Sebelum itu saya ingin ucapkan tahniah buat mereka-mereka yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang master atau ijazah sarjana. Tahniah kepada anda sebab berusaha untuk meningkatkan ilmu anda ke satu tahap yang lebih baik.
Baiklah buat rakan-rakan saya yang ada masalah dalam kewangan untuk melanjutkan pengajian master dan memang teringin untuk sambung master berikut merupakan beberapa cadangan biasiswa atau pinjaman yang boleh anda mohon.
1) Biasiswa / pinjaman kerajaan negeri.
- setiap negeri menawarkan pinjaman atau biasiswa kepada rakyatnya.
- bantuan kewangan ini bergantung kepada peruntukan yang disediakan dalam belanjawan negeri masing-masing.
- ada negeri yang memberikan bantuan dalam bentuk One Off dan berterusan serta ada pula yang salah satunya.
- syarat asasnya ialah kamu sendiri orang negeri tu atau sudah menetap pada tempoh ditetapkan.
2) Biasiswa Program master IsDB
- ditawarkan khusus kepada negara-negara anggota IsDB atau kepada masyarakat muslim yang tinggal dinegara bukan muslim.
- Malaysia salah satu sebuah negara IsDB.
- antara syarat lainnya perlu menamatkan pengajian master secara full time dalam masa 2 tahun ( mode pengajian tak kisah sama ad course work, research atau campuran )
- program ditawarkan majoriti untuk sains tulen tapi ada juga untuk sains sosial Dan permohonan secara online. Boleh try sebab tengah buka. Klik di sini.
3) Yayasan Bank Rakyat.
- diberikan kepada pelajar sepenuh masa.
- program dihadkan hanya yg disahkan oleh MQA / JPA / NVTC sahaja.
- perlu mendaftar secara online.
- dia akan minta kamu buka akaun bank rakyat kalau kamu takde akaunnya.
- dokumen yang diperlukan dimaklumkan selepas kamu register. Klik di sini.
4) Biasiswa Menteri Pendidikan -Atlet cemerlang.
- biasiswa yg dikhaskan untuk atlet IPT @ atlet negara.
- hanya program yang diiktiraf MQA & JPA sahaja.
- permohonan dibuka online.
- perlu aktif dalam SUKMA / SUKIPT / SUA sebelum tarikh tutup permohonan.
- permohonn dilakukan secara online.
- Biasiswa atlet tu tahun ni belum buka lagi. Jadi tak pasti sama ada diteruskan atau tidak.Klik sini.
5) MyBrainSC
- biasiswa dikhaskan untuk pelajar sains tulen iaitu fizik, kimia , biologi dan matematik.
- bagi pemohon sarjana, mereka perlulah terdiri daripada pelajar kelas pertama di peringkat ijazah sarjana muda.
- strugglekan 🤣 untuk tahun ni belum buka lagi, tak tahu ada atau tidak. Klik sini
6) Biasiswa Ditaja oleh Universiti.
- ada sahaja pelajar yang diberikan bantuan oleh pihak universiti sama ada dalam bentuk one off atau secara menyeluruh kepada siswa yang dianggap layak untuk mendapatkan tajaan tersebut.
- untuk ini kena sentiasa tengok laman universiti masing-masing kalau-kalau ada dibuka.
7) PTPTN
- inilah favourite semua kalau takde pilihan lain 🤣.
- sentiasa ada untuk awak. Ehek. Klik sini.
8) Pinjaman JPA.
- bagi pelajar master ini khusus untuk mereka yg sudah dapat JPA masa di degree (diutamakan).
- tujuannya adalah untuk galakkan pelajar penerima pinjamam JPA ini terus melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi dan akhirnya diikat bekerja sebagai kerajaan kelak jika dapat tawaran kerja kerajaan. Klik sini
Baiklah itu sahaja dari saya. Terima kasih sebab sudi membaca 🤪
0 comments:
Post a Comment