Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Bagaimana otak manusia berfikir secara rasional.


Baiklah mari kalini kita cuba bahaskan tentang bagaimana otak kita berfikir secara “rasional”. Ini garapan pandangan peribadi. Sebarang penambahan atau kritikan amatlah digalakkan.

Baiklah kita mulakan dengan beberapa persoalan mudah.
Jika seorang lelaki berjalan tanpa pakaian  di tengah jalan raya. Adakah kamu anggap lelaki itu gila? Atau tidak ?Atau jika kamu nampak seorang itu membunuh kanak-kanak di depan mata kamu, adakah kamu anggap tindakan dia betul atau salah?
Yup kebanyakkan kita pasti akan menyatakan bahawa tindakan itu salah. Tapi cuba kita ubah situasi tersebut kepada satu “tambahan” iaitu misalnya
Jika situasi lelaki tak berpakaian itu dan pembunuhan kanak2 itu dilakukan di dalam “movie atau tayangan video cerita drama dan sebagainya” . Akan berlaku perubahan kepada jawapan kamu iaitu “alah itu berlakon, nak nampak “real” kenalah buat begitu.
Baiklah cuba kamu lihat balik persoalan ini selepas saya ulas tentang “rasionalnya pemikiran manusia”.

Pengaruh rasional pemikiran manusia ini bergantung kepada “berapa banyak mereka tahu, berapa banyak persoalan-persoalan yang cuba ditimbulkan dan apa pegangan yang mereka tegakkan”.
Pengaruh pemikiran rasional ini telah ada bermula zaman yunani lagi sewaktu aristotle and yunani malah pemikiran islam sewaktu zaman imam ghazali juga membahaskan  tentang pemikiran rasional ini.

Tertarik saya dengan pandangan yang dikeluarkan oleh rene descartes tentang pemikiran rasional iaitu bermula dengan keraguan.

Segala bentuk ilmu yang ada di dunia ini kita boleh lihat dan berfikir “logik” dengan meragui apa yang diterima. Dari situ kita akan cuba menggunakan kaedah tertentu untuk menyelesaikan masalah.

Sebab itu hegel meletakkan tesis —) anti tesis—-) sintesis atau nama lainnya dialektik triad sebagai langkah mencari sesuatu perkara yang baru dalam pengetahuan yang akhirnya ditiru tanpa “sengaja” oleh karl marx.

Arh apa kau cakap ni anti tesis? Sintesis? Tesis?

Maksud langkah hegel mudahnya ialah tesis (apa yang kamu lihat atau tahu) —) anti tesis (sesuatu perkara berlawanan dengan situasi tesis tadi) —) sintesis (kesimpulan kamu)

Mudahnya aku bagi contoh:
Lelaki itu suka makan maggie ( tesis ) —) lelaki itu tidak suka makan kfc ( anti tesis) —) lelaki itu makan maggie sebab lebih murah dari kfc ( sintesis)
Jadi mudahnya , kalau kita kaitkan dengan pemikiran rasional kita ini sebenarnya kita cuba simpulkan sesuatu perkara berdasarkan beberapa perkara

1) apa kita tahu (hasil pembacaan,  atau pembelajaran sebelum ini)
2) apa kita rasa ( pengalaman atau kita lihat)
3) apa yang kita berpegang pada asasnya ( dari sudut agama, adat atau bidang tertentu - ikut sudut pandang)
4) apa kebiasaan masyarakat atau kebiasaan yang kita lakukan.

Kesemua ini sebenarnya  membentuk pemikiran kita secara tak langsung. Namun demikian timbul satu persoalan bahawa sejauhmana kita boleh anggap “akal kita benar-benar waras atau rasional."

Perlu diketahui bahawa akal pemikiran manusia juga boleh dipengaruhi oleh “nafsu”.

Macam kes 1 tadi kenapa situasi di movie membenarkan “keadaan lelaki tidak berpakaian dan pembunuhan kanak-kanak?” Kerana keinginan pengarah untuk “menampakkan real dan penuhi permintaan penonton”. Dalam masa yang sama penonton pula menganggap itu sebagai “kebiasaan perkara itu tidak salah dari satu sisi” Jadi dalam kes ini tidak hairan bahawa nafsu membenarkan akal untuk mencari cara memenuhi kemahuan melihat lelaki tanpa pakaian dan pembunuhan seorang anak kecil dengan cara melakonkannya.
Sebab itu, dalam kajian tentang melibatkan manusia atau pemikiran manusia sudah pasti kamu akan temui takkan ada satu jawapan yang “pasti” kerana manusia ini sifatnya berubah-rubah dan pemikiran mereka berubah-rubah juga turut dipengaruhi persekitaran.

Jadi janganlah jadikan akal satu-satunya  pembuat keputusan kerana ketahui bahawa akal sifatnya penuh tipu helah. Gunakan sisi atau sudut pandang yang “diiktiraf” untuk kebaikkan pada diri kamu sendiri.

Maaf kalau perbahasan kali ini agak berat 😂 kalau tak faham nanti saya cuba mudahkan lagi bahasanya

Rujukan
Ismail bin Yusof. 2001. Pengenalan sains sosial. Sintok: Universiti Utara Malaysia

https://plato.stanford.edu/entries/hegel-dialectics/ Diakses pada 17 Oktober 2019.


Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results