Jessica Method merupakan satu formula yang diperkenalkan oleh Saiful Anam iaitu ahli hipnosis daripada Indonesia dalam bukunya “ Jessica - Teman Imaginasi Segala Bisa” .
Dalam cerita ini menerangkan bahawa Jessica Method merupakan satu kaedah untuk “mencipta” rakan khayalan yang ada pada diri dalam bentuk, rupa yang diinginkan dan dapat disentuh dan dilihat oleh diri kita sendiri.
Penciptaan Jessica Method ini bermula sewaktu Saiful mula mengambil pendekatan untuk ubah sikap Dian dengan cara mencuba teknik ini yang dirasakan masih samar-samar pada ketika itu. Pada ketika itu, Dian akhirnya berjaya mencipta satu bentuk diri yang diimaginasikan tetapi akhirnya disalahgunakan. Kira dalam percubaan pertama dengan rakannya iaitu Dian gagal.
Oleh itu, Saiful telah mencuba kepada seorang lagi rakan kemudiaannya bernama Herman. Pada ketika itu, Herman berjaya untuk mencipta imaginasi dalam bentuk yang indah tidak seperti yang dibuat oleh Dian mengerikan. Saiful ketika itu meminta untuk melakukan temuramah dengan “jessica” ciptaan Herman. Akhirnya Jessica itu bersetuju dan bermula sesi soal jawab tentang kewujudan “Jessica” tersebut.
Antara intipati penting dalam perbualan tersebut termasuklah kewujudan Jessica iaitu setiap orang ada “jessica” sendiri sejak dalam kandungan ibu. “jessica” akan patuh pada arahan tuannya. Jessica juga tiada kuasa lebih dari tuannya.
Bermula daripada situ, Saiful tahu bahawa sesiapa sahaja boleh mengeluarkan “jessica” dalam diri dan tiada limitasi penciptaan jessica tersebut.
Saiful membahagikan Jessica ini kepada 3 pecahan iaitu Normal, Alami dan Spiritual. Normal dikaitkan dengan penggunaan method jessica yang dibuat olehnya, Alami ialah terwujudnya Jessica secara semula jadi (menurut beliau jika ini terjadi perlu hati2). Akhir sekali spiritual, berkait rapat dengan penggunaan agama atau unsur kerohanian dalam mewujudkan jessica yang ada pada diri.
Tujuan jessica ini diberikan rupa dan dibentuk oleh tuannya menurut Saiful bergantung pada tuannya. Sama ada bagi tujuan baik atau buruk. Tapi kebiasaanya untuk mencari “peneman” atau menyelesaikan masalah tertentu.
Menurut saiful Jessica ini berbeza dengan makhluk halus kerana Jessica adalah diri kita yang ada tapi masih berdiam. Mungkin kalau kita nak cari yang mungkin yang aku terfikir hampir mirip macam Qarin.(tapi nak tahu sama tak kena tanya ahli dia)
Jadi, bila kita berjaya bangkitkan jessica ini, kita boleh berinteraksi dengan mereka dan kita boleh mengarah mereka mengikut sesuka kita dan membentuk rupa mereka mengikut kehendak kita.
Baiklah, apa pandangan aku dalam hal ini?
Setakat pembacaan aku tentang Jessica Method ini, kaedah ini masih belum wujud kritikan-kritikan ilmiah atau tiada kajian khusus dilakukan sama ada daripada pengkaji dalam psikologi daripada Indonesia atau luar negara. Jadi, dalam hal ini jessica method ini masih diragui kewujudannya .
Malah perbahasan Jessica Method anda cuma akan jumpa dalam blog2 dan youtube sahaja. Tapi bahan bacaan asli cuma satu sahaja iaitu daripada founder jessica method itu sendiri. Namun, ada daripada warganet Indonesia mengakui bahawa mereka berjaya “mencipta” jessica yang ada dalam diri mengikut bentuk rupa yang diinginkan. Tapi, masih ramai juga yang tidak berjaya walaupun selepas follow satu persatu seperti arahan dalam buku dan mendengar audio yang dibuat dan melakukan seperti yang diajar.
Malah ada juga yang mengaitkan bahawa Jessica Method ini berkait rapat dengan Skizofrenia kerana ada tanda-tanda tertentu yang digambarkan hampir sama. Tapi, Saiful menafikan perkara tersebut kerana menurutnya “Jessica” wujud dalam keadaan Tuannya “waras” dan “sedar” .
Jadi konklusinya, Jessica Method ini masih tidak dapat disahkan keabsahannya kerana kewujudan method ini masih belum atau tiada dibahaskan secara ilmiah oleh pengkaji tempatan Indonesia khususnya yang boleh buktikan Jessica Method ini satu keadaan yang berjaya atasi masalah kemurungan, komunikasi, ubah sikap dengan membangkitkan teman yang ada dalam diri dan dibentuk mengikut acuan yang diminati oleh tuannya.
Oh yup, sebelum terlupa kalau ikut saiful, kalau dah kuasai jessica method tuannya boleh ubah rupa jessica ikut sesukanya. Contoh harini Neelofa, besok Mira Filzah, lusa Hannah Delisha.
Eh tiber hahaha.. oklah aku rasa di situ sahaja aku tamatkan perbahasan ni.
Perkara ini masih misteri. Tentang method yang diperkenalkan terutama bila tiada kritikan atau pembuktian dan kajian ilmiah pasal perkara ini. Baiklah itu sahaja daripada saya. Sekian.
0 comments:
Post a Comment