Sebab itu bagi mereka yang intern banyak pengalaman pahit dan manis akan dilalui.
Ada pengalaman kawan saya yang tertekan semasa awal- awal intern sehingga rasa nak berhenti sahaja daripada intern. Yup tekanan ini memang akan dirasai bagi yang dapat suasana intern yang tidak baik untuk mereka. Dengan herdikan dan kerja yang tak setimpal malah ada yang diganggu secara seksual. mengerikan bukan?
Namun pengalaman ini tidak dirasai oleh saudari vell kerana dia ada caranya yang unik yang akan saya kongsikan kepada anda. Beberapa tips dan panduan daripada saudari ini yang berguna untuk bakal-bakal intern.
1) cari intern yang serasi dengan bidang yang kamu pelajari di universiti.
- sebaiknya pemilihan tempat intern dan bidang tugas carilah yang hampir sama dengan bidang kamu.
- contoh jika kamu kaunseling carilah intern di tempat seperti Jabatan kebajikan masyarakat ke. Bahagian aduan.
- jangan tiba-tiba program kaunseling ambil bahagian pemasaran. Lari dah tu. Sebab tu kerja banyak tak tahu nak buat 😌😌
- langkah ini bagus bagi langkah persiapan awal supaya kamu tahu keadaan jika jadi pelajar intern di sana.
- tanya juga apa yang perlu dibuat dan dilarang dibuat semasa intern di tempat tersebut. Kadang-kadang banyak info kamu akan dapat dari senior sebelumnya kalau dia murah hati nak kongsi.
- cuba bina hubungan dengan mereka.
- gemuruh pada hari pertama itu biasa.
- tapi tips dari saudari vell ialah bersalaman dengan staf-staf yang kamu jumpa semasa hari pertama tu.
- Rakyat malaysiakan kaya dengan budi bahasa. Bak kata pepatah budi bahasa budaya kita. Eh macam lagu pula.
- Jadi buktikan rakyat Malaysia benar-benar berbudi bahasa.
- pergi ke tempat intern beberapa hari sebelum hari daftar masuk.
- Tengok kawasan sekitar kemudian kenal diri awal-awal.
- Jangan lupa create bonding sebelum intern tersebut.
- Senang nanti untuk dapat info keperluan yang perlu dibawa semasa first day intern tu.
- Cadangan dari saudari vell ialah hantar borang permohonan intern berserta dengan resume ke agensi tempat kamu ingin buat intern.
- Ingat !! sentiasa follow up.
- Jika tidak dapat, kamu boleh sudah cari tempat lain.
- catatatan ni perlu untuk memudahkan kamu dalam membuat laporan akhir intern.
- malah ada yang diberi tugas tertentu mengikut program yang perlu disiapkan sepanjang intern.
- Jadi, cuba capai target tu dan catat masalah dan jalan penyelesaiannya.
- Jadi takdelah kes last minit tak tahu nak tulis apa dalam laporan intern.
- sepanjang kamu intern sebaiknya kamu buat sahaja kerja kamu sendiri jangan sibuk-sibuk hal orang.
- jadi fokus kamu hanya pada kerja kamu sahaja.
- sebab bila kamu suka masuk campur hal orang lain bimbang staff lain akjan tidak selesa dengan kamu dan mulalah berlaku keadaan “bermasam muka atau sindir menyindir” dengan kamu.
- tapi bukan bermakna kamu terus tidak boleh berkomunikasi dengan mereka boleh cuma jangan jadi penyebok hal orang ok?