Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

ILLUMINATI DALAM INDUSTRI MUZIK KOREA DAN BARAT


Pernah tak anda terfikir bahawa lagu yang anda dengarkan itu sebenarnya “liriknya, melodinya dan lain-lain instrument termasuk klip videonya” sebenarnya ada “mesej yang ingin di sampaikan? 

Mungkin bagi sebahagian individu ada yang tahu, ada yang samar-samar dan ada yang tak tahu. Malah kalau lihat dari kenyataan Brannon dan Brock tentang backmasking (nama lain bagi isu ini) menyatakan bahawa apa-apa peralatan yg digunakan sama ada bunyi atau gambar untuk tujuan menyampaikan “mesej” yg tidak disedari oleh masyarakat jika diperhatikan secara normal.

"Mesej” yang dimaksudkan adalah sama ada berbentuk “kebaikkan/ketuhanan” ataupun dalam bentuk “kejahatan/iblis”. Dalam isu yang diutarakan kita bercerita tentang benarkah lagu-lagu korea dan Barat bila didengar secara “reverse” wujud unsur illuminati. 

Sebelum kita pergi jauh, perlu difahami bahawa Illuminati ini merupakan salah satu organisasi rahsia yang sering dikaitkan dengan unsur pengambdian terhadap “iblis” selain membentuk pemikiran “rasional”. Illuminati dan Freemason ni boleh dikatakan seperti adik bradik lain bapa ( lain matlamat ) tapi banyak unsur dari keduanya saling berkait.

Ada beberapa simbol yg boleh kita lihat yg sering dikaitkan dengan “pengikut Illuminati” ini misalnya bentuk tangan “ok”, mata sebelah ( atau all seing eye) burung hantu, angka 666. 
antara simbol-simbol illuminati

Benarkah Lagu Barat ada unsur Illuminati?
Baiklah berbalik pada persoalan yg bertanya, memang tidak dinafikan jika dimainkan lagu barat banyak yang mempunyai “mesej pengabdian iblis atau pesanan iblis”.

 Misalnya, dalam lagu Stairway to Heaven oleh Les Zeppelin digambarkan wujud pesanan iblis semasa memainkan lagu tersebut secara reverse. Malah, salah seorang ahlinya , Robert Plant semasa ditemubual mengakui bahawa semasa mencipta lagu ini seolah-olah ada kuasa Iblis datang memberi ilham.

Perkara ini tidak pelik kalau lihat pada ahli mereka seperti pemain gitarnya yang telah membaca buku tentang “magic” dan akhirnya mempraktikan pada usia 11 tahun sebelum mengetahui itu adalah “black magic” begitu juga kalau kita lihat beberapa artis barat seperti The Beatles dan Bon Joni yang sanggup “menyerahkan roh mereka untuk dijual”. 

Malah kalau anda dengar lagu Katy Perry iaitu Dark Horse secara reverse sebenarnya menyeru “penyembahan terhadap iblis” . Ngerikan 😅. Aku yg dengar pun secara reverse lepas prasan terus tutup..
Katy Perry dalam lagu Dark Horse. 

Jadi anda tidak hairanlah kalau di barat unsur Illuminati ini merebak dalam industri muzik mereka kerana “budaya serahkan roh pada iblis” salah satu cara mereka mendapatkan apa yg mereka inginkan. 

Di korea selatan atau lebih gemar digelar sebagai KPOP sebenarnya banyak simbol-simbol illuminati ditonjolkan dalam klip video mereka misalnya dalam klip video "kill this love oleh Black Pink ada paparan all seing eye ditunjukkan. Bukanlah hanya black pink tapi banyak juga artis lain juga memaparkan simbul illuminati ini . 
scene yang dikaitkan dengan ALL EYES SEEING
Malah paling banyak simbol Illuminati ini dipaparkan ialah dari Big Bang kalau lihat hampir semua klip video lagunya memaparkan simbol-simbol illuminati. Malah dalam salah satu lagunya iaitu monster jika didengar secara reverse seolah-olah mempersembahkan lagu ini untuk “vip” yang tidak diketahui siapa. 
Bigbang Moster
Lagu-lagu korea sebenarnya “kurang didedahkan dengan cara reverse song” jadi agak sukar mengetahui makna disebalik lagu jika ada. Melainkan dari peminatnya sendiri. Sebab itu, hanya lagu dari big bang dan Shinee (lucifer) dapat aku ulas tentang reverse song. Tapi kalau bab simbol illuminati, bukan black pink je blh katakan hmp Semua artis korea menggunakan simbol itu dalam persembahan mereka. 

Nak kata kpop salah semuanya? 
Itu sukar juga sebab kita tahu, mereka ini terikat dengan syarikat mereka. Segala tindak tanduk mereka akan dikawal. Perkara ini pernah disuarakan secara tak langsung oleh Jannie black pink sendiri dalam livenya. Dan kalau dilihat pada lagu BTS iaitu “Fake Love” juga kalau didengar secara reverse sebenarnya mereka minta “pertolongan”. Makna kata kita tahu ada something wrong pada industri korea ini tapi “kurang penyelidikan” bersifat sosial terhadap industri ini.

BTS
Konklusinya, berhati-hatilah dalam mengilai lagu. 👀 sebab benda ni sebenarnya bukan hanya Kpop atau Barat semata-mata. Tapi ada juga di negara lain-lainnya. 

Cuma lagu-lagu Melayu kebanyakkan terutama hasil dari Datuk M Nasir “mesej dalam lagunya” bersifat ketuhanan. Baiklah itu sahaja dari saya. Terima kasih.

Sumber :
Ulasan Definisi dari Brannon, L., & Brock, T. (1994). The subliminal persuasion controversy: reality,enduring fable, and Polonius’s weasel. In S. Shavitt & T. C. Brock (Eds.), Persuasion: Psychological Insights and Perspectives. Allyn & Bacon


Ulasan tentang lagu KPOP dari Liputan. Ternyata 6 Lagu K-Pop Ini Dikabarkan Persembahan untuk Setan
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results