Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Anak-anak adalah kurniaan Maha Pencipta Jangan sesekali Abaikan Tanggungjawab Berkeluarga

Image may contain: 8 people, people standing and child

Sewaktu ingin pulang ke rumah bersama ibuku dari sekolah aku , seorang pak cik menegur ibuku lalu berkata “anak cikgu?” 

Lalu ibuku menjawab “ya saya”

Aku melihat pak cik tersebut menunggu seseorang bersama anak-anaknya diruangan pejabat sekolah. Jam waktu itu menunjukkan 6:30 pm dan mereka masih tidak berganjak.

Akhirnya, pak cik tersebut bersama 3 orang budak tersebut bergerak keluar ke sekolah

Sewaktu aku menunggang motorsikal aku bertanyakan kepada ibuku

“Siapakah pak cik itu?”

Ibuku menjawab “pak cik bapa kepada 3 orang murid tersebut”.

Lalu aku bertanya lagi “siapa mereka tunggu, harinikan exam kenapa lewat pulang sedangkan tamat peperiksaan tadi jam 6?”

Ibuku menjawab
“Pak cik itu menunggu isterinya”.

Ibuku memulakan cerita mengenai keluarga mereka. Ibuku menasihatiku supaya jadi insan bertanggungjawab di kemudian hari.

Ringkasnya, anak-anak itu tinggal bersama ibunya. Pak cik tersebut bersama isterinya ada masalah rumah tangga dan mereka berpisah rumah.

Jadi anak-anak itu tinggal bersama ibunya

Pak cik tersebut menganggur dan tiada kerja. Itulah salah satu sebab mengapa mereka bergaduh antara suami isteri dan akhirnya berpisah rumah.

Anak-anak mereka semuanya ikut ibunya.
Namun, disebabkan keretakan rumah tangga tersebut, ibunya yang sepatutnya menjaga anak-anak tersebut telah mula mengabaikan tanggungjawabnya.

Kata- kata dari ibuku kepada bapa budak-budak tersebut buat aku berfikir semula tentang tanggungjawab berkeluarga.
Image result for keluarga
Ibuku semasa berbual dengan pak cik tersebut berkata, “jika jodoh tuan dan isteri tuan tak panjang, jangan sesekali abaikan anak-anak. Jangan biarkan anak-anak terasa kehilangan kasih sayang. Walau retak bagaimana pun hubungan keluarga. Jangan biarkan anak-anak terabai”.

Jadi ibu dan ayah yang dikasi. Ini hanyalah kisah kecil dari banyak kisah-kisah pergolakan rumah tangga.

Yup betul mungkin kita dan pasangan sudah terasa tidak serasi. Tapi ingatlah, anak adalah kurniaan Maha Pencipta untuk kita jaga dan pelihara sebaik mungkin.

Jangan jadikan masalah keluarga memberi kesan negatif pada kurangnya kasih sayang pada anak-anak.

Semoga sama-sama kita beringat.

Semoga hidup berkeluarga kita hari ini lebih baik dari semalam.
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results