Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

PENGARUH AGAMA POLITIK DALAM KETAMADUNAN DUNIA


Baiklah secara ringkasnya agama merupakan satu bentuk kepercayaan tentang kewujudan Tuhan dan mengakui kewujudan kekuasaannya. Dalam beragama, ada perkara yang perlu dipatuhi dan ada perkara yang perlu kita jauhi. 

Bagi politik merujuk kepada sistem pentadbiran. Maksudnya segala bentuk dasar, perundangan, corak mentadbir negara adalah berkait rapat dengan politik termasuklah melalui pemilihan pemerintah. 

Sebelum politik diasingkan daripada agama bermula di zaman renaissance di Eropah, agama banyak Memainkan peranan penting dalam pembentukan dasar dan sahsiah keseluruhan kepimpinan sesebuah tamadun mahupun kerajaan. 

Jika kita lihat beberapa struktur masyarakat Seperti di Tamadun Indus, Tamadun Islam dan Tamadun Mesir sekalipun kesemuanya mengangkat “kepercayaan agama mereka” sebagai asas dalam corak pentadbiran negara mereka. Jadi tidak Hairan jika Al-Ghazali berkata;
Agama itu asas,  Politik itu pengawasnya. 
Ada beberapa contoh Agama yang pernah dikaitkan dengan kegemilangan sebuah kerajaan Atau ketamadunan. 

Misalnya, dalam Agama Hindu, struktur masyarakat Tamadun Indus telah membuktikan bahawa Pemerintah juga sangat bergantung kepada pandangan daripada ahli agamawan dengan hierarki  diletakkan kedua terpenting dalam Tamadun Indus. 

Kalau kita lihat pada Agama Buddha pula, contoh paling jelas kejayaan agama ini sewaktu pemerintahan Maharaja Asoka daripada Empayar Maurya. Asoka yang asalnya penganuh hindu telah bertukar agama kepada Buddha setelah melihat sendiri kesan perang Kalinga Yang membunuh hampir 100,000 orang dan 150,000 tercerdera. Maharaja Asoka telah memilih untuk menggunakan pendekatan perdamaian dan perundingan selepas itu berpegang kepada prinsip 4 kebenaran Mulia dan 8 jalan Mulia atasi kesengsaraan yang diterapkan dalam agama Buddha. Zaman ini juga dikaitkan dengan penyebaran agama Buddha ke Asia Tenggara dan Asia Timur. 

Terakhir ialah Islam. Kehadiran Islam banyak mengubah landskap masyarakat arab sebelumnya dan membentuk masyarakat yang sejahtera. Agama Islam menerapkan sikap2 terpuji pada pemimpin ketamadunan Islam sehinggalah dari aspek politik tidak terlepas sama. Misalnya, pembentukan sikap kepimpinan adil kepada rakyat seperti sikap Umar Al Khattab yang sanggup menyamar menjadi orang “jalanan” untuk mengetahui kesusahan rakyat dan banyak lagi contoh lain. 

Ini hanyalah contoh-contoh kecil keberjayaan sebuah agama apabila menjadi asas kepada politik. Namun tidaklah bermakna agama tiada sisi gelap apabila penganutnya salahguna agama hingga terasing agama dalam politik di zaman moden. Cuma, walau kita lari ke mana sekalipun tetaplah diakui bahawa agama itu fitrah yang tidak akan dapat lari dalam diri. Fitrah yang mengajar erti kenal diri.

Dalam kes kesultanan Melayu Melaka. Hukum kanun Melaka dan Undang Laut Melaka diakui oleh pedagang daripada Ryukyu dalam suratnya pada sultan Melaka sebagai undang yang adil kepada pedagang dunia dan membela nasib mereka. Hukum Kanun Melaka dan Undang laut Melaka ada dipengaruhi oleh Unsur agama iaitu agama Islam  dan beberpaa unsur lain termasuk adat. 

sebahagian catatan dalam Hukum Kanun Melaka. 

Makna kata, ketamadunan di Alam Melayu juga berjaya terkait dengan agama dan Politik itu sendiri . Malah, keduanya itu bukanlah sesuatu yang terpisah tapi saling menyatukan.

Baiklah itu sahaja daripada saya sekian.
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results