Soalan yang ditanyakan : Abg nak tanya. Intern kerajaan dgn swasta, apa kelebihan dan kekurangan dia. Kenapa mostly rakan2 nak sgt kerajaan dan target cuti je.
Jika di tanya pada anda mana lebih baik? Intern swasta atau kerajaan?
Bagi aku kedua-duanya ada pro dan kontranya. Dalam melihat kepada kelebihan dan keburukkannya, aku bahagikan isu ini kepada beberapa bahagian. Bahagian tersebut ialah dari segi bayaran, kemasukkan dalam penjawatan selepas intern, waktu bekerja, tugasan yang perlu dilaksanakan, kadar bayaran, cuti dan bila akan dibayar.
Sebagai pengenalan, apa maksud intern atau praktikal ini? Mudahnya “latihan untuk persediaan alam pekerjaan”. Ada Sebahagian program yang menetapkan “diwajibkan mengambil intern” untuk lulus dan boleh bergraduasi.
Jadi bagaimana sebenarnya intern dalam sektor kerajaan?
Dalam pekeliling JPA(L)S.175/4/4-2kit.4(21)
1) berapa kadar bayaran?
- bermula 1/9/2019 pelajar intern di sektor kerajaan akan mendapat bayaran sebanyak Rm 5 /jam dengan maksima 90 hari [(perkara 2(a), 2(b) dan 4(c)(ii)]. Dan bayaran ini mengikut hari bekerja sahaja tanpa termasuk hari kelepasan am dan kelepasan Mingguan [4(c)(iv)] dan membatalkan Elaun latihan ilmiah penerima tajaan kerajaan. [4(c)(v)]
2) kalau bercuti adakah dibayar atau bekerja lebih masa adakah dibayar?
- kedua-duanya tidak akan dibayar. [bagi bekerja lebih masa - 4(c)(iii)]. Bagi yang ingin bercuti, perlu mendapatkan kebenaran [4(b)(vi)]
3) bila bayaran akan diterima?
- tiada penetapan bila dalam pekeliling. Namun untuk kes 2011, biasanya dibayar pada akhir latihan ilmiah elaun tersebut. Makna kata lepas Kamu dah habis intern. Baru dibayar.
4) bagaimana dari segi waktu bekerja?
- sama seperti sektor kerajaan. [4(b)(iv)] contoh kalau kamu bekerja di sektor kerajaan di kelantan cuti pada jumaat sabtu. Manakala di sabah cuti pada sabtu dan ahad.
5) bagaimana dari segi tugasan? Ada limitasi?
- yup. Anda tak dibenarkan laksanakan tugas pegawai tetap [4(b)(i)] termasuklah tandatangan tandatangan di surat Rasmi kerajaan dan tugas yang melibatkan maklumat terperingkat [4(b)(vii)]. Meskipun begini, realitinya ada juga yang dapat merasa melakukan kerja2 “seperti tetap” atas budi bicara jabatan tersebut sebab itu sebenarnya melanggar pekeliling ini.
6) adakah lepas intern terus diambil bekerja kerajaan?
- tidak dibenarkan diambil isi jawatan kosong atau kenaikkan pangkat [4(b)(i)]. Cuma biasanya bagi yang cemerlang akan diberitahu laluan-laluan untuk bekerja kerajaan oleh pegawai yang menjaganya.
Bagaimana dengan swasta?
Setakat ini belum ada satu akta khusus yang menceritakan secara jelas tentang intern bagi sektor swasta termasuklah dalam akta pekerja 1955. Namun, dalam sektor swasta beberapa temubual telah dibuat bersama rakan-rakan yang pernah intern di swasta dan hasilnya seperti berikut.
1) bayaran
- tidak ditetapkan jumlahnya, tapi biasanya dibayar agak tinggi bergantung pada syarikat tersebut. Dan kebiasaanya dibayar secara bulanan. Ada juga pelajar intern dibayar seperti “pekerja jawatan kontrak/tetap” kerana prestasi mereka.
2) waktu bekerja
- sama seperti pekerja biasa iaitu sebanyak 5 hari seminggu atau 5.5 hari (bergantung pada waktu operasi syarikat tersebut). Kalau diajak join event jadilah lebih masa.
3) tugasan
- kadang diberi tugasan lari sedikit dari bidang. Contoh bahagian marketing tapi intern di company kena buat kerja account. Atau sebaliknya. Sebab tugasan ini biasanya ikut pada “bantu ringankan beban syarikat” iaitu keperluan semasa syarikat. Jadi jangan complaint ( 🤣🤣). Dan satu lagi, tiada limitasi kerja.
4) cuti
- bergantung pada budi bicara bos
5) bagaimana dari segi tawaran bekerja?
- lebih mudah ditawarkan terus bekerja terutamanya bagi yang prestasi intern mereka cemerlang. Jadi tidak hairan kalau ramai yang intern swasta terus dapat kerja.
Selesai swasta dan kerajaan. Jadi anda dapat nilaikan bahawa kedua-duanya ada pro dan kontranya. Ringkasannya begini;
Oh yup sebagai tambahan buat yang setia, saya kongsikan sedikit pasal badan berkanun pula.
Beza dengan swasta dan kerajaan, badan berkanun setakat ini juga tidak ditetapkan tentang intern dari aspek elaun Dan kebiasaannya mereka yang intern di badan berkanun tidak menerima elaun. Dari segi cuti pula sama ikut kerajaan dan waktu bekerja ikut “office hour”.
Namun beza dengan kerajaan, bdan berkanun boleh merasa pengalaman kerja sebenar dan boleh menyertai event-event yang dianjurkan oleh badan berkanun tersebut.
Baiklah. Rasanya selesai ulasan saya disini. Bagi yang belum masuk mana-mana intern bolehlah buat pilihan yang bijak. Ingat, intern merupakan satu proses kamu bersedia dialam sebenar pekerjaan.Silap itu satu proses pembelajaran. Dan bila kamu diberi peluang untuk buat banyak benda sebenarnya kamu belajar banyak benda baharu yang kamu sukar dapat hanya bersandarkan pada teori tanpa praktikal sebenar luar kuliah.
Bak kata Jack Ma “ Make enough mistake. Any mistake is wonderful revenue for you” .
Apa kata rakan-rakan intern?
1) perkongsian bekerja di swasta -banyak benda belajar.
"Kalau swasta banyak dapat belajar.. And set your mind set to learn new things sebab kebanyakkan intern cth dia acc then diletakkan buat marketing diorang x boleh terima sebab diorang ckp i learnt acc. Diorang tak nak jadikan tu as ade added value.. Padahal tak semestinya you learn acc ending up youll be accountant maybe you akan jadi kerja lain..Jadi belajar lah utk menerima benda baru and yeah.. Kalau anda dibayar dengar tidak setimpal.. Its okay.. Mungkin ilmu yg anda pekajari tu lebih tinggi dari allowance..Be smart to mingle around with staffs.. Maybe youll get hired after intern who knows😉"2) ada juga kerja GLC agak "relax"
"Sama ja semua. Tak semestinya intern swasta workload byk. Sebenarnya depend kepada department tu. Klu aku intern kt GLC workload x tentu ad msa busy mmg busy trok ada msa kurang kerja mmg rilek skit arr. 1 lagi jgn expect intern akan diberi job task yg susah. Diorang byk bg job task as office boy/girl jaa stkt ni yg aku experience sndri."
3) Rezki bekerja kerajaan dibelanja makan.
"Makanan, diorang sponsor kadang2 tp ikut jabatan mana lah kau intern..Dr segi workload, depends lah.. Kalau kebetulan ada kerja, kau buat lah.. Kalau tkda, yaa pi tidur.. Hahahaa.."4) Kerja Kerajaan hanya bantu yang patut.
"Buat kja yg dorng buat.Tolong buat kjaaa. Kalo ada klien datang d kaunter. Tolong bgtu lar"5) Kerja badan berkanun juga menarik
Bagaimana pengalaman anda?"Dbp cuti macam mana? Ikut goverment jumaat sabtu atau swasta? - ikut government. 2) lepastu dari segi kerja, adakah dilimitkan pada kerja tertentu shaja atau merasa seperti kerja sebenar? -merasa seperti kerja sebenar. terima surat, buat sah bahasa, jaga kaunter sah bahasa. dan banyak lagi kerja2 pejabat. 3) bagaimana waktu kerja? Office hour atau ada tambahan?- office hour. 8-5. kalau staff, boleh pilih. kalau masuk jam 9 balik jam 6. masuk 730-balik 430. 4) kau blh join mereka pergi kursus atau event luar? Kalau blh apa kerja kau buat? - boleh join. contohnya, pergi ke perpustakaan awam bandar tenggara, aku handle bulan bahasa kebangsaan peringkat negeri Johor dekat sana. aku handle bahagian sijil dan cenderamata.lepas tu, event dekat karnival jom heboh, aku jaga booth 2 hari. handle bahagian game."
0 comments:
Post a Comment