Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Perintah Kawalan Gerakkan - Apa yang perlu diberi perhatian

Perintah kawalan gerakan lebih baik daripd darurat. Oklah tu. Kerajaan penuhi kehendak aspirasi rakyat “yang inginkan lockdown “ dengan cara hanya bataskan gerakkan. Disini kerajaan masih lagi beri peluang untuk kita semak dan imbang semula pendakatan yang kita minta dan yang kerajaan bagi.
artikel berkaitan : Kenapa Kerajaan Masih Tidak Mengisytiharkan Darurat - Covid 19 

Cuma ada beberapa perkara perlu ditekankan iaitu
1) kawal pembelian - sebab ini bukan darurat, malah premis keperluan asas masih berjalan sperti biasa. Jangan pula buat pmbelian panic. Tahulah org “kaya” tapi tak perlulah menunjuk sangat.


2) kawal harga terhadap barangan kesihatan . Isu mask, isu sanitizer melambng tinggi sepatutnya peniaga fikirkan manfaatkn bersama bukan pntingkan diri. Sekarang ada lngkah kerajaan akan buat pemantuan pasl isu harga. Itu sebaiknya.

3) walaupun bukan perintah berkurung tidak bermakna kita boleh “melancong” sesuka hati dengan “hati terbuka” membawa satu keluarga. Kalau satu klurga sakitkn susah.
4) sektor yang terlibat penutupan pada 18/3 perlu patuh pada arahan kerajaan dlm memastikan kemudaratan dpt dikurangkn. Yg ingkar apa lagi, lapornan pada badan kerajaan.
5) sentiasa menjaga kebersihan persekiraran. Kebersihan itukan sebahagain daripada iman.

Baiklah. Itu sahaja.

Share:

Kenapa Kerajaan Masih tidak mengisytiharkan darurat? - COVID 19


Ada sebab kenapa Malaysia belum bersedia isytiharkan darurat meskipun pada kawasan-kawasan panas.Salah satu sebabnya melihat ekonomi kawasan yang diisytihar darurat akan lumpuh sepenuhnya. Yup aku akui benda ini. Perkara ini paling terkesan pada mereka yang berada di kelas pertengahan dan bawahan orang bandar kerana “sekeliling” mereka hanya dipenuhi dengan bangunan pencakar langit, kurangnya tanaman atau bekalan makanan fresh mampu tersedia untuk jangka panjang.

Disamping itu, pengisytiharan darurat atau lockdown ini juga akan menyebabkan pembelian “panic” yang akhirnya menyebabkan bekalan makanan akan habis dan keperluan bekalan makanan sukar diperolehi mencukupi untuk semua orang boleh nikmati bersama.
Walaupun dari segi ekpnomi bakal menerima akibat buruk sama ada pada keluarga mahupun negera namun dalam hal ini aku berpandangan yup darurat perlu untuk dilakukan pada kawasan2 hot. Atas alasan keselamatan keseluruhan rakyat Malaysia. Perlu diingat bahawa mencegah lebih baik daripada merawat. Malah kes di Malaysia bukan semakin pulih tapi semakin merebak ke satu jumlah lebih besar.

Jadi bagi masalah bakal dihadapi
1) dalam isu bekalan makanan, langkah terbaik untuk dilakukan ialah pencatuan makanan. Maksudnya, penglimitasian bekalan makanan perlu dilakukan bagi membolehkan bekalan makanan mencukupi sepanjang darurat di kawasan tersebut dijalankan.
2) melakukan penempatan semula. Sama konsep dengan rancangan briggs, masyarakat yg berada dalam kawasan hot perlu “dilakukan penempatan semula” dengan menyediakan kawasan “bebas covid” dan “kawasan dalam pemantauan” . Mungkin agak rumit perkara ini, tapi langkah begini pernah dilakukan semasa kita mengahadapi komunis di era darurat. Cuba “adaptasi” perkara ini. Mudahnya, mereka yang belum disaring perlu disaring dalam satu tempat. Jika didapati orang tersebut tiada tanda covid selepas dikuarantin 14 hari atau lebih, mereka akan dipindahkan ke satu tempat yang “bebas covid 19” bersama rakan-rakan mereka yang lain. Tempat tersebut sebelum jadi tempat “selamat” perlu dilakukan pembersihan dan pemulihan.

Jadi darurat perlu bermula daripada mana?

mulakan daripada punca wabak ini merebak luas iaitu di Sri Petaling, kemudian diikuti keseluruhan negeri Selangor dan beberapa tempat di Malaysia yang dianggap "hot" oleh KKM.
Share:

Kabinet 2020 Tan Sri Muhyiddin memilih kroni atau berdasarkan kredibiliti?

Kabinet 2020 dibawah pemerintahan Perikatan Nasional telah diumumkan semalam menyaksikan seramai 32 menteri (termasuk perdana menteri) dan seramai 38 Timbalan Perdana Menteri. Jumlah ini merupakan satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan barisan Pakatan Harapan iaitu hanya sebanyak 28 menteri (termasuk perdana menteri) dan 24 Timbalan Perdana Menteri. 

Senarai Penuh Kabinet Tan Sri Muhyiddin. Sumber: Bernama. 

Dari sini ada kemungkinan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan yang buruk boleh dikatakan kurang tepat kerana jika dicongak keseluruhan gaji mereka dianggarkan setiap seorang mendapat minima sekitar 15,000 sebulan. Maknanya sebenarnya dari satu sudut kita tahu bahawa kewangan negara kita berada dalam keadaan yang “boleh” dianggap baik. 

Sedikit fakta menarik tentang kabinet baharu kerajaan Perikatan Nasional ini ialah mereka tidak mempunyai Timb. Perdana Menteri. Kata Perdana Menterinya iaitu Tan Sri Muhyidin kerana belum ada keperluan. Tapi realitinya, kabinet kerajaan baharu ini mempunyai empat orang timbalan perdana Menteri apabila PM sendiri memaklumkan bahawa empat menteri kanan yang dipilih boleh “mengantikannya” mengurus negara sekiranya beliau tiada dalam negara atau ada hal-hal tertentu dibenarkan.

Sebelum diumumkan kabinet kerajaan baharu ini, PM telah mengarahkan “calon tersebut” ditapis oleh SPRM dan Polis bersabit dengan kes rasuah atau kes jenayah yang berkaitan dengan menteri terbabit. Malah mereka juga diminta untuk mengumumkan kesahihan sijil mereka. Kerana hal ini berkait dengan kepimpinan sebelum ini yang “menipu” sijil kelulusan mereka. 

Jadi, keseluruhan kabinet baharu ini diakui bebas daripada sebarang kes mahkmah berkaitan dgn jenayah mahupun kes rasuah. Sebab itu, Walaupun Zahid Hamidi merupakan presiden UMNO, Namun beliau tidak dilantik sebagai ahli kabinet kerana beliau Masih dalam perbicaraan 47 pertuduhan di Mahkamah. Begitu juga dengan Datuk Seri Najib kerana kes beliau berkaitan 1MDB dan kes salah guna kuasa yang lain masih lagi dibicarakan. Jadi tidak hairan apabila individu2 dianggap penting dalam parti mahupun oleh rakyat sendiri tidak dilantik sebagai ahli kabinet PM baharu ini. 

Bagaimana pula dengan Presiden Pas Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang? Kenapa Muhyiddin tak lantik dalam kabinet? 

Kemungkinan yang boleh saya rumuskan kerana berkaitan dengan cubaan Tun M menamakan Abdul Hadi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM). Jika Muhyyiddin mengambil Hadi sebagai ahli kabinet, secara tak langsung pihak BERSATU atau pembangkang sekarang akan menganggap bahawa Muhyyiddin mengikut telunjuk Tun M. Maknanya, kredibiliti beliau sebagai PM akan diragui terutama melibatkan keputusan yang seolah-olah “mengikut” telunjuk pengerusi sendiri iaitu Tun M walaupun Tun M pembangkan sekarang. 

Apa pula pandangan aku tentang keseluruhan kabinet baharu ini? 

Bagi aku, Ada beberapa ahli parlimen yang diambil sekadar kekalkan jawatan dalam kementerian. Hal ini mungkin kerana Muhyyiddin selesa dengan individu tersebut. Individu saya maksudkan ialah Azmin Ali ( masih kekal sebagai menteri Perdagangan antarabangsa dan industri ) , Zuraida kamaruddin ( menteri perumahan dan kerajaan tempatan), Datuk Saifuddin Abdullah ( bertukar portfolio dari menteri luar sewaktu zaman ph kepada menteri komunikasi dan multimedia)  dan Datuk Seri Rina Mohd Harun (tukar portfolio darj menteri luar bandar kepada menteri wanita dan keluarga). 

Walaupun dilihat ada beberapa menteri zaman Pakatan Harapan (PH) tersebut tidak menyerlah dari segi “pelaksanaan kerja dalam portfolio mereka” namun, Muhyyiddin masih memberi peluang kerana mereka sudah Terbiasa dengan kepimpinan Muhyiddin. 

Bagaimana pula dengan  Menteri lain? Adakah aku sokong perlantikan mereka? 

Kebanyakkan menteri-menteri dilantik tidak berasakan kepada latarbelakang pendidikan mahupun pergerakkan mereka. Paling menjadi isu ialah menteri Alam sekitar iaitu Datuk Tuan Ibrahim dari Pas kerana tiada latarbelakang perjuang alam sekitar atau pendidikan melibatkan alam sekitar. Malah negeri Kelantan sering dikaitkan dengan isu alam sekitar. 

Namun demikian, dalam hal ini perlunya diberi peluang untuk melihat kredibiliti mereka menjalnkn Tugas. 

Jika ingin dinilai dalam aspek kredibiliti tersebut, majoriti kabinet baharu atau lama tidak semua layak memegang portfolio mereka sekarang. Malah dalam portfolio kabinet sekarang yang hanya menjadi menteri mengikut kelulusan atau latarbelakang mereka hanya beberapa orang seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (parlimen dan undang-undang) iaitu Datuk Takiyuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli . Majoriti yang lain lari dari bidang atau kepakaran mereka termasuklah KJ yang diberi mandat kali ini memegang portfolio Menteri Sains, Teknologi dan inovasi.
Sumber: Bernama

Adakah aku melihat Muhyyiddin memilih kerana kroni? 

bab ni sukar aku ingin ulas. Kalau pilih bab kroni takkan menteri hal ehwal agama tu keroni dia sedangkan dia dulu mufti wilyah persekutuan. Aku melihat ada beberapa individu dipilih atas kapasiti kredibiliti mereka memimpin atau mengendalikan isi sebelum ini. 

Misalnya KJ dipilih kerana kewibawaannya memimpin kementerian belia dan sukan dengan jaya namun kali ini diberi cabaran baharu untuk beliau dalam kementerian lebih mencabar iaitu kementerian sains, teknologi dan inovasi . Kenapa aku cakap mencabar? Isu Industri Revolusi 4.0 masih hangat . Dan negara kita kearah negara ingin aplikasikan perkara tersebut.

Individu lain yang dilihat berdasarkan kredibiliti kepimpinan sebelumnya ialah Datuk Seri Hishamuddin. Aku tidak rasa Muhyiddin memilih beliau kerana kroni. Tapi aku melihat Muhyiddin memilih beliau kerana isu MH17. Sebab isnin lalu, kes MH17 dibicarakan di mahkamah Amsterdam. Jadi orang paling “familiar” dengan isu ini sewaktu itu menjadi pemangku menteri pengangkutan dan mengendalikan kes MH370 dan MH 17 dengan baik ialah Datuk Seri Hishamuddin. Malah, pada masa itu juga beliau menjadi menteri dalam negeri dan berjaya mengatasi isu Pencerobohan Tanduo. Bagi aku, pemilihan beliau sebagai Menteri Luar Negeri adalah bertepatan dengan isu sekarang iaitu tuntutan pembelaan terhadap mangsa Malaysia dalam kes MH17.
Sumber: Bernama

Kesimpulannya, meskipun menyaksikan beberapa individu baharu dalam kabinet kerajaan kalini, namun tidak bermakna kita tidak boleh terus menghukum “kredibiliti mereka”. Sebaiknya, bagi mereka peluang buktikan keupayaan mereka mengendalikan amanah yang diberikan. Keseluruhannya, aku mengaharapkan kabinet baharu ini akan menjadi kabinet yang boleh selesaikan isu2 rakyat dengan sebaik mungkin. 

Jika dipilih siapa menteri kegemaran aku dalam kabinet baharu untuk peringkat awal ni, aku Mungkin pilih Dr Zulkiflee. Aku nak lihat bagaimana beliau menjadi penggubal dasar dan memperjuangkan isu2 agama bukan lagi hanya sekadar “perbincangan umum” tetapi sebagai pembuat dasar. 
Sumber: Bernama

Oh yup KJ is back.. hahaha.. kita tengok pula apa pembaharuan dalam kementerian baharu beliau kalini..

Rujukan;
1)  Astro Awani. Hadi Awang Calon TPM Paling Sesuai- Tun M. 8 Mac 2020. 
2) Astro Awani. Senarai Kabinet Muhyiddin melalui tapisan SPRM, PDRM - Mufti Perlis. 8 Mac 2020. 
3) Berita Harian. Mahkamah tangguh bicara kes rasuah, pecah amanah Ahmad Zahid. 2 Mac 2020. 
4) Harian Metro. MH17: Empat suspek dibicara Isnin. 7 Mac 2020. 
Share:

8 Fakta Menarik Politik Malaysia 2020



Dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin yassin sebagai Perdana Menteri maka berakhirlah teka-teki siapa perdana menteri. Namun, bagi anda yang terlepas isu ini, mari saya kongsikan kepada anda 8 fakta menarik tentang kemelut politik berlaku pada tahun 2020.

1) buat kali pertama pembentukan kerajaan di peringkat persekutuan bukan melalui pilihan raya. (Di peringkat negeri pernah berlaku dan salah satu negerinya ialah Sabah)

2) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi  bakal perdana menteri terlama dan tahun ini hampir berjaya selepas Muafakat Nasional menarik diri dari bergabung dengan Tun M tapi akhirnya gagal.

3) Tun M menjadi Perdana Menteri pertama dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri dalam gabungan yang sama dengan sebelum beliau meletakkan jawatan. ( sebelum ini beliau dibawah Barisan Nasional menjadi PM  kemudian menjadi PM  semula pada gabungan Pakatan Harapan. Tapi dalam isu ini beliau dipilih semula dalam gabungan yang sama diletakkan jawatan )

4) Tan Sri Muhyiddin Menjadi PM pertama dilantik bukan selepas diadakan Pilihan Raya Umum tetapi selepas pembentukan kerajaan baharu dengan gabungan baharu.

5) Pakatan Harapan menjadi kerajaan paling singkat pernah memegang tampuh pemerintahan di peringkat persekutuan ( separuh penggal ) .

6) Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob menjadi ketua pembangkang tersingkat dalam sejarah Malaysia apabila tidak sampai setahun beliau memegang jawatan tersebut , parti beliau sudah menjadi kerajaan. 

7) Buat kali pertama calon Perdana Menteri daripada Pembangkang dan Kerajaan daripada satu parti yang sama dan tidak berpecah kepada 2 parti berbeza iaitu Bersatu.

8 ) Selepas hampir 42 tahun, akhirnya tahun ini PAS kembali menjadi salah satu parti komponen kerajaan di peringkat persekutuan.

Itu sahaja dari saya..
Share:

Betul ke kemasukkan ke universiti hanya untuk pelajar cemerlang Sahaja?

Soalan ditanyakan : Abg daus. Skit ht doh aku dgr org hina adk ai. Stpm adk ai tk bgus. 2.69. Tp org kpg ckp adik ko tk dpt msuk u. Result dia tk bgus. Can make this article abt pointer2 rndh smua tu

Baiklah mari kita mulakan perbahasan. 

Tahniah pada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) . Jangan lupa mohon upu dengan langkah permulaan beli no pin di kaunter bsn atau boleh beli melalui online banking atau di ATM BSN 

Eh jap, jadi yang 3.00 ke atas sahaja ke boleh mohon? Habis kami yang pointer 2.00 keatas tak layaklah mohon sebab kami tak cemerlang? Aish kecewa tau. (Luahan budak stpm selepas di sound mak cik bawang) 

Betul ke kemasukkan ke universiti hanya untuk pelajar cemerlng Sahaja? 

Baiklah, mari kita kaji dan lihat realiti kemasukkan ke universiti. Sebenarnya untuk melayakkan diri memasukki UA, syarat minimanya ialah 

2.00 untuk PA dan 2 subjek selebihnya. Dan mengambil Muet. Ini syarat umum untuk kemasukkan ke universiti. Makna kata, jika anda dapat pointer begini, peluang nak diterima itu ada. Cuma, biasa pelajar stpm akan sangkut sama ada pada subjek “khusus” ditetapkan dalam program-program tertentu atau temuduga atau tapisan2 lain yang dirasakan relevan.
Jadi sebenarnya itu soal rezeki. 
Walaupun nampak syarat minima begitu, tak dinafikan pointer juga memainkan peranan. 

Ada tak cara lain masuk ke Universiti pada yang pointer rendah tapi latarbelakang mereka B40 atau OKU?

Ada. Bagi memberi peluang pendidikan untuk semua dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat tanpa latarbelakang keluarga sebagai “penghalang”, beberapa UA telah mengambil pendekatan untuk memperkenalkan “kemasukkan khas” dikhususkan kepada individu yang ditetapkan oleh pihak universiti. 

Antara universiti yang memperkenalkan kaedah kemasukkan begini ialah dari UMS melalui program MENITI dan UKM melalui Borang Permohonan UKM B40. Lain-lain universiti pun ada, cuma kena rajin-rajin tengok laman mereka. 
Contoh Borang Permohonan UKM B40.

Biasanya dalam program diperkenalkan ini bertujuan untuk mengalakkan golongan tertentu diberi peluang belajar di universiti Awam seperti Golongan B40, OKU dan atlet negara/negeri. Galakkan ini secara tidak langsung memberi ransangan kepada golongan-golongan kurang bernasib baik atau yang menyumbang jasa kepada negara untuk meningkatkan pengetahuan mereka ke arah yang lebih baik.

Cuma kalau kemasukkan khas ini, ada universiti yang khaskan hanya dari negeri mereka sahaja yang layak melalui sekolah-sekolah terpilih. Ada juga yang bersifat terbuka. Jadi pandai-pandai cari. Jangan sampai tertipu pula dengan orang tah pape. Pastikan diperolehi dari tempat yang dipercayai kesahihannya. 

“Tapi, tapi aku tak lepas syarat-syarat kemasukkan atau laluan khas ni, jadi macam mana yup?”

Cara lain ialah rayuan. Selepas kali pertama kau gagal dapat. Mohonlah rayuan. Sebab rayuan ini dibuka untuk isi Kekosongan program-program yang tak cukup “penuh” disebabkan kemasukkan pertama (first intake) ada yang tidak masuk. Jadi ini langkah yang kau boleh guna untuk mohon. 

Dan seandainya bukan rezki kau tahun ni untuk layak ke universiti, jika benar-benar nak sambung belajar janganlah berputus asa. Teruskan memohon setiap tahun dan dalam masa yang sama bekerja. Sebab bagi yang bekerja ada juga cara kemasukkan lain iaitu melalui pjj (walaupun bukan belajr full time tapi kau dapat juga beljar)

Oh yup, Jangan pelik jika di UA kau akan jumpa mereka yang 2.5 , 2.4 dan 2.6 dalam satu program kau . Sebabnya benda ni tak pelik. Walaupun UA itu termasuk dalam RU (Research University) macam UKM... 

Malah, ada juga program yang tidak begitu tekan sangat pointer tapi lebih kepada kemahiran seperti program-program seni. 

"Alah seni je koy mana ada masa hadapan." 

Jangan sesekali rendahkan seni. mereka ialah graduan paling banyak dapat peluang pekerjaan sealiran dengan yang mereka belajar..

Kesimpulannya, jangan pernah putus asa. Kalau lepas syarat universiti dan syarat khusus program, kau sebenarnya ada peluang. 

Abaikan kata-kata mak cik bawang. Dia bukanlah mak cik yang tahu sistem kemasukkan pelajar. Dia cuma dengar dari mak cik bawang juga yang mungkin “lulusan” entah mana-mana... 

Baiklah itu sahaja dari saya.. 

 Just keep moving forward jika kau benar nak study. Jangan pernah down.. anda hebat.

Bagaimana pula pandangan netizen?
1) Pilih semua sama semasa rayuan.

"Suruh dia try daus. Sbb sy pernah mengikuti program IPTA...Program ini adalah utk membantu pljr lepasan SPM dgn STPM memohon UPU. Sy pernah jumpa sorang budak dgn pointer 2.25. Permohonan UPU dia gagal...Lepastu dia mohon kali kedua. Kali kedua ni sy suruh dia pilih semua kursus kat uni yg sama. Last2 dia dpt UMK jugak laa"

2) ada juga yang tetap memohon pada tahun berikutnya kerana tidak berputus asa.

"Doakan bang. semoga permohonan upu tahun ini berjaya"

Pandangan anda pula bagaimana?

Rujukan.
1) Syarat Minima kemasukkan ke UA dalam Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. PERMOHONAN/KELAYAKAN UNIVERSITI AWAM. 

2) Program MENITI satu program dijalankan oleh UMS untuk memberi peluang pendidikan kepada golongan yang kurang berkemampuan namun layak memasukki ke Universiti secara minima. Bacaan lanjut di UMS. Program MENITI beri sinar baru buat pelajar B40. 21 Ogos 2019

3) UKM Akademik. Borang Permohonan Kemasukkan Ijazah Pertama UKM. 

Share:

END GAME buat Anwar Ibrahim dan Tun M - PM ke 8 tetap Muhyiddin



Kemelut pemilihan sebagai Perdana Menteri Malaysia tidak berakhir selepas YDPA telah mengisytiharkan berkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 8. Usaha-usaha mencabar status "majoriti ahli parlimen" telah dilakukan oleh Pakatan Harapan. 

Bagi yang terlepas artikel sebelum ini boleh baca dia : Kebijaksanaan YDPA Menamatkan Politik Penentuan Perdana Menteri. 

Gabungan Pakatan Harapan telah mendapatkan 114 belah sokongan daripada ahli parlimen untuk bersetuju menandatangani akuan Sumpah (SD) dengan menyokong percalonan Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Senarai penuh ahli Parlimen yang menyokong Tun M. Bacaan penuh Astro Awani. Tun M dedah nama 114 ahli parlimen , akan persembah kepada Agong. 29 Februari 2020. 

Meskipun Tun M mendakwa sebanyak 114 ahli parlimen menyokong beliau, ada beberapa ahli parlimen dalam senarai yang dinyatakan mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dengan menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri. Antaranya ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Ahli Parlimen Sri Aman. Makna kata dalam senarai yang dinyatakan oleh Tun M ini boleh diragui kesahihannya. 

Jadi apa pendirian Agung terhadap isu ini?

Agung telah membuat keputusan untuk tidak malayan "kehendak" Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan. Malah upacara perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tetap diteruskan meskipun Tun M tetap bertegas bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen. 
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai PM ke 8. Sumber Astro Awani. 

Apa pula pandangan anda?

Rujukan
1) Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat menegaskan, akuan bersumpah (SD) mereka adalah bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Bacaan lanjut di Berita Harian. Dua ahli parlimen nafi sokong Dr Mahathir sebagai PM. 1 Mac 2020. 

2) Tun M dalam sidang media meluahkan rasa kesal dengan tindakan YDPA yang enggan bertemu dengannya mengenai isu perlantikan Perdana Menteri ke 8. Beliau juga mendakwa keluhuran "perlembagaan" sudah tidak diikuti lagi apabila Perdana Menteri dilantik bukan daripada yang menang majoriti. Bacaan lanjut, Astro Awani. Agong enggan jumpa saya lagi - Tun M. 1 Mac 2020.

3) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Bacaan Lanjut, Astro Awani. My2020: Muhyiddin PM-8. 1 Mac 2020.  
Share:

Kebijaksanaan YDPA menamatkan kemelut politik penentuan Perdana Menteri


Kronologi Kemelut Politik Kejatuhan Pakatan Harapan.

Kemelut politik berkehendakkan perlantikan Perdana Menteri baharu memuncak apabila desakan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah yang meminta Tun Dr Mahathir (Tun M) Mohamed iaitu Perdana Menteri Malaysia ke 7 menunaikan janji beliau sebelum PRU14 untuk melepaskan jawatan perdana menteri dan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tun M kemudiannya sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas Kerjasama Ekonomi Asia (APEC) 2020 November ini. 

Namun, perkara mengejutkan terjadi apabila beberapa pemimpin parti politik telah mengadakan satu pertemuan "rahsia" di Hotel Shereton pada 23 Februari 2020 yang dikatakan sebagai pertemuan sekadar " minum kopi ". Pemimpin-pemimpin parti yang ada ketika itu termasuklah daripada PAS, UMNO, PKR dan Bersatu. Perbincangan perjumpaan ini kekal menjadi rahsia hinggalah terjadi suatu peristiwa keesokkannya. 

Apa yang terjadi keesokkannya? 

Tun M telah menghantar surat perletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu. Tindakan ini telah menyebabkan Yang Dipertua Agung (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (selepas ini digunakan YDPA) memanggil Tun M untuk menghadap ke istana dan baginda membuat keputusan untuk melantik Tun M sebagai Perdana Menteri Interim sementara baginda memperkenan untuk melantik Perdana Menteri Malaysia yang baharu mengikut perkiraan baginda mendapat majoriti sokongan ahli parlimen. 


Kenyataan Media tentang perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri Interim. 

Pada masa yang sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memecat 2 ahli PKR iaitu  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin kerana mereka ini semua melakukan "khianat" secara terbuka sehingga menjejaskan pendirian parti tentang kedudukan Perdana Menteri. Pemecatan ini telah menyebabkan keseluruhan 11 ahli parlimen PKR untuk keluar daripada parti dan menyertai Bersatu. Bersatu juga telah menyatakan pendirian mereka untuk keluar daripada gabungan Pakatan Harapan, menolak perletakkan jawatan Tun M sebagai pengerusi Bersatu dan mencadangkan Perdana Menteri dikekalkan kepada Tun M. 
Kenyataan Media Bersatu tentang penolakan perletakkan jawatan Tun M dan sokongan kepada Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Apa terjadi selepas itu?

Tugas-tugas Anggota pentadbiran dihentikan serta merta. ( Jawatan TPM, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik dihentikan ). 
kenyataan media tentang penamatan jemaah menteri. 

Jadi apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan bagi Kembali sebagai Kerajaan?

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah menyatakan pendirian untuk menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pelikkan? Inilah namanya survival politic. Tindakan ini dilihat kerana PH pada ketika itu tidak mempunyai lagi majoriti ahli Parlimen kerana gabungan beberapa parti yang menyokong kepimpinan Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Kepercayaan kepada Tun M pada ketika itu sehingga hampir 100 % ahli parlimen menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri. Hal ini menyebabkan satu kerja gila ingin dicadangkan kepada Tun M dengan membentuk sebuah kerajaan tanpa pembangkang (Unity Government ) atau dikenali juga sebagai Kerajaan Perpaduan. 

Plot Twist Pertama Bermula 

Sejurus sahaja UMNO mengetahui bahawa Tun M lebih berminat untuk melaksanakan kerajaan tanpa pembangkang, BN , PAS dan PBRS mengadakan satu media dengan mengusulkan cadangan untuk membubarkan parlimen kepada YDPA dan menarik semula sokongan terhadap Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Melihat perkara ini sebagai satu peluang kepada Pakatan Harapan, satu mesyuarat telah diadakan diantara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan dan keputusan akhirnya telah memilih untuk menamakan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan Media PH memilih Datuk Seri Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Tun M yang melihat keadaan ini seolah-olah berpihak kearah Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu mesyuarat khas yang akan diadakan pada 2 Mac 2020. Namun demikian, permintaan untuk mengadakan mesyuarat tersebut ditolak oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat kerana pemanggilan mesyuarat tersebut tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) kerana tidak disusuli dengan usul yang lengkap. 
Kenyataan Media tentang Mesyuarat Khas 

Jadi bagi mengatasi isu ini, pemimpin tertinggi Bersatu telah menamakan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri. Tindakan ini akhirnya telah menarik balik sokongan daripada PAS dan BN untuk bergabung membina gabungan baharu dinamakan Perikatan Nasional. 
Kenyataan Media Bersatu tentang calon Perdana Menteri.

Plot Twist Kedua 

Setelah melihat kedudukan kerusi yang menyokong Tan Sri Muhyiddin seolah-olah memihak kepada Tan Sri Muhyiddin, Pakatan Harapan telah mengambil pendekatan untuk mencalonkan semula Tun M sebagai calon Perdana Menteri mereka. Tindakan ini seolah-olah satu tindakan seolah-olah ibarat "meludah ke langit muka juga yang basah" Tindakan ini seolah-olah Pakatan Harapan 'terdesak' untuk menjadi kerajaan. Tun M pula menerima tawaran tersebut kerana "UMNO"(pemimpin terlibat dengan rasuah profil tinggi dalam UMNO )  sertai gabungan yang menyokong Tan Sri Muhyiddin.

Sumber: Astro Awani 

Bagaimana pandangan rakyat tentang perkara ini?

Sebahagian rakyat mengambil pendekatan "tidak kisah", ada juga yang ambil pendekatan menyokong salah satu calon dan ramai juga yang berpendapat perlu untuk dilakukan pembubaran parlimen. Hal ini kerana mereka yang menyokong pembubaran parlimen ini merasakan ahli politik telah mengkhianati "mandat rakyat" dan meminta untuk pembubaran dilakukan bagi "menghukum" ahli politik selain menyuburkan demokrasi dalam negara. 

Bagaimana YDPA selesaikan kemelut ini?

YDPA telah memanggil kesemua ahli parlimen untuk ditemubual dan menentukan siapakah calon yang ingin mereka pilih sebagai Perdana Menteri. Namun demikian, perjumpaan tersebut tidak berjaya mengesahkan "siapakah paling layak" mengikut perkiraan YDPA selepas menemubual ahli parlimen.

Jadi YDPA mengambil pendekatan untuk bermesyuarat bersama Raja-Raja Melayu yang lain untuk membuat keputusan dalam hal ini. Hasilnya YDPA sekali lagi memanggil ahli parlimen tetapi kali ini pemimpin-pemimpin parti yang mempunyai ahli dalam parlimen untuk menamakan calon untuk mereka pilih sebagai Perdana Menteri. 
Akhirnya,satu gabungan parti iaitu Perikatan Nasional telah berjaya meyakinkan YDPA bahawa mereka memiliki sokongan majoriti. YDPA pada 29 Februari telah membuat keputusan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 8 dan pada 1 Mac 2020 jam 10:30 pagi akan dijalankan upacara mengangkat sumpah. 

Kenyataan Media tentang perlantikan Tan Sri Muhyiddin yassin sebagai Perdana Menteri

Adakah Berakhir di situ?

Tidak. Satu usaha untuk mencabar keputusan YDPA itu mula dilakukan oleh ahli politik dan rakyat penyokong Tun M. Perkara ini dapat dilihat apabila usaha-usaha mendapatkan Akuan Bersumpah (SD) dalam kalangan ahli Parlimen dilakukan oleh gabungan Pakatan Harapan dan mendakwa telah mendapat majoriti parlimen iaitu sebanyak 114 kerusi. 

Malah satu trending di twitter #notmyPM telah dilakukan oleh rakyat Malaysia yang menolak keputusan YDPA melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. 
Trending di Twitter setakat 1:36 am.

Adakah Tindakan Mereka ini selari dengan Prinsip Bernegara?

Dalam hal kalini, aku berpendapat bahawa rakyat Malaysia yang melakukan tindakan sebegini merupakan rakyat Malaysia yang mencabar identiti negara berdaulat di Malaysia. Hal ini kerana dalam Prinsip Rukun Negara kedua menyatakan bahawa "Kesetiaan kepada raja dan negara". Makna kata, dalam hal kalini keputusan YDPA adalah muktamad dan wajar ahli politik dan rakyat untuk akur. 

Kesimpulannya, berlapang dadalah untuk menerima hakikat bahawa Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 ialah Tan Sri Muhyddin dan bukannya Tun M. Dalam Bersatu, kemungkinan akan berlaku perpecahan seperti mana yang berlaku pada PKR jika perbalahan dalam parti berlarutan. 1 Mac 2020 Tarikh bersejarah apabila kerajaan terbentuk melalui "pintu belakang" tetapi tetap "sah" dari segi undang-undang dan bagi pandanga peribadi itu tiada masalah. Cuma harapan untuk ahli politik mengutamakan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi. Sekian. 



Rujukan

1) Isu desakan Datuk Seri Wan Azizah boleh dibaca di Sinar Harian. Tun M pegang prinsip "janji tetap janji". 9 Februari 2020. 

2) Kenyataan untuk lepaskan jawatan seperti dijanji ini dikeluarkan oleh Tun M sewaktu berada di Majlis Pecah Tanah di Villa Sirehan. Bacaan lanjut di Astro Awani. Tun M Ulangi Janji Letak Jawatan Lepas APEC. 14 Februari 2020. 

3) Dalam jawapan dengan media,Datuk Seri Tengku Adnan iaitu Setiausaha Agung UMNO menyatakan bahawa "saya datang untuk minum Kopi" tanpa menjelaskan intipati perjumpaan di Hotel Shereton. Bacaan Lanjut, Astro Awani. Mesyuarat "Kopi-Kopi"di Hotel Sheraton, semua pemimpin kunci mulut. 23 Februari 2020. 

4) Pemecatan Azmin Ali dan Zuraida disahkan oleh Setiausaha Agung PKR dalam kenyataan media. Bacaan Lanjut, Sinar Harian. Azmin, Zuraida dipecat dari PKR. 24 Februari 2020. 

5) Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu membuat keputusan untuk keluar daripada gabungan Pakatan Harapan. Bacaan Lanjut, Sinar Harian. Bersatu Umum Keluar Pakatan Harapan. 29 Februari 2020.

6) Antara pemimpin-pemimpin PH yang menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia semula pada 24 Februari 2020 ialah Mohamed Sabu daripada  Amanah, Lim Guan Eng daripada DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada PKR. Bacaan lanjut di Astro Awani. Don't quit Tun M- Anwar. 24 Februari 2020 , Berita Harian. AMANAH terus sokong Tun M sebagai Perdana Menteri. 24 Februari 2020 dan Berita Harian. DAP terus sokong Tun jadi PM. 24 Februari 2020. 

7) Ahli Majlis tertinggi antara penyokong kuat cadangan Kerajaan Perpaduan. Antara yang menyokong cadangan ini ialah Tan Sri Dr Rais Yatim dan Wan Saiful Wan Jan. Bacaan lanjut, Metro. Kerajaan Perpaduan kurangkan "politiking".25 Februari 2020, Berita Harian. Bentuk Kerajaan Perpaduan. 25 Februari 2020, Sinar Harian. Dr Mahathir mahu bentuk kerajaan tanpa parti politik. 26 Februari 2020. 

8) Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyatakan kerajaan perpaduan banyak melanggar prinsip parti dan akhirnya beliau bersama wakil parti dari PAS, PBRS dan pemimpin tertinggi parti yang lain mencadangkan pembubaran parlimen dan telah diusulkan kepada YDPA. Bacaan lanjut, Berita Harian. BN, PAS, PBRS tuntut bubar parlimen. 25 Februari 2020. 

9) satu mesyuarat pada pagi 29 Februari 2020 telah diadakan di antara Tun M dan kepimpinan PH. Tun M juga menyatakan pendirian beliau untuk tidak bersekongkol dengan individu yang terlibat dengan rasuah dalam gabungan Tan Sri Muhyiddin sekarang yang terdiri daripada ahli UMNO. Bacaan lanjut, Berita Harian. Tun M calon PM Pakatan Harapan. 29 Februari 2020. 

10) Mesyuarat Raja-Raja Melayu telah dijalankan pada hari Jumaat sebelah pagi. Bacaan lanjut, Berita Harian. Raja-raja mula tiba di Istana Negara. 28 Februari 2020.

11) Bersama dengan rombongan Tan Sri Muhyiddin ialah  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak, Datuk Fadillah Yusof; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup serta Presiden Parti Solidariti Tanahairku Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.Bacaan Lanjut,Berita Harian. Gabungan 'Perikatan Nasional' miliki blok terbesar. 29 Februari 2020. 

12) Seramai 6 ahli Bersatu, 40 ahli PKR, 41 ahli DAP, 11 ahli Amanah, 9 ahli Warisan, 4 Bebas , satu ahli UPKO dan GBS. Butiran lanjut boleh baca di Berita Harian. Tun M dakwa 114 sokongan jadi PM ke-8. 29 Februari 2020. 

Share:

Ramai Cikgu tertekan dengan perangai ibu bapa dan anak yang BIADAB!


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian seorang ustazah diminta untuk merangkak oleh seorang ibu kepada salah seoranga anak muridnya. Peristiwa ini menjadi hangat apabila tindakan video rakaman ustazah tersebut diviralkan dan mendapat kecaman daripada netizen. Kes ini akhirnya berakhir dengan ibu kepada budak tersebut meminta maaf kepada ustazah tersebut. 

Benarkah dunia pendidikan ditindas oleh sikap ibu bapa dan anak yang biadab?

Yup, perkara ini benar-benar terjadi. Jika dahulu, cikgu pukul di sekolah. Balik kau bagitahu ibu bapa pasti anak tersebut akan terkena lagi sebatan sebab ibu bapa tersebut tahu apabila cikgu pukul mesti anak mereka nakal di sekolah. 

Sebab itu ramai akhirnya menjadi manusia. Namun, ada segelintir mungkin terasa hati dan menyimpan dendam terhadap guru mereka. Hingga akhirnya menggubal dasar yang lebih pro kepada anak yang akhirnya dapat dilihat kesan “anak biadab” dan “ibu bapa” menyokong kebiadapan seolah-olah biadab itu perkara biasa. 

Memang kekerasan bukan satu-satunya solusi, selagi boleh berlembut, lembutlah. Tapi jika melampau, kekerasan adalah jalannya. 


Apa pula perkongsian dari seorang doktor tentang pesakit dari kalangan cikgu?

Sebab itu sewaktu berborak dengan doktor tadi, beliau sendiri akui bahawa ramai guru menghadapi masalah tekanan darah tinggi dan stress yang melampau. Guru-guru tersebut ada yang lebih memilih untuk bersara lebih awal dari yang sepatutnya.

Apa kes-kes biadab anak-anak yang terjadi sepanjang pengalaman ibuku menjadi guru?

Kes 1 
Pelajarnya sanggup pecahkan tingkap masjid semasa bermain-main di masjid. Kemudian membuat muka tidak bersalah apabila ditangkap. Paling menyedihkan apabila pelajar tersebut melawan  dengan berkata “aku boleh bayarlah”.

rupa- rupanya anak orang kaya dan ibu bapanya selalu memanjakannya dengan duit. Kalau kau dalam sitausi begini, nak sepak ke nak nasihat sahaja? 

Kes 2 
pelajar lelaki skodeng perempuan di tandas perempuan. Walaupun sudah  dikenakan rotan oleh guru besar namun pelajar tersebut siap tunjuk lidah dan melawan sambil menyebut "week tak sakit" 

Depan Guru Besar sempat dia mengugut pengawas yang menangkap budak tersebut. Walaupun ibu bapanya datang, beliau masih lagi tunjuk muka biadab dan tak bersalah. Sehingga ibu bapanya menangis kerana selama ini tidak pernah tegas dan menghukum anaknya sehingga biadab begitu. Jika kau berada dalam situasi ini patutkah hanya bagi nasihat?


ni hanya kes-kes kecil yang berlaku di majoriti sekolah. Jika kau berkhidmat lama sebagai guru. Banyak lagi kes-kes lain sehingga ibu bapa sanggup menyerang guru dan bawa kes ke Mahkamah sedangkan anaknya yang salah. 

Perkara ini bukanlah bermaksud menakut-nakutkan. Cuma aku ingin beritahu, ada sesuatu yang tidak kena dalam polisi kita dalam aspek pendidikan yang perlu kita ubah. 

Kes-kes tadi tu banyak berlaku terutama melibatkan sekolah-sekolah di bandar atau mereka yang ibu bapanya mempunyai jawatan tinggi atau pengaruh kuat di sesautu kawasan. 

Jadi tak hairan, jika ramai guru lebih rela bersara awal.. 

Sabarlah yup guru-guru Malaysia. Dan terima kasih

Pandangan netizen 

1) bangga dengan cikgu kita sekarang.
"tabik ngn guru2 yg masih berjuang utk anak bangsa"

2) tugas generasi sekarang untuk ubah jadi lebih baik. 
"generasi kita sekarang lahh yg kene membentuk generasu yg akan dtg"

apa pula pandangan anda?

Share:

Internship : Mana lebih baik, kerajaan atau swasta?


Soalan yang ditanyakan : Abg nak tanya. Intern kerajaan dgn swasta, apa kelebihan dan kekurangan dia. Kenapa mostly rakan2 nak sgt kerajaan dan target cuti je. 

Jika di tanya pada anda mana lebih baik? Intern swasta atau kerajaan? 
Bagi aku kedua-duanya ada pro dan kontranya. Dalam melihat kepada kelebihan dan keburukkannya, aku bahagikan isu ini kepada beberapa bahagian. Bahagian tersebut ialah dari segi bayaran, kemasukkan dalam penjawatan selepas intern, waktu bekerja, tugasan yang perlu dilaksanakan, kadar bayaran, cuti dan bila akan dibayar. 

Bagi yang terlepas artikel internship sebelum ini : 6 Panduan Buat bakal Internship 

Sebagai pengenalan, apa maksud intern atau praktikal ini? Mudahnya “latihan untuk persediaan alam pekerjaan”. Ada Sebahagian program yang menetapkan “diwajibkan mengambil intern” untuk lulus dan boleh bergraduasi.

Jadi bagaimana sebenarnya intern dalam sektor kerajaan? 
Dalam pekeliling JPA(L)S.175/4/4-2kit.4(21) 

1) berapa kadar bayaran? 
  • bermula 1/9/2019 pelajar intern di sektor kerajaan akan mendapat bayaran sebanyak Rm 5 /jam dengan maksima 90 hari [(perkara 2(a), 2(b) dan 4(c)(ii)]. Dan bayaran ini mengikut hari bekerja sahaja tanpa termasuk hari kelepasan am dan kelepasan Mingguan [4(c)(iv)] dan membatalkan Elaun latihan ilmiah penerima tajaan kerajaan. [4(c)(v)]

2) kalau bercuti adakah dibayar atau bekerja lebih masa adakah dibayar? 
  • kedua-duanya tidak akan dibayar. [bagi bekerja lebih masa - 4(c)(iii)]. Bagi yang ingin bercuti, perlu mendapatkan kebenaran [4(b)(vi)] 

3) bila bayaran akan diterima? 
  • tiada penetapan bila dalam pekeliling. Namun untuk kes 2011, biasanya dibayar pada akhir latihan ilmiah elaun tersebut. Makna kata lepas Kamu dah habis intern. Baru dibayar. 


4) bagaimana dari segi waktu bekerja? 
  • sama seperti sektor kerajaan. [4(b)(iv)] contoh kalau kamu bekerja di sektor kerajaan di kelantan cuti pada jumaat sabtu. Manakala di sabah cuti pada sabtu dan ahad. 

5) bagaimana dari segi tugasan? Ada limitasi? 
  • yup. Anda tak dibenarkan laksanakan tugas pegawai tetap [4(b)(i)] termasuklah tandatangan tandatangan di surat Rasmi kerajaan dan tugas yang melibatkan maklumat terperingkat [4(b)(vii)]. Meskipun begini, realitinya ada juga yang dapat merasa melakukan kerja2 “seperti tetap” atas budi bicara jabatan tersebut sebab itu sebenarnya melanggar pekeliling ini. 

6) adakah lepas intern terus diambil bekerja kerajaan? 
  • tidak dibenarkan diambil isi jawatan kosong atau kenaikkan pangkat [4(b)(i)]. Cuma biasanya bagi yang cemerlang akan diberitahu laluan-laluan untuk bekerja kerajaan oleh pegawai yang menjaganya.

Bagaimana dengan swasta? 
Setakat ini belum ada satu akta khusus yang menceritakan secara jelas tentang intern bagi sektor swasta termasuklah dalam akta pekerja 1955. Namun, dalam sektor swasta beberapa temubual telah dibuat bersama rakan-rakan yang pernah intern di swasta dan hasilnya seperti berikut. 

1) bayaran 
  • tidak ditetapkan jumlahnya, tapi biasanya dibayar agak tinggi bergantung pada syarikat tersebut. Dan kebiasaanya dibayar secara bulanan. Ada juga pelajar intern dibayar seperti “pekerja jawatan kontrak/tetap” kerana prestasi mereka.

2) waktu bekerja 
  • sama seperti pekerja biasa iaitu sebanyak 5 hari seminggu atau 5.5 hari (bergantung pada waktu operasi syarikat tersebut). Kalau diajak join event jadilah lebih masa. 

3) tugasan 
  • kadang diberi tugasan lari sedikit dari bidang. Contoh bahagian marketing tapi intern di company kena buat kerja account. Atau sebaliknya. Sebab tugasan ini biasanya ikut pada “bantu ringankan beban syarikat” iaitu keperluan semasa syarikat. Jadi jangan complaint ( 🤣🤣). Dan satu lagi, tiada limitasi kerja.

4) cuti 
  • bergantung pada budi bicara bos

5) bagaimana dari segi tawaran bekerja? 
  • lebih mudah ditawarkan terus bekerja terutamanya bagi yang prestasi intern mereka cemerlang. Jadi tidak hairan kalau ramai yang intern swasta terus dapat kerja. 

Selesai swasta dan kerajaan. Jadi anda dapat nilaikan bahawa kedua-duanya ada pro dan kontranya. Ringkasannya begini;
Oh yup sebagai tambahan buat yang setia, saya kongsikan sedikit pasal badan berkanun pula. 

Beza dengan swasta dan kerajaan, badan berkanun setakat ini juga tidak ditetapkan tentang intern dari aspek elaun Dan kebiasaannya mereka yang intern di badan berkanun tidak menerima elaun. Dari segi cuti pula sama ikut kerajaan dan waktu bekerja ikut “office hour”. 

Namun beza dengan kerajaan, bdan berkanun boleh merasa pengalaman kerja sebenar dan boleh menyertai event-event yang dianjurkan oleh badan berkanun tersebut. 

Baiklah. Rasanya selesai ulasan saya disini. Bagi yang belum masuk mana-mana intern bolehlah buat pilihan yang bijak. Ingat, intern merupakan satu proses kamu bersedia dialam sebenar pekerjaan.Silap itu satu proses pembelajaran. Dan bila kamu diberi peluang untuk buat banyak benda sebenarnya kamu belajar banyak benda baharu yang kamu sukar dapat hanya bersandarkan pada teori tanpa praktikal sebenar luar kuliah.
Bak kata Jack Ma “ Make enough mistake. Any mistake is wonderful revenue for you” . 

Apa kata rakan-rakan intern?

1) perkongsian bekerja di swasta -banyak benda belajar. 
"Kalau swasta banyak dapat belajar.. And set your mind set to learn new things sebab kebanyakkan intern cth dia acc then diletakkan buat marketing diorang x boleh terima sebab diorang ckp i learnt acc.  Diorang tak nak jadikan tu as ade added value.. Padahal tak semestinya you learn acc ending up youll be accountant maybe you akan jadi kerja lain..Jadi belajar lah utk menerima benda baru and yeah.. Kalau anda dibayar dengar tidak setimpal.. Its okay.. Mungkin ilmu yg anda pekajari tu lebih tinggi dari allowance..Be smart to mingle around with staffs.. Maybe youll get hired after intern who knows😉"
 2) ada juga kerja GLC agak "relax"
"Sama ja semua. Tak semestinya intern swasta workload byk. Sebenarnya depend kepada department tu. Klu aku intern kt GLC workload x tentu ad msa busy mmg busy trok ada msa kurang kerja mmg rilek skit arr. 1 lagi jgn expect intern akan diberi job task yg susah. Diorang byk bg job task as office boy/girl jaa stkt ni yg aku experience sndri."
3) Rezki bekerja kerajaan dibelanja makan. 

"Makanan, diorang sponsor kadang2 tp ikut jabatan mana lah kau intern..Dr segi workload, depends lah.. Kalau kebetulan ada kerja, kau buat lah.. Kalau tkda, yaa pi tidur.. Hahahaa.."
4) Kerja Kerajaan hanya bantu yang patut.

Share:

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results