dapat dengar nasihat mak cik yang cantik lagi bijak ni.
Oklah itu je dari saya. Selamat beramal. Boleh share isu yang ingin direquest.. akan dibahaskan
0 comments:
Post a Comment