Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Kebijaksanaan YDPA menamatkan kemelut politik penentuan Perdana Menteri


Kronologi Kemelut Politik Kejatuhan Pakatan Harapan.

Kemelut politik berkehendakkan perlantikan Perdana Menteri baharu memuncak apabila desakan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah yang meminta Tun Dr Mahathir (Tun M) Mohamed iaitu Perdana Menteri Malaysia ke 7 menunaikan janji beliau sebelum PRU14 untuk melepaskan jawatan perdana menteri dan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tun M kemudiannya sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas Kerjasama Ekonomi Asia (APEC) 2020 November ini. 

Namun, perkara mengejutkan terjadi apabila beberapa pemimpin parti politik telah mengadakan satu pertemuan "rahsia" di Hotel Shereton pada 23 Februari 2020 yang dikatakan sebagai pertemuan sekadar " minum kopi ". Pemimpin-pemimpin parti yang ada ketika itu termasuklah daripada PAS, UMNO, PKR dan Bersatu. Perbincangan perjumpaan ini kekal menjadi rahsia hinggalah terjadi suatu peristiwa keesokkannya. 

Apa yang terjadi keesokkannya? 

Tun M telah menghantar surat perletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu. Tindakan ini telah menyebabkan Yang Dipertua Agung (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (selepas ini digunakan YDPA) memanggil Tun M untuk menghadap ke istana dan baginda membuat keputusan untuk melantik Tun M sebagai Perdana Menteri Interim sementara baginda memperkenan untuk melantik Perdana Menteri Malaysia yang baharu mengikut perkiraan baginda mendapat majoriti sokongan ahli parlimen. 


Kenyataan Media tentang perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri Interim. 

Pada masa yang sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memecat 2 ahli PKR iaitu  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin kerana mereka ini semua melakukan "khianat" secara terbuka sehingga menjejaskan pendirian parti tentang kedudukan Perdana Menteri. Pemecatan ini telah menyebabkan keseluruhan 11 ahli parlimen PKR untuk keluar daripada parti dan menyertai Bersatu. Bersatu juga telah menyatakan pendirian mereka untuk keluar daripada gabungan Pakatan Harapan, menolak perletakkan jawatan Tun M sebagai pengerusi Bersatu dan mencadangkan Perdana Menteri dikekalkan kepada Tun M. 
Kenyataan Media Bersatu tentang penolakan perletakkan jawatan Tun M dan sokongan kepada Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Apa terjadi selepas itu?

Tugas-tugas Anggota pentadbiran dihentikan serta merta. ( Jawatan TPM, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik dihentikan ). 
kenyataan media tentang penamatan jemaah menteri. 

Jadi apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan bagi Kembali sebagai Kerajaan?

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah menyatakan pendirian untuk menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pelikkan? Inilah namanya survival politic. Tindakan ini dilihat kerana PH pada ketika itu tidak mempunyai lagi majoriti ahli Parlimen kerana gabungan beberapa parti yang menyokong kepimpinan Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Kepercayaan kepada Tun M pada ketika itu sehingga hampir 100 % ahli parlimen menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri. Hal ini menyebabkan satu kerja gila ingin dicadangkan kepada Tun M dengan membentuk sebuah kerajaan tanpa pembangkang (Unity Government ) atau dikenali juga sebagai Kerajaan Perpaduan. 

Plot Twist Pertama Bermula 

Sejurus sahaja UMNO mengetahui bahawa Tun M lebih berminat untuk melaksanakan kerajaan tanpa pembangkang, BN , PAS dan PBRS mengadakan satu media dengan mengusulkan cadangan untuk membubarkan parlimen kepada YDPA dan menarik semula sokongan terhadap Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Melihat perkara ini sebagai satu peluang kepada Pakatan Harapan, satu mesyuarat telah diadakan diantara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan dan keputusan akhirnya telah memilih untuk menamakan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan Media PH memilih Datuk Seri Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Tun M yang melihat keadaan ini seolah-olah berpihak kearah Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu mesyuarat khas yang akan diadakan pada 2 Mac 2020. Namun demikian, permintaan untuk mengadakan mesyuarat tersebut ditolak oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat kerana pemanggilan mesyuarat tersebut tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) kerana tidak disusuli dengan usul yang lengkap. 
Kenyataan Media tentang Mesyuarat Khas 

Jadi bagi mengatasi isu ini, pemimpin tertinggi Bersatu telah menamakan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri. Tindakan ini akhirnya telah menarik balik sokongan daripada PAS dan BN untuk bergabung membina gabungan baharu dinamakan Perikatan Nasional. 
Kenyataan Media Bersatu tentang calon Perdana Menteri.

Plot Twist Kedua 

Setelah melihat kedudukan kerusi yang menyokong Tan Sri Muhyiddin seolah-olah memihak kepada Tan Sri Muhyiddin, Pakatan Harapan telah mengambil pendekatan untuk mencalonkan semula Tun M sebagai calon Perdana Menteri mereka. Tindakan ini seolah-olah satu tindakan seolah-olah ibarat "meludah ke langit muka juga yang basah" Tindakan ini seolah-olah Pakatan Harapan 'terdesak' untuk menjadi kerajaan. Tun M pula menerima tawaran tersebut kerana "UMNO"(pemimpin terlibat dengan rasuah profil tinggi dalam UMNO )  sertai gabungan yang menyokong Tan Sri Muhyiddin.

Sumber: Astro Awani 

Bagaimana pandangan rakyat tentang perkara ini?

Sebahagian rakyat mengambil pendekatan "tidak kisah", ada juga yang ambil pendekatan menyokong salah satu calon dan ramai juga yang berpendapat perlu untuk dilakukan pembubaran parlimen. Hal ini kerana mereka yang menyokong pembubaran parlimen ini merasakan ahli politik telah mengkhianati "mandat rakyat" dan meminta untuk pembubaran dilakukan bagi "menghukum" ahli politik selain menyuburkan demokrasi dalam negara. 

Bagaimana YDPA selesaikan kemelut ini?

YDPA telah memanggil kesemua ahli parlimen untuk ditemubual dan menentukan siapakah calon yang ingin mereka pilih sebagai Perdana Menteri. Namun demikian, perjumpaan tersebut tidak berjaya mengesahkan "siapakah paling layak" mengikut perkiraan YDPA selepas menemubual ahli parlimen.

Jadi YDPA mengambil pendekatan untuk bermesyuarat bersama Raja-Raja Melayu yang lain untuk membuat keputusan dalam hal ini. Hasilnya YDPA sekali lagi memanggil ahli parlimen tetapi kali ini pemimpin-pemimpin parti yang mempunyai ahli dalam parlimen untuk menamakan calon untuk mereka pilih sebagai Perdana Menteri. 
Akhirnya,satu gabungan parti iaitu Perikatan Nasional telah berjaya meyakinkan YDPA bahawa mereka memiliki sokongan majoriti. YDPA pada 29 Februari telah membuat keputusan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 8 dan pada 1 Mac 2020 jam 10:30 pagi akan dijalankan upacara mengangkat sumpah. 

Kenyataan Media tentang perlantikan Tan Sri Muhyiddin yassin sebagai Perdana Menteri

Adakah Berakhir di situ?

Tidak. Satu usaha untuk mencabar keputusan YDPA itu mula dilakukan oleh ahli politik dan rakyat penyokong Tun M. Perkara ini dapat dilihat apabila usaha-usaha mendapatkan Akuan Bersumpah (SD) dalam kalangan ahli Parlimen dilakukan oleh gabungan Pakatan Harapan dan mendakwa telah mendapat majoriti parlimen iaitu sebanyak 114 kerusi. 

Malah satu trending di twitter #notmyPM telah dilakukan oleh rakyat Malaysia yang menolak keputusan YDPA melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. 
Trending di Twitter setakat 1:36 am.

Adakah Tindakan Mereka ini selari dengan Prinsip Bernegara?

Dalam hal kalini, aku berpendapat bahawa rakyat Malaysia yang melakukan tindakan sebegini merupakan rakyat Malaysia yang mencabar identiti negara berdaulat di Malaysia. Hal ini kerana dalam Prinsip Rukun Negara kedua menyatakan bahawa "Kesetiaan kepada raja dan negara". Makna kata, dalam hal kalini keputusan YDPA adalah muktamad dan wajar ahli politik dan rakyat untuk akur. 

Kesimpulannya, berlapang dadalah untuk menerima hakikat bahawa Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 ialah Tan Sri Muhyddin dan bukannya Tun M. Dalam Bersatu, kemungkinan akan berlaku perpecahan seperti mana yang berlaku pada PKR jika perbalahan dalam parti berlarutan. 1 Mac 2020 Tarikh bersejarah apabila kerajaan terbentuk melalui "pintu belakang" tetapi tetap "sah" dari segi undang-undang dan bagi pandanga peribadi itu tiada masalah. Cuma harapan untuk ahli politik mengutamakan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi. Sekian. 



Rujukan

1) Isu desakan Datuk Seri Wan Azizah boleh dibaca di Sinar Harian. Tun M pegang prinsip "janji tetap janji". 9 Februari 2020. 

2) Kenyataan untuk lepaskan jawatan seperti dijanji ini dikeluarkan oleh Tun M sewaktu berada di Majlis Pecah Tanah di Villa Sirehan. Bacaan lanjut di Astro Awani. Tun M Ulangi Janji Letak Jawatan Lepas APEC. 14 Februari 2020. 

3) Dalam jawapan dengan media,Datuk Seri Tengku Adnan iaitu Setiausaha Agung UMNO menyatakan bahawa "saya datang untuk minum Kopi" tanpa menjelaskan intipati perjumpaan di Hotel Shereton. Bacaan Lanjut, Astro Awani. Mesyuarat "Kopi-Kopi"di Hotel Sheraton, semua pemimpin kunci mulut. 23 Februari 2020. 

4) Pemecatan Azmin Ali dan Zuraida disahkan oleh Setiausaha Agung PKR dalam kenyataan media. Bacaan Lanjut, Sinar Harian. Azmin, Zuraida dipecat dari PKR. 24 Februari 2020. 

5) Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu membuat keputusan untuk keluar daripada gabungan Pakatan Harapan. Bacaan Lanjut, Sinar Harian. Bersatu Umum Keluar Pakatan Harapan. 29 Februari 2020.

6) Antara pemimpin-pemimpin PH yang menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia semula pada 24 Februari 2020 ialah Mohamed Sabu daripada  Amanah, Lim Guan Eng daripada DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada PKR. Bacaan lanjut di Astro Awani. Don't quit Tun M- Anwar. 24 Februari 2020 , Berita Harian. AMANAH terus sokong Tun M sebagai Perdana Menteri. 24 Februari 2020 dan Berita Harian. DAP terus sokong Tun jadi PM. 24 Februari 2020. 

7) Ahli Majlis tertinggi antara penyokong kuat cadangan Kerajaan Perpaduan. Antara yang menyokong cadangan ini ialah Tan Sri Dr Rais Yatim dan Wan Saiful Wan Jan. Bacaan lanjut, Metro. Kerajaan Perpaduan kurangkan "politiking".25 Februari 2020, Berita Harian. Bentuk Kerajaan Perpaduan. 25 Februari 2020, Sinar Harian. Dr Mahathir mahu bentuk kerajaan tanpa parti politik. 26 Februari 2020. 

8) Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyatakan kerajaan perpaduan banyak melanggar prinsip parti dan akhirnya beliau bersama wakil parti dari PAS, PBRS dan pemimpin tertinggi parti yang lain mencadangkan pembubaran parlimen dan telah diusulkan kepada YDPA. Bacaan lanjut, Berita Harian. BN, PAS, PBRS tuntut bubar parlimen. 25 Februari 2020. 

9) satu mesyuarat pada pagi 29 Februari 2020 telah diadakan di antara Tun M dan kepimpinan PH. Tun M juga menyatakan pendirian beliau untuk tidak bersekongkol dengan individu yang terlibat dengan rasuah dalam gabungan Tan Sri Muhyiddin sekarang yang terdiri daripada ahli UMNO. Bacaan lanjut, Berita Harian. Tun M calon PM Pakatan Harapan. 29 Februari 2020. 

10) Mesyuarat Raja-Raja Melayu telah dijalankan pada hari Jumaat sebelah pagi. Bacaan lanjut, Berita Harian. Raja-raja mula tiba di Istana Negara. 28 Februari 2020.

11) Bersama dengan rombongan Tan Sri Muhyiddin ialah  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak, Datuk Fadillah Yusof; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup serta Presiden Parti Solidariti Tanahairku Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.Bacaan Lanjut,Berita Harian. Gabungan 'Perikatan Nasional' miliki blok terbesar. 29 Februari 2020. 

12) Seramai 6 ahli Bersatu, 40 ahli PKR, 41 ahli DAP, 11 ahli Amanah, 9 ahli Warisan, 4 Bebas , satu ahli UPKO dan GBS. Butiran lanjut boleh baca di Berita Harian. Tun M dakwa 114 sokongan jadi PM ke-8. 29 Februari 2020. 

Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results