Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Mentaliti Pencipta Peluang Pekerjaan dan Pencari kerja


Cipta pekerjaan atau cari pekerjaan.
2 perkara yang berbeza. 2 pengorbanan yang berlainan. 2 risiko yang berbeza. Bagi mencipta pekerjaan laluannya tidak sama dengan mencari pekerjaan.

Mencipta pekerjaan bergantung kepada sejauhman IQ kewangan mereka mampu atasi masalah-masalah yang berkaitan dengan “syarikat atau perusahaan mereka”. Mereka yang ada IQ kewangan yg baik tidak semestinya adalah dari kalangan mereka yang ada PHD atau sijil-sijil tertentu. Tapi mereka ini juga terdiri dari kalangan orang biasa-biasa kadang yang gagal SPM.

Tapi mereka memilih laluan untuk “mencipta. Pekerjaan”. Dalam aspek mentaliti juga mereka ini bukanlah individu yang akan terasa diri mereka terjamin sentiasa.

Salah satu kata-kata individu yg berjaya mencipta pekerjaan pada orang lain iaitu Jack Ma ialah sediakan payung disaat kamu gembira. Sebab saat kamu terlampau leka dengan kejayaan akhirnya akan buat kamu teruk jatuh dikemudian hari.

Dalam aspek mentaliti dan ilmu sejujurnya aku belum sampai ketahap ini. Tapi tidak bermakna tidak boleh cuba dan berusaha untuk jadi salah satu individu yang “mencipta pekerjaan”.

Bagi individu yang pula mencari pekerjaan. Sejujurnya mereka ini diambil kerja kebiasaannya berdasarkan kriteria tertentu misalnya disebabkan pendidikan, pengalaman kerja atau kemahiran-kemahiran spesifik.

Golongan ini adalah berbeza mentaliti mereka dengan pencipta peluang pekerjaan. Mereka ini adlaah individu yg takut kehilangan kerja, takut dengan gaji yang sedikit dan mengharapkan perlindungan dari syarikat yang mereka kerja.

 Golongan ini sentiasa akan berharap “protection dan pertolongan” dari pihak-pihak berautoriti atau syarikat mereka untuk memastikan kelangusngan hidup mereka.

Ketakutan mereka untuk kehilangan kerja menyebabkan mereka sanggup bekerja lebih masa dan tahan mental dengan suasana kerja yang mungkin menekan mereka. Tetapi bagi mereka ini sahaja cara untuk mendapatkan pendapatan mereka untuk terus hidup.

Jika kamu lihat besar perbezaan “pencari kerja” dan “pencipta kerja” . Bukan mudah menukar mode “pencari” kerja kepada “pencipta kerja” jika mentaliti dan pengetahuan kewangan mereka masih lagi terikat dengan cara pemikiran “pencari kerja”

Oleh itu, jika kamu ingin jadi pencipta kerja cubalah gali ilmu sebanyak mungkin dari mereka yang ada pengalaman “mencipta kerja” sebagai nasihat dan panduan supaya arus perjalanan kamu berada pada landasan.

Setiap orang akan ada pilihan sama ada ingin jadi sebagi “pencari” atau “pencipta”

Namun risiko dan laluan berbeza bagi kedua2nya perlu jelas dari awal supaya kita benar2 bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Jujur buat masa sekrang aku masih lagi menjadi individu pencari kerja. InShaAllah doakan aku supaya menjumpa jalan untuk jadi individu pencipta kerja.

Selamat maju jaya 😘
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results