Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Ketegangan Iran-Amerika Syarikat Petanda Perang Dunia Ke 3?

Iran VS Amerika Syarikat

soalan yang ditanyakan. 

Dalam isu ini perlu kita fahami “perang dunia itu sendiri (WW)”. 

Pemahaman mudah berdasarkan lipatan sejarah tentang perang dunia itu sendiri merujuk kepada penglibatan kuasa-kuasa besar pada ketika itu dalam satu perang yang akhirnya memberikan impak secara keseluruhan negara-negara. 

Kalau kita lihat WW1 (1914-1918) negara terlibat kuasa-kuasa besar ketika itu iaitu UK, Jerman, Austria-Hungary, Perancis dan Rusia.

Manakala dalam WW2 (1939-1945) - negara-negara yang terlibat dalam peperangan itu termasuklah kuasa besar ketika itu iaitu UK, Jerman, Perancis, Itali, US, Jepun dan Soviet. 

Berdasarkan kepada 2 contoh WW yang berlaku suatu ketika dahulu, jika berlaku “perang dunia 3” perlulah melibatkan “wajibnya” ialah 5 kuasa veto PBB iaitu AS, Rusia, China, UK dan Perancis selain penglibatan negara-negara lain yg dianggap negara “militan” seperti korea utara. Jadi kalau lihat kepada situasi AS-IRAN situasi itu seperti mustahil berlaku.
Donald Trump
Malah kalau dilihat melalui kenyataan-kenyataan Trump seolah-olah cuba lari daripada “peperangan”. Kalau dilihat dari kata-kata Trump tidak serupa seperti Kata-kata Bush yang lebih spesifik kepada “isytihar perang kepada Iraq” semasa 2003. Trump mengeluarkan kenyataan bahwa tindakan serangan keatas Qasem Soleiman iaitu Jeneral Iran adalah untuk menghentikan perang dan bukan untuk memulakannya. 
George Bush
Namun demikian, tidak bermakna peperangan tidak mungkin terjadi. Kalau dilihat kenyataan menteri Luar Iran, Javad Zarif bahawa pihak Iran akan serang habis-habisan Amerika.

Namun demikian, yang jadi mangsa keadaan sebenarnya bukanlah AS yang diperangi secara “total” kerana serangan-serangan Iran lebih kepada serangan keatas “kem pertapaan AS di IRAQ dan kedutaan AS di sana. Sebab itu, baru-baru ini Iran telah melancarkan serangan ke baghdad. 

Jadi adakah ini sebenarnya satu bentuk perang dunia 3? 
Bagi pandangan peribadi, ini hanyalah perang diantara AS-IRAN-IRAQ. Malah dalam situasi ini, serangan mereka hanya ditujukan kepada ASET kedua-dua negara bukan “serangan terus” terhadap negara.

Makna kata jika anda ingin anggap ini sebagai perang dunia 3 itu terpulang.

Realitinya, selagi perang tersebut hanya memberi impak kepada negara tertentu sahaja dan tidak melibatkan keseluruhan kuasa besar dunia semasa, perang itu hanya perang di kawasan tersebut sahaja. 

Selain itu, Perang dunia ketiga ini tidak boleh kita anggap bahawa persaingan teknologi dan amalan saling sekat menyekat itu sebagai satu tindakan perang dunia. Seperti berlaku antara AS-China. 

Jika kita beranggapan demikian, sepatutnya perang dingin adalah perang dunia ketiga. Perlu ingat, WW1 dan WW2 itu melibatkan perang secara fizikal dan serangan lain-lain termasuk aspek yg akan menjejaskan keseluruhan ekonomi dan politik dunia kerana penglibatan keseluruhan  kuasa-kuasa besar dunia.

Ulasan Tambahan dari Sahabat Program Hubungan Antarabangsa  (IR)
1. Sis IR
"Nak tambah sikit. Based on pemahaman saya sebagai pelajar ir. 

Nak berlaku World War 3 bagi saya tidak akan menjadi sekiranya melibatkan dua pihak sahaja. Lagipun jika berlaku world war 3 dia agak besar sbb ini akan melibatkan senjata nuklear yang boleh menyebabkan kehancuran yang besar seperti mana US pernah letupkan kawasan Hiroshima dgn 'little boy' mereka. Bayangkan bagaimana dan apa akan terjadi dengan dunia atau kawasan tersebut sekiranya diletupkan. Kalau dulu boleh menyebabkan kehancuran di kwsn tersebut dengan radiasi yang sedia kuat, apa lagi senjata nuklear zaman skrg.


Tetapi ini tidak bermakna iran akan stay quiet dan tak bertindak dkt US. Sbb, Iran akan serang kedutaan US terlebih dahulu. Dan mcm Ayman Rashdan Wong ckp, sekarang kan trump ada masalah dgn dia dh kena impeach, mungkin ini masanya dia tunjukkan heroic movement beliau dlm mempertahankan national security US dan org2 dia. Selagi US tak serang negara2 yg lain, lagi2 negara2 veto, insyaAllah WW3 takkan berlaku. Hehe itu saja kot sy nak tambah. Kalau ada silap dan salah, mohon dimaafkan"

2. Akak IR

 "Well, there's always a possibility. Kita tak boleh cakap secara mutlak yg perang tak akan berlaku sbb potensi tu sentiasa ada. After all, Timur Tengah/Afrika Utara ni mmg sentiasa dlm agenda de-stabilization USA pun so, kalau USA boleh porak-perandakan Iraq, Syria, Libya, Lubnan, knp tidak Iran kan? USA dah hntr tentera dan Iran pun sudah mulakan army training. Rasanya tidak lah mustahil kalau berlakunya perang lagi2 perang proksi. Well you know, sentiasa ada pergolangan Sunni-Syiah di situ dan itu yg akan menjadi pemangkinnya. Kalau perang tak jadi pun, bagus la tapi harga minyak naik lagi la tak lama lagi 😂"

Kesimpulannya, Kalau WW3 terjadi. Satu perkara yang mungkin berlaku ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan terkubur seperti mana Liga Bangsa-Bangsa terkubur.

Sumber Rujukan;
Astro Awani.Baghdad diserang, pengkalan udara dan kedutaan AS antara sasaran. Klik sini.
Astro Awani. Pembunuhan Soleimani: 'AS bertindak untuk hentikan peperangan' - Trump. Klik sini.
Astro Awani. Iran akan perang habis-habisan jika diserang Amerika, Arab Saudi. Klik sini
Ayman Rashdan Wong. Kenapa Perang US-Iran Tak Akan Berlaku. Klik sini
Berita Harian. Hapuskan Kuasa Veto 5 Negara. Klik sini.
History. World War I. Klik sini
History. World War II. Klik sini.
Koleksi Arkib Ucapan. DATUK SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI: SIARAN LANGSUNG SEWAKTU TERCETUSNYA SERANGAN AMERIKA SYARIKAT KE ATAS IRAQ. Klik Sini.

Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results