Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

6 Nasihat Buat Adik-adik Sebelum masuk ke Ijazah Sarjana Muda (part 1)

 

kredit gambar : carian googgle

Esok keputusan UPU untuk kemasukkan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda akan keluar.

Ini 6 nasihat daripada aku buat adik-adik yang bakal ke alam “universiti


1) cari /buat group whatsapp atau telegrem. Sebaiknya letak 1 @ 2 senior program dari universiti tu supaya persoalan kamu dapat terjawab.


2) nak murah buku beli dengan senior hahaha.. atau try minta nota mereka kalau mereka baik hatilah.


3) kawan sem 1 tak semestinya kawan sepanjang sem.. jadi banyak-banyakkan kawan ok. ada orang boleh jadi kawan bukan ilmiah, ada kawan sekadar tumpang assignmnt kita. jadi Kenalilah kawan anda sebaik mungkin.


4) bab kos ke perbelanjaan jangan risau, ada sahaja bantuan sebenarnya. Cuma kena rajin search.. aku tahu pasal pinjaman bank rakyat dan lain2 bantuan sebab search dekat pak cik google.. jangan mengharapkan Update daripada Universiti.. belajar untuk berdikari.. dah besarkan .. jadi pandai-pandai yup..


5) kalau universiti tu dekat gan pasaraya, pandailah-pandailah guna duit dengan bijaksana.. jangan bulan pertama gi starbuck... hujung bulan maggie pecah dua.. emmmmm .. bukan semua keluarga kaya nak penuhi duit anaknya.. kalau kaya sekalipun, beringatlah, dah dewasakan..


6) bawa barang sekadar perlu. Tak perlu angkut barang macam nak pindah satu rumah.. sebab akhirnya bukan semua benda kau nak guna..Mungkin cdgn aku yg wajib sekadar keperluan mandi dan cuci, pakaian formal sekadar perlu, selebihnya baju biasa, peralatan solat (tersedak cik kiah) , dan alat tulis dan laktop (siapa kata laktop tak berguna tu boleh dah bermimpi konvo extend) .. bwa ala kadar sebab awal2 takperlu banyak sebenarnya.. last2 kau beli juga nanti kat sana.. bukan semua barang kat rumah kau pakai..

Baiklah itu sahaja 6 nasihat ringkas. Semoga berguna dan bermanfaat.. sekian..

Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results