Majlis Konvokesyen UMS 2018.
Ini adalah perkongsian daripada seorang anak pekerja kilang tapi mampu harumkan nama keluarganya diperingkat Universiti Awam. Semoga berguna untuk anda semua.
Assalamualaikum. Salam Jumaat. Semoga Allah meluaskan rezeki kita seluas bumi dan langit serta memberikan pengakhiran usia yang baik untuk kita semua.
Hari ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan tips-tips sepanjang bergelar mahasiswa/i universiti.
1) HARI-HARI KENA BERSYUKUR TUHAN BERI TEMPAT UNTUK MENUNTUT ILMU
Saya special case. Saya masuk universiti lambat setahun yang bermakna saya lebih tua setahun berbanding lepasan STPM/setaraf pada ketika itu tapi saya bukanlah yang paling tua. Ada yang lebih berusia berbanding saya tapi masuk dalam batch yang sama. Bila masuk lambat setahun ni, tak dinafikan kadang-kadang memang rasa ralat sedikit sebab orang lain sebaya saya dah masuk tahun 2, ada yang tahun 3 tapi saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa ada orang di luar sana yang menangis sebab nakkan kerusi yang saya duduki sekarang. Sebab tu, saya kena sentiasa bersyukur. Masuk lambat atau cepat sebenarnya tidak penting sama sekali. Pada saya yang paling penting adalah mendidik diri untuk sentiasa bersyukur dan memanfaatkan setiap masa sepanjang bergelar mahasiswa/i universiti. Setiap hari selepas bangun tidur, sentiasa ucapkan

“Alhamdulillahillazi ahyana ba’dama ‘amatana wa ilaihinnusyur”.
2) SENTIASA MINTA DOA IBU DAN AYAH (TERUTAMANYA IBU)
Orang selalu tanya macam mana cara saya belajar tapi orang lupa tanya macam mana saya berdoa. Sejak hari pertama saya daftarkan diri di Kg E, tidak pernah sehari pun saya lupa untuk mesej ibu “Assalamuaikum ibu. Kakak minta ampun dan maaf atas segala dosa dan kesalahan yang kakak lakukan terhadap ibu sama ada sengaja atau tidak sengaja. Tolong doakan kakak lulus cemerlang subjek sekian sekian”. Doa ibu ni hebat sebab doa seorang ibu tiada hijabnya. Minta ibu doakan kejayaan kita. In sha Allah, semuanya akan mudah. Di samping tu, kita pun kena berusaha untuk berdoa sendiri. Spesifikkan doa dalam setiap sujud kita. Tak salah kita meminta dan berdoa untuk kejayaan di dunia ni walaupun sementara.
Saya sentiasa pegang firman Allah yang bermaksud

“Berdoalah kepada-Ku maka akan Aku kabulkan doa kamu dan bertawakallah kepada-Ku maka akan Aku cukupkan keperluan kamu”.
“Ya Allah, luluskanlah aku dalam subjek sekian sekian. Ya Allah, kurniakanlah aku pointer/CGPA sekian sekian”.Dan bertawakallah. Kalau saya boleh sampaikan sesuatu dalam hayat saya, saya akan cakap “Bertawakallah kepada Allah. Letakkan seluruh kepercayaanmu terhadap Allah.” Tapi tolong usaha dahulu sebelum bertawakal. Bila dah habis, dah puas berusaha, serahkan urusan tersebut kepada Allah. Believe me. It always works.
3) JANGAN LOKEK ILMU
Jangan pernah berniat untuk menyembunyikan ilmu daripada kawan-kawan apalagi dalam kalangan coursemates. Saya tak faham macam mana sebahagian daripada kita lebih selesa berkongsi maklumat, berkongsi ilmu cuma dalam kalangan kawan-kawan rapat kita. Berkongsilah ilmu yang kita ada walaupun apa yang kita tahu tu cumalah sedikit. Mungkin sedikit, kecil pada kita tapi besar maknanya pada orang lain. Mungkin apa yang kita nak kongsi tu kita rasa remeh tapi penting pada orang lain. Percayalah bahawa dunia ni berputar dan apa yang kita berikan akan kembali pada kita semula. Saya sentiasa niat sedekah untuk setiap ilmu yang saya kongsikan dengan semua 96 orang coursemates saya. Alhamdulillah, sedekah tu kembali kepada saya dalam cara yang saya tak sangka, daripada sumber yang saya tak pernah fikirkan.

"What you give, you will always get it back."
4) TULIS NOTA SENDIRI DAN KONGSI NOTA
Waktu degree dulu, saya adalah “the note maker” untuk rakan sekelas. Nota ni saya mulakan begini. Saya ambil buku The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relations.
Bahasa Inggerisnya ya Allah berbunga-bunga. Kalau saya yang band 3 MUET STPM ni pun berpinar mata baca buku yang orang putih tulis, apalagi kalau rakan sekelas yang band 1,2 MUET STPM? Jangankan baca. Cari pun tak mahu lah kalau buku tu penuh dengan bahasa Inggeris bunga-bunga. Apa yang saya lakukan adalah baca perlahan-lahan. Tengok faham atau tidak maksud yang dia ingin sampaikan. Kalau boleh faham, teruskan baca sampailah dapat KONTEKS cerita yang dia nak sampaikan tu. Bila dah faham apa yang dia sampaikan dengan konteks perbincangan tu sekali, perlahan-lahan terjemahkan ayat bahasa Inggeris tu dalam bahasa Malaysia/Melayu.
Untuk buat nota pertama yang saya kongsikan dengan rakan sekelas, saya ambil masa 2 hari duduk dalam library untuk translate satu-satu tapi tak apa. Niatkan untuk bantu kawan-kawan faham apa sebenarnya yang pensyarah cuba sampaikan dalam kelas. Terutamanya yang pandai bahasa Inggeris tu, yang band 3 upper, band 4. Rajin-rajinkan bantu kawan. In sha Allah, Allah akan bayar usaha dan pertolongan kamu dengan setimpal.
Waktu degree dulu, saya adalah “the note maker” untuk rakan sekelas. Nota ni saya mulakan begini. Saya ambil buku The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relations.
Untuk buat nota pertama yang saya kongsikan dengan rakan sekelas, saya ambil masa 2 hari duduk dalam library untuk translate satu-satu tapi tak apa. Niatkan untuk bantu kawan-kawan faham apa sebenarnya yang pensyarah cuba sampaikan dalam kelas. Terutamanya yang pandai bahasa Inggeris tu, yang band 3 upper, band 4. Rajin-rajinkan bantu kawan. In sha Allah, Allah akan bayar usaha dan pertolongan kamu dengan setimpal.
5) JANGAN TAKUT UNTUK LEAD THE GROUP
Saya faham ada dalam kalangan kita ni yang lebih selesa menjadi pengikut berbanding pemimpin tapi mentaliti ni kita perlu buang luar pagar universiti. Pada saya, bila dah masuk universiti, setiap seorang sudah mampu untuk berfikir dan mengambil tindakan yang rasional. Sebab tu, saya nasihatkan terutamanya mahasiswi untuk take the lead and lead the group. Memang tak dinafikan bila dah dalam universiti ni dan bila masuk dalam sesuatu kumpulan untuk selesaikan assignment, kita memang tak boleh lari daripada makhluk bernama FREE RIDER. Bila free rider ni membiak, kerja pun susah nak jalan. Sebab tu, dalam whatsapp group nanti, jangan segan-segan nak sound group. Sebab apa? Sebab gred untuk subjek dan pointer kamu bergantung kepada assignment kumpulan juga. Lagi-lagi kalau pensyarah letakkan peratus besar untuk assignment berkumpulan berbanding assignment individu. Kalau carry mark rendah, exam pula susah, susah lah jawabnya. Dan janganlah jadi free rider. Kita hidup ni kalau tak boleh mudahkan kerja orang, jangan pula kita susahkan.
6) JANGAN SEGAN BERTANYA DALAM KELAS
Seorang junior saya pernah tanya macam mana nak tajamkan kefahaman untuk subjek sekian sekian. Saya jawab;

"Tanya terus kepada pensyarah dalam kelas. Bila tanya, kamu dapat jawapan secara langsung. Firsthand direct answer yang mungkin akan ambil masa berhari-hari untuk kamu cari kalau kamu guna buku atau internet. Jangan segan bertanya". Bayar yuran mahal tapi segan bertanya dalam kelas? Rugi.
Kalau kata segan dengan kawan-kawan sebab nanti kawan-kawan cakap nak menunjuk-nunjuk pandai dalam kelas. Biarkanlah kawan nak kata apapun. Yang penting kamu tak rugi duduk dalam kelas yang kamu bayar harga ribu-riban tu. Manfaatkan setiap jam kamu duduk dalam kelas. Kumpul soalan dan tanya direct kepada pensyarah. Siapa tahu ada kawan yang segan bertanya tapi dapat jawapan yang dia nak asbab kamu dah bertanya dulu.

7) MULAKAN HARI DENGAN MENGEMAS KATIL
Ada BANYAK kajian berkenaan dengan tabiat mengemas katil setiap pagi yang menunjukkan kesan positif kepada produktiviti dan kejayaan. Malah, orang yang mengemas katilnya setiap pagi selepas bangun adalah lebih cenderung untuk berjaya berbanding dengan mereka yang tidak mengemas katil. Amalkan gaya hidup bersih. Bukan setakat gaya hidup sihat tapi gaya hidup bersih. Sepanjang study dulu, saya akan pastikan bilik bersih, disapu setiap pagi, katil dikemas bila bangun, meja belajar dilap bersih dan setiap barang diletakkan pada tempatnya. Bila bilik bersih, hati jadi lapang, minda lebih berfokus sebab tak stress dengan keadaan kotor.

8) RUN WHEN THEY WALK
Sentiasa motivasikan diri setiap pagi. Saya hanyalah anak seorang pekerja kilang dan operator hospital yang pendapatannya kalau digabungkan tidak melebihi RM3K pun. Sebab tu bila masuk u, setiap pagi mesti motivasikan diri dan cakap pada diri
"Aku kena beli rumah untuk ibu dan ayah sebab ibu dan ayah tak larat naik rumah flat 4 tingkat. Ibu dan ayah sakit lutut so macam mana pun, kena kerja keras di sini untuk dapatkan pointer yang bagus dan dengan pointer tu bantu dapatkan kerja yang bagus".
Motivasikan diri setiap pagi. Ingat apa yang ingin dicapai. Mungkin cliche tapi motivasi inilah yang menggerakkan saya setiap pagi untuk bangun dan belajar, belajar dan belajar. Track progress diri sendiri. Sentiasa berada di hadapan yang lain. Bersaing dengan sihat. Kalau kawan kata dia faham satu teori ni, kita kena usaha untuk faham dua, tiga teori, konsep, model, case study. Bila kita berada di hadapan, mudah untuk kita sentiasa motivasikan diri untuk sentiasa menjadi yang pertama. Tapi jangan sombong, jangan riak.

9) DOAKAN IBU AYAH, ADIK BERADIK, KAWAN-KAWAN
Sentiasa doakan yang baik-baik untuk orang sekeliling kita. Saya sentiasa amalkan doa begini "Ya Allah, murahkan rezeki ibu ayah, adik beradik dan semua kawan-kawan yang mengenali diriku. Luaskan rezeki kami seluas bumi dan langitmu". Doa lah ikut doa Dhuha. Watch how your life change one doa at a time.
Jangan lupa solat hajat untuk kejayaan. Bila di universiti ni, cabaran tu datang dalam pelbagai bentuk dan kita tahu hanya Tuhan yang mampu memberi jalan keluar untuk setiap yang kita lalui. Sebab tu, amalkan solat hajat. Dirikanlah walaupun hanya 2 rakaat. Minta lah pointer tinggi, kawan jadi rajin buat group assignment, Allah berikan kelapangan jiwa, Allah berikan ilham semasa menjawab peperiksaan, Allah mudahkan menerima ilmu dan faham apa yang pensyarah ingin sampaikan.

10) HIDUPLAH DENGAN BUKU
Knowledge is power. Life without books is lifeless. Sejak tadika sampailah sekarang, kita sentiasa berjumpa dengan buku. Sebab tu, hiduplah dengan buku. Saya faham. Langkah pertama yang kita kena ambil tu lah langkah terberat yang kita kena buat tapi percayalah langkah pertama tu adalah separuh daripada usaha kita. Maksudnya, kita rasa berat untuk buka buku atau baca buku apalagi untuk faham apa buku tu nak ceritakan. Tapi macam peribahasa orang Korea "the first step is already half the journey". Jadi, usaha untuk ambil langkah terberat tu. Percayalah, kalau anda baik dengan buku, buku akan 10x lebih baik pada anda.

- Bila baca buku akademik, beri perhatian pada:
* gaya bahasa
* nota kaki & nota akhir
* rujukan (APA, Chicago, MLA, Oxford dan sbgnya). Belajar cara buat rujukan.
* definisi terma-terma khas
Itu sahaja.
Semoga bermanfaat.
(kami dari pihak page mengucapkan selamat maju jaya buat akak untuk future. Kami doakan akak akan terus success. Amin )
0 comments:
Post a Comment