Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

7 Tips Kekalkan Pointer Daripada Salah seorang Mahasiswi Dekan UKM


Sewaktu menerima Anugerah Dekan Semester di Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh, UKM

Belajar di alam universiti pasti banyak masalah dan cabaran untuk ditempuhi. Malah untuk menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang setiap semester bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Di sini saya kongsikan pengalaman saudari Noratikah Binti Hanafi yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas). Beliau yang kini mendapat PNGS  3.77 sudi berkongsi kepada anda beberapa tips yang diamalkan untuk sama-sama kita gunakan bersama.

Berikut merupakan Tips yang digunakan oleh beliau untuk mengekalkan pointer.

1. Assignment.

  • Banyak markah kita sebenarnya terletak pada assignment. 
  • Jadi semasa membuat assignment nasihatnya ialah buat dengan teliti dan terperinci .
  • Banyakkan tanya lecture tentang assignment kita tu supaya kita tidak tersasar dengan kehendak tugasan. 
  • Rujukan pada assignment juga perlu untuk diambil berat. 
  • Ingat !!
"Semua perkara ini jangan sesekali ambil mudah"


2. Exam 

  • Exam juga kadang-kadang menyumbang  40% markah di situ dan kadang-kadang separuh daripada markah kita. 
  •  Jadinya kalau boleh cuba score sebanyak mungkin markah pada paper kita nanti. 
3. Jaga hubungan 

  • Jaga hubungan kita dengan Maha Pencipta iaitu Allah dan juga jaga hubungan kita dengan mak ayah kita. 
  • Jaga juga hubungan kita sesama manusia yang lain iaitu hubungan dengan pensyarah dan kawan-kawan kerana bagi beliau kejayaan bagi dirinya bukan sebab usaha kita semata-mata tapi juga sebenarnya daripada doa-doa mereka. 

4. Nota 

  • Rajinkan diri buat nota ikut gaya masing-masing
  • Perkara ini penting kerana nota di dalam kelas kadangkala tidaklah menyeluruh.
  • Jadi cadangan daripada beliau ialah cari nota-nota luar untuk lengkapkan nota dalam kelas itu. 


5. Cara study 

  • Buat study group ikut keperluan .
  • Kadangkala study group buatkan kita lebih faham tentang sesuatu perkara. 
  • Tapi adakalanya kita study sendiri untuk memudahkan lagi pemahaman mengikut cara kita sendiri. 
  • Jadi, pandai-pandai sesuaikan cara study anda.
6. Amalkan mendengar Surah Ar-Rahman.
  • sewaktu study, perkara yang selalu dilakukan oleh beliau ialah mendengar bacaan surah Ar-Rahman terutama waktu nak menghafal info-info penting dan di waktu pagi. 
  • cara ni bagus untuk mudah menghafal dan mendapat ketenangan.
7) Jaga solat dan buat amalan solat sunat. 
  • Jaga solat wajib kita lima waktu sehari semalam itu. 
  • Jangan tinggal solat wajib ni. Ini tanggungjawab kita sebagai muslim. 
  • nak bonus buat solat sunat hajat di malam hari setiap malam minta ketenangan hati untuk dipermudahkan urusan belajar. 

Dan Nasihat daripada beliau; 

"Walaupun nora bnyk study bkn bermakna nora  x ada life hangout3 dngn mmber . Hangout3 jrng3 tu ada tpi kena pndai bhgikan msa untk happy dngn untk study๐Ÿ˜Š"


Daripada pihak page sendiri kami doakan nora dapat tamatkan pengajian di UKM dengan cemerlang dan menjadi Cikgu kelak . Amin. terima kasih untuk segala info berguna. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results