Bagi menjawab persoalan ini, ada beberapa nasihat menyimpan yang saya ingin kongsikan.
1) Paid Yourself First
- Paid yourself bukanlah bermaksud kamu reward diri dengan berbelanja KFC, McDonald dan seangkatannya.
- Tetapi maksud saya di sini ialah hargai diri dengan membayar diri sendiri dahulu dengan menyimpan baharu berbelanja.
- Kesilapan dalam amalan menyimpan dalam kalangan kebanyakkan orang, mereka belanja dahulu baharu menyimpan.
- Langkah yang betul ialah menyimpan dahulu baharulah berbelanja.
Jadi Berapa Pula kadar yang perlu saya simpan dahulu baharu belanja?
- Kadarnya kamu tentukan sendiri. Tetapi kadar yang ideal ialah 10% - 30% setiap kali kamu perolehi pendapatan kamu sama ada daripada gaji, dapat upah atau duit raya.eh muda lagi rupanya.. huhuh.
- Ingat kadar itu mesti konsisten (jika 10% kekalkan 10% setiap kali dapat duit cuma kalau nak besarkan lagi itu ikut kemampuan kamu)
- Jangan lupa bahagikan simpanan ini kepada 3 perkara utama iaitu simpanan kecemasan, pelaburan dan kebajikan (sedekah pada orang atau pada rumah ibadat untuk keberkatan)
2) Simpan ditempat yang susah nak dikeluarkan.
- simpanan yang baik ialah kamu simpan di tempat yang memang susah nak dikeluarkan.
- contoh, kalau kamu simpan di tempat tersebut perlu isi borang atau banyak birokrasi.
- contohnya, simpan di Tabung Haji, ASB atau bagi isteri garang pegang (Huhuhuhu)
3) Boleh juga kamu menyimpan menggunakan kaedah duit berwarna atau syiling.
- cara ini bagus bagi ajar kamu terus konsisten dengan simpanan.
- contohnya, tetapkan kamu nak simpan duit warna apa. Kalau kamu nak simpan duit warna hijau (RM 5) , setiap kali kamu dapat duit hijau tersebut kamu kena simpan dalam tabung simpanan.
- atau setiap kali kamu dapat duit syiling, kamu simpan duit tersebut dalam tabung.
4) Pastikan Kamu tidak tahu jumlah berapa banyak jumlah yang sudah ada dalam simpan.
- Perkara ini penting supaya kamu tidak asyik keluarkan simpanan kamu sahaja.
- bagi elakkan perkara tersebut jangan tengok berapa jumlah simpanan kamu.
5) Tetapkan tempoh masa menyimpan.
- Jika kamu ingin menyimpan, tetapkan berapa lama simpanan itu akan kamu simpan sebelum digunakan untuk tujuan tertentu.
- Contoh simpan setahun kemudian gunakan sikit untuk pelaburan atau keperluan tertentu.
- Tapi ingat, jangan keluarkan semua perlu juga untuk simpanan kecemasan kamu tinggalkan sebaiknya 3 bulan perbelanjaan bulanan kamu.
- Supaya kamu tak struggle kelak.
Oklah itu sahaja nasihat menyimpan daripada saya. terima kasih.
0 comments:
Post a Comment