Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

bang boleh terangkan flow ptptn dari awal sampai habis. Jadi boleh prepared awal-awal?

 Soalan : bang boleh terangkan flow ptptn dari awal sampai habis. Jadi boleh prepared awal-awal?

Jawapan: 

ada 2 pecahan utama iaitu sebelum masuk ke universiti apa perkara yang kamu kena sediakan pasal PTPTN ni dan yang kedua ialah apa yang perlu kamu lakukan semasa di universiti nanti. 

Bagi sebelum masuk ke universiti, ada beberapa perkara yang kamu dah boleh mula buat sekarang. Jangan tunggu lama-lama nanti lama2 lupa dah hahahaha..

1) beli no ptptn. 

Tak silap harganya hanya RM 5. Kalau zaman aku dulu ada GST jadi harga dia RM 5.06. Di mana nak beli? Boleh beli secara online, kaunter atau ATM BSN . 3-3 tempat ni boleh. Cuma risau kalau-kalau salah buat boleh sahaja terus gi kaunter BSN. 

bagi pembelian online no ptptn anda boleh ikut link ini https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register . 

Muka depan pembelian secara online PTPTN. 

2) kalau yang tiada akaun sspn, boleh dah mula buat. 

Antara agen akaun sspn ni termasuklah maybank, bank islam dan BSN. Lain2 bank tak pasti. Harga nak buka dia tak silap aku Rm 20.. tapi standby sahaja Rm 50, takut aku silap, maklumlah dah pakai abah-abah ni hahahahah..

3) Jangan lupa buka akaun bank rasmi universiti masing-masing. 

Pergi ke Bank bawa surat tawaran cakap saya nak buka akaun bank sekian-sekian untuk tujuan belajar. kalau nak tahu universiti kamu guna akaun apa bolehlah tanya senior-senior. lain universiti lain akaun bank yang mereka kena buat. Misalnya UMS dan Uitm guna akaun Bank Islam tetapi USM guna akaun Maybank. 

4) Pergi register Online Permohonan PTPTN.  

kamu boleh terus masuk ke link ini https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/first-time-application. dan ikut sahaja panduan manual yang disediakan di sana. Isi maklumat yang diminta berdasarkan panduan yang telah disediakan ok?

Muka depan link yang saya berikan. 

5) biasanya pengesaham lulus atau gagal akan ambil masa sedikit sekitar 6 hari bekerja. Jadi bersabarlah anak muda ok. Selalu dia akan bagi email juga nanti pasal benda ni. 

6) kalau lulus. Terus print out dokumen tersebut atau simpan dalam bentuk pdf.. boleh dah prepared dokument berkaitan yg diperlukan dalam perjanjian nanti.. 

7) jangan lupa beli setem hasil.
tapi jangan matikan ok. Harga dia Rm 10 kalau tak silap. kena beli 2 keping.. nak beli tu boleh beli kat pejabat pos.. kalau tak beli masa sekarang nanti dekat universiti pun boleh cuma mungkin agak leceh dan payah sikit sbb “selagi stok masih ada” . 
Contoh gambar setem Hasil. 

Baik ini semua persiapan sebelum ke universiti . Di universiti nanti akan ada satu hari pegawai ptptn datang dan nak sahkan borang. Jadi nanti selepas penyerahan borang tersebut bermakna selesailah semua perkara, 


Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results