Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

NOTA RINGKAS BM SEMESTER 2 : SINTAKSIS (BAHAGIAN 1)



BAB 2 : SINTAKSIS
1.DEFINISI

  • kajian tentang proses pembinaan ayat dengan menggunakan hukum dan rumus tatabahasa sesuatu kelompok perkataan dalam ayat


2.KONSEP AYAT

  • unit tatabahasa yang mempunyai makna lengkap
  • terdiri daripada subjek dan predikat
  • masing-masing ialah frasa
  • mempunyai makna
  • sekiranya tiada makna,maka ianya bukan ayat
  • terdiri daripada ayat tunggal,dan majmuk (subjek dan predikat yang lain)


3.KONSEP KLAUSA

  • bermaksud satu kelompok perkataan yang mempunyai subjek dan predikat serta bermakna
  • ayatnya berpotensi untuk diperluas
  • satu klausa bermakna dalamnya ada satu subjek dan satu predikat

a)BEBAS (KLAUSA UTAMA)

  • boleh berdiri sendiri kerana makna subjek dan predikatnya adalah lengkap
  • cth : Ali tidak ke sekolah kerana dia sakit. (Ali tidak ke sekolah)

b)TIDAK BEBAS (KLAUSA KECIL)

  • tidak boleh berdiri sendiri kerana tidak bermakna
  • cth : Ali tidak ke sekolah kerana sakit. (kerana sakit)


4.KONSEP FRASA

  • unit perkataan yang terdiri daripada satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih
  • cth : guru,guru tinggi,seorang guru Matematik,guru di Bukit Goh
  • itu ialah frasa kerana dapat dikembangkan


5.KONSEP SUBJEK DAN PREDIKAT

  • biasanya,subjek ada di hadapan manakala predikat di belakang
  • subjek ialah unsur yang diterangkan
  • predikat pula ialah unsur yang menerangkan subjek
  • ayat mesti mengandungi subjek dan predikat
  • jika tiada ianya bukanlah ayat
  • namun,terdapat ayat yang digugurkan subjek atau predikatnya,kerana dianggap telah difahami
  • cth : Awak sudah makan?  Ya,sudah makan.ini ialah ayat kerana jawapannya sebenarnya sudah menerangkan subjek,iaitu Ya,saya sudah makan.



Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results